Kereta langgar tiang elektrik kerana cuaca panas - Polis

MIR AZRI SHAHARUDIN
SEBUAH kereta remuk dipandu Panya (gambar kecil) selepas melanggar sebatang tiang elektrik di Pattaya semalam. - Foto Pattaya Mail
PATTAYA  – Polis percaya cuaca panas melampau menyebabkan sebuah kereta sedan melanggar tiang elektrik di Jalan Huay Yai Muk di Pattaya Timur, lapor portal berita Pattaya Mail hari ini.

Mangsa selamat dalam kejadian itu tetapi bonet keretanya remuk.

Orang ramai yang lalu lalang bertindak pantas untuk membantu pemandu yang cedera semalam. Mangsa kemudian dikenali sebagai Panya Sri-in dan berumur 33 tahun.

Panya berkata, dia dalam perjalanan untuk mengambil teman wanitanya berhampiran kediaman mereka ketika cuaca panas terik.

Sejurus tiba di lokasi kemalangan, dia tiba-tiba berasa pening dan tidak sedarkan diri sehingga mengakibatkan perlanggaran.

Kemalangan itu menyebabkan sistem bekalan air rosak dan talian elektrik terputus.

Polis percaya pening kepala berkaitan kepanasan, diburukkan lagi dengan keadaan cuaca panas melampau menyebabkan pemandu hilang itu kawalan dan melanggar tiang elektrik. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan