Pemilik syarikat warga Bangladesh ditahan merasuah penguat kuasa

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
Pemilik syarikat warga Bangladesh dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk reman kerana dipercayai terbabit sindiket bersekongkol dengan merasuah penguat kuasa bagi membawa masuk kumpulan warga asing ke negara ini menerusi modus operandi (MO) 'counter setting' atau laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). FOTO Ihsan SPRM

Kuala Lumpur: Pemilik syarikat warga Bangladesh ditahan reman bagi membantu siasatan bersekongkol merasuah penguat kuasa bagi membawa masuk warga asing ke negara ini menerusi modus operandi 'counter setting' atau laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perintah reman tujuh hari sehingga 16 September ini terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan sekitar Kuala Lumpur menerusi Op Pump kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

"Suspek dan beberapa ejen sindiket berkenaan dipercayai membayar sejumlah wang rasuah kepada beberapa pegawai di sebuah agensi penguat kuasa antara RM200 hingga RM25,000 sebagai balasan untuk memudahkan kumpulan warga asing melepasi pintu masuk udara negara tanpa melalui pemeriksaan yang sepatutnya.

"Wang rasuah berkenaan sebagai balasan bagi melindungi, memudahkan urusan dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas warga asing yang tidak memenuhi syarat serta tidak mengikut prosedur yang sah mengikut Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155)," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan