Warga emas berusia 63 tahun didakwa merogol kanak-kanak lembam berusia 11 tahun

Murid lembam dakwa dirogol jirannya

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Suspek warga emas (kiri) dibawa ke Mahkamah Kemaman untuk perintah tahanan reman.- Foto Rosli Ilham
Chukai: Rahsia seorang murid yang enggan pulang ke rumahnya selepas sesi persekolahan terbongkar selepas mendakwa jirannya dalam kejadian di Hulu Jabor, dekat sini.

Murid itu yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam terbabit berusia 11 tahun membongkar perbuatan terkutuk jirannya itu kepada seorang gurunya.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa dan mendakwa diperkosa oleh seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun.

"Mangsa mendakwa diperkosa beberapa kali oleh warga emas terbabit sejak empat bulan lalu.

"Mangsa menceritakan kejadian itu kepada gurunya bahawa dia takut untuk pulang ke rumah kerana pernah diperkosa jirannya itu," katanya.

Berikutan dakwaannya itu, Hanyan berkata, guru terbabit kemudiannya menceritakan perkara itu kepada ibu mangsa.

"Ibu mangsa kemudiannya ke balai polis untuk membuat laporan dan susulan itu warga emas terbabit ditahan pada 5 petang semalam untuk siasatan lanjut," katanya.

Hanyan berkata, mangsa juga sudah dibawa ke Hospital Kemaman untuk menjalani pemeriksaan.

"Suspek direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan