Takiyuddin menipu, itu budaya iblis, kata pempengaruh

Harapandaily

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dikatakan menipu berhubung status tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Pempengaruh, Wan Mahussin Wan Zain berkata, berdasarkan semakannya, beliau mendapati tanah berkenaan adalah milik Kesedar itu sendiri.

Katanya, geran tanah jelas menunjukkan tanah dihuni Kesedar itu bukan milik Pesuruhjaya Tanah Kelantan seperti didakwa Takiyuddin.

Ekoran itu, Wan Mahussin mengingatkan bahawa pembohongan merupakan sifat syaitan.

Sepatutnya, kata pemuda berkenaan, Takiyuddin tampil tunjukkan geran tanah.

“Apa yang dinyatakan (Takiyuddin) adalah pembohongan yang sangat besar

“Cukup saja Datuk Seri tunjukkan geran tanah, tunjukkan Kesedar itu, tanahnya ilik siapa.

“Tanah Kesedar itu adalah milik Kesedar itu sendiri.

“Menipu itu sifat syaitan. Menipu itu budaya iblis. Tak malu ke Datuk Seri?

“Setiausaha Agung Pas berceramah menipu rakyat. Allahuakbar,” katanya menerusi akaun TikTok.

Dalam satu ceramah sempena kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Takiyuddin memberitahu tanah seluas 200 ekar yang menempatkan pejabat Kesedar adalah milik Pesuruhjaya Tanah Kelantan.

“Maksudnya, itu tanah kerajaan negeri Kelantan,” tegas Takiyuddin lagi.

Mengulas lanjut, Wan Mahussin menasihatkan Ahli Parlimen Kota Bharu berkenaan supaya berhentilah berbohong.

“Sudah-sudahlah Datuk Seri. Kalau betul Datuk Seri mahu buat pendakwaan begitu, mintalah salinan geran daripada pejabat tanah.

“Janganlah nampak macam tak betul sangat. Jagalah reputasi sebagai Setiausaha Agung (Pas). Janganlah pakai bedal begitu saja.

“Kalau nak berceramah, beri fakta. Tunjukkan geran milik siapa, keluasan berapa. Barulah betul sebagai pemimpin.

“Pemimpin pula pemimpin Islam. Tak malukah asyik menipu saja kerjanya?” tempelak Wan Mahussin lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan