Bunuh isteri, potong mayat kepada 200 bahagian

Agensi
NICHOLAS Metson. FOTO Agensi
NICHOLAS Metson. FOTO Agensi
London: Seorang lelaki warga Britain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah di Lincoln, England, baru-baru ini, kerana membunuh isterinya dan memotong mayat mangsa kepada lebih 200 bahagian sebelum ia dibuang ke dalam sungai.

The Straits Times melaporkan, ia selepas Nicholas Metson, 28, mengaku melakukan perbuatan keji itu.

Hakim Simon Hirst ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan tertuduh perlu menjalani hukuman penjara itu, sekurang-kurangnya untuk 19 tahun dan 316 hari.

Selain itu, Hirst memutuskan rakan subahat Metson, Joshua Hancock, dipenjara tiga tahun dan tiga bulan kerana membantu tertuduh dalam pembuangan mayat mangsa.

Mahkamah juga menyenaraikan Hancock dalam senarai pesalah seksual selama sedekad.

Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu, pada 17 Mac 2023, Metson menikam isterinya yang berusia 26 tahun, beberapa kali, sebelum memotong badan mangsa.

Mayat wanita itu disimpan di dalam dapur selama hampir seminggu, sebelum dia dan Hancock membuangnya di Sungai Witham di Bassingham,

Sebanyak 224 bahagian badan Bramley ditemukan penyelam polis, tetapi beberapa bahagian tubuhnya masih hilang.

Mahkamah mengetahui bahawa pasangan itu yang bertemu pada 2016 dan berkahwin pada 2021, berada di ambang perpisahan pada masa kejadian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan