'Kedutaan Israel tidak lagi selamat'

Insiden serangan ke atas bangunan tambahan di Kedutaan Iran di Damsyik itu turut mengorbankan dua komander kanan unit elit Quds di bawah IRGC. Foto Agensi

Insiden serangan ke atas bangunan tambahan di Kedutaan Iran di Damsyik itu turut mengorbankan dua komander kanan unit elit Quds di bawah IRGC. Foto Agensi
TEHERAN - Yahya Rahim Safavi yang merupakan penasihat kepada Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei pada Ahad memberi amaran Kedutaan Israel 'tidak lagi selamat' selepas insiden serangan yang meragut nyawa tujuh anggota Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) termasuk dua komander kanan pada minggu lalu.

“Barisan penentangan sudah siap siaga. Kita perlu tunggu bagaimana ia akan bertindak balas,” tegasnya sambil menambah tindakan konfrontasi dengan rejim Zionis adalah hak yang sah.

Menurutnya, beberapa Kedutaan Israel di rantau Asia Barat telah ditutup setelah Teheran berikrar untuk menuntut bela atas kejadian itu yang menyasarkan bangunan diplomatik mereka di Damsyik.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (SOHR) di Syria memaklumkan insiden yang mengorbankan 16 individu itu adalah serangan kelima dilancarkan rejim Zionis dalam tempoh seminggu.

Sebagai cubaan untuk menggertak rejim Tel Aviv, agensi berita ISNA turut mengeluarkan info grafik yang memaparkan sembilan peluru berpandu milik Iran yang berupaya mencapai sasaran di Israel.

Ketika pengebumian komander kanan yang memimpin unit elit Quds di bawah IRGC, Mohammad Reza Zahedi pada Sabtu lalu, seorang pegawai kanan tentera Iran mengulangi keazaman mereka untuk bertindak balas yang akan mengakibatkan 'kebinasaan maksimum'. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan