Budak 12 tahun ditangkap cetus kebakaran besar

KOSMO!
KEBAKARAN besar yang berlaku di Crewe kelmarin. - Foto X
LONDON – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun ditangkap kerana disyaki membakar dengan sengaja sehingga mengakibatkan sejumlah penduduk di beratus-ratus buah rumah terpaksa dipindahkan, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Kebakaran bermula di sebuah bangunan terbiar di Crewe, England sebelum merebak menjadi besar dalam kejadian yang berlaku kelmarin.

Anggota-anggota Bomba dan Penyelamat Cheshire dikejarkan ke Catherine Street sejurus sebelum 4.30 petang (waktu tempatan).

Beberapa jalan masih ditutup di sekitar bangunan yang hangus, manakala penduduk dipindahkan ke Pusat Gaya Hidup Crewe.

Penduduk tempatan turut digesa supaya menutup pintu dan tingkap mereka sementara anggota bomba menangani kebakaran.

Polis yang menyiasat kebakaran itu kini menahan seorang budak lelaki berusia 12 tahun kerana disyaki melakukan pembakaran dengan niat untuk membahayakan nyawa.

Tiada siapa yang cedera dalam kebakaran itu dan polis masih melakukan siasatan. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan