Dua doktor ditangkap basah dalam kereta

KOSMO!
KERETA dinaiki dua doktor diserbu orang ramai di Hospital Wahidin Sudirohusodo, Kota Makassar, Rabu lalu. - Foto Instagram
JAKARTA – Dua doktor yang berdua-duaan di dalam sebuah kereta ditangkap basah di sebuah kawasan meletak kenderaan di Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan, lapor laman berita Tribun Trends hari ini.

Mereka ditangkap oleh sejumlah penduduk dan suami doktor wanita itu sendiri di tempat letak kenderaan Hospital Wahidin Sudirohusodo, daerah Tamalanrea, pada Rabu lalu.

Dalam satu rakaman video yang dimuat naik di platform Instagram menerusi akaun @Makassar_viral_id, ia memaparkan beberapa penduduk menghampiri sebuah kereta berwarna hitam.

Suami doktor wanita itu turut membuka pintu kenderaan tersebut dan mendapati isterinya sedang berdua-duaan dengan seorang doktor lelaki.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak dilaporkan kepada polis dan ia diselesaikan secara baik.

“Tidak ada (laporan). Masing-masing (dua doktor dan si suami) menyelesaikan kes itu dengan baik,” kata seorang ketua polis tempatan, Muhammad Yusuf. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan