Pulanglah Zulaikha...

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
ZULAIKHA dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah di Ara Damansara. FOTO Ihsan PDRM
ZULAIKHA dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumah di Ara Damansara. FOTO Ihsan PDRM
Petaling Jaya: Berasa terkongkong dan berang ditegur kerana bermain telefon sehingga malam menyebabkan seorang remaja perempuan bertindak 'melarikan diri' dari rumahnya di Ara Damansara, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan remaja perempuan itu, Zulaikha Abdul Azim, 16, hari ini.

Menurutnya, mangsa kali terakhir di rumahnya di Ara Damansara pada Sabtu lalu jam 2.30 petang.

"Remaja terbabit keluar dari rumah kerana berasa terkongkong. Pada hari kejadian, mangsa ada bergaduh dengan ibunya kerana tidak memberi kebenaran bermain telefon sehingga malam.

"Ibunya juga tidak membenarkan mangsa keluar rumah bersama dengan rakan-rakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata, pada hari kejadian mangsa ada beritahu ibunya hendak keluar tetapi tidak dimaklumkan hendak ke mana dan bersama siapa.

"Pembantu rumahnya yang menyedari mangsa keluar dari rumah membawa beg sebelum memaklumkan kepada ibunya.

"Sebelum ini mangsa pernah beritahu ingin lari dari rumah kerana berasa terkongkong," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan