Bantu kesan 3 remaja perempuan hilang sejak Jumaat

Recqueal Raimi
bhnews@bh.com.my
Roxanne Abbygail Richard (kiri ) dan Christivy Holyen Hamdy (kanan) serta seorang lagi pelajar Valensia Mail dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu. - Foto ihsan PDRM
Roxanne Abbygail Richard (kiri ) dan Christivy Holyen Hamdy (kanan) serta seorang lagi pelajar Valensia Mail dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu. - Foto ihsan PDRM
RANAU: Polis memohon bantuan orang awam bagi mengesan tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumah mereka di Kampung Kaingaran di sini sejak Jumaat lalu.

Valensia Mail berusia 15 tahun serta Roxanne Abbygail Richard dan Christivy Holyen Hamdy masing-masing berusia 13 tahun dilaporkan keluar rumah kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga seorang remaja berkenaan berhubung kejadian terbabit pada jam 8.48 malam tadi.

"Pihak polis menerima laporan daripada pengadu berhubung kehilangan ketiga-tiga remaja yang keluar rumah pagi dengan alasan mengikuti latihan silat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sugut, Ranau.

"Bagaimanapun, sehingga laporan polis dibuat, ketiga-tiga remaja belum kembali ke rumah," katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati kali terakhir ketiga-tiga remaja itu dilihat orang awam kira-kira jam 8.30 pagi di Pekan Ranau semalam ketika mereka turun dari sebuah bas mini putih.

"Ketiga-tiga pelajar itu dijemput seorang lelaki yang menaiki kereta Perodua Viva dipercayai menggunakan nombor plat palsu," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Ranau di talian 088-875222 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan