Gara-gara tandas bocor pesawat komersial terpaksa berpatah balik

KOSMO!

BERLIN, Jerman – Sebuah pesawat komersial terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Frankfurt selepas bau busuk dari tandas bocor memenuhi seluruh kabin, lapor portal berita The Sun semalam.

Penerbangan 59 United Airlines yang dijadualkan tiba di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) itu mengelilingi Laut Utara sebelum kembali ke lapangan terbang tersebut pada Jumaat lalu.

Selepas berlepas dari Frankfurt, penumpang di dalam pesawat Boeing 777 itu melaporkan bau busuk datang dari tandas.

Menurut akhbar Bild, pemeriksaan kru kabin mendapati, salah sebuah tandas di dalam pesawat berusia tujuh tahun itu rosak.

Penumpang juga melaporkan kandungan tangki tandas itu melimpah dan memasuki kabin sekali gus memburukkan keadaan.

Jurucakap United Airlines memberitahu The Sun: “Penerbangan 59 United kembali ke Frankfurt berikutan masalah penyelenggaraan melibatkan salah sebuah tandas pesawat.” – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan