Isteri minta cerai kerana suami malas mandi

Agensi

New Delhi: Baru saja 40 hari hidup bersama, wanita India ini sudah meminta cerai selepas tidak tahan dengan tabiat pengotor suami dikahwininya itu.

Wanita dari Agra, Uttar Pradesh itu berkata, dia tidak tahan dengan suaminya hanya mandi sekali dua kali sebulan selain menggunakan pakaian kotor dan nafas berbau.

"Suami saya hanya mandi enam kali dalam 40 hari lalu.

"Apabila mendengar saya mahu bercerai, dia berjanji untuk berubah dan menjaga kebersihan dengan mandi setiap hari," katanya berkongsi masalah itu kepada pusat kaunseling.

Ketika disoal siasat pusat kaunseling di Agra, salah seorang kaunselor berkata, suami wanita itu, mengaku hanya mandi sekali atau dua kali sebulan.

"Lelaki itu mengaku membersihkan badan dengan menyimbah Gangajal (air suci dari sungai Gangga) seminggu sekali," katanya kepada media.

Katanya, pasangan muda itu mula bertengkar mengenai kebersihan suami beberapa minggu selepas perkahwinan.

"Akhirnya, isteri berkenaan meninggalkan rumah mereka dan kembali tinggal bersama keluarganya.

"Keluarganya turut masuk campur dengan membuat aduan di balai polis dan memohon perceraian daripada pihak lelaki," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan