Warga emas kena serangan jantung maut kereta terbabas

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Hyundai Elantra yang dipandu mangsa terbabas selepas terkena serangan jantung. FOTO Alias Abd Rani
Hyundai Elantra yang dipandu mangsa terbabas selepas terkena serangan jantung. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: Lelaki warga emas dipercayai terkena serangan jantung meninggal dunia selepas kenderaan dipandu terbabas dan merempuh sebuah kereta di Jalan Rahmat di sini, malam tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 7.50 malam dengan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihaknya menerima laporan kemalangan pada jam 8 malam.

Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan Hyundai Elantra dipandu mangsa dengan Perodua Bezza dipandu wanita berusia 24 tahun.

"Siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Parit Jawa Muar memandu kereta dari arah Batu Pahat menghala ke Jalan Pantai.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas di kiri dan melanggar Perodua Bezza diparkir di lokasi.

"Siasatan polis mendapati mangsa terkena serangan jantung sebelum kemalangan berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Katanya lagi, pemandu Perodua Bezza bersama penumpangnya hanya mengalami kecederaan ringan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987 dan orang ramai atau saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan