Lori dipandu remaja terbakar rempuh treler, penumpang maut

Amir Hamzah Nordin
am@hmetro.com.my
KEADAAN lori yang terbakar selepas merempuh belakang sebuah treler. FOTO Ihsan JBPM
KEADAAN lori yang terbakar selepas merempuh belakang sebuah treler. FOTO Ihsan JBPM
Bentong: Kemalangan mengejutkan berlaku di Lingkaran Tengah Utama (CSR) hala barat di sini, hari ini, apabila lori dipandu remaja berusia 18 tahun merempuh treler dengan muatan habuk kayu lalu terbakar.

Kejadian 4.30 pagi itu turut mengakibatkan penumpang lori, Mohd Ghazi Ab Razab, 53, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar, lori yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang itu hilang kawalan sebelum merempuh treler yang berhenti di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.

"Lori yang merempuh belakang treler itu terbakar keseluruhan bahagian hadapan dan badan lori.

"Penumpang lori disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori patah paha dan dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut. Pemandu treler tidak cedera," katanya dalam kenyataannya malam ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati pemandu lori tidak memiliki lesen memandu.

"Polis Bentong memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tampil membantu siasatan," katanya sambil menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan