Remaja dihanyut arus deras di Ulu Kimanis disahkan meninggal dunia

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my

Papar: Selepas enam jam bertarung nyawa, remaja lelaki yang sebelum ini diselamatkan daripada hampir lemas di Pusat Rekreasi TMEC, Ulu Kimanis, di sini, disahkan meninggal dunia, malam ini.

Mangsa, Muhamad Haiqal Irwan, 18, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Papar, jam 7.30 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan berkata, mangsa yang diselamatkan oleh orang awam diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum dihantar ke Hospital Papar.

"Kira-kira jam 7.30 malam, mangsa disahkan meninggal dunia," ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, mangsa dihanyut arus deras ketika mandi-manda bersama keluarganya di Pusat Rekreasi TMEC, Ulu Kimanis, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Mangsa berjaya diselamatkan namun tidak sedarkan diri dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan