Suami hunus pisau kejar isteri

KOSMO!

BEIJING – Seorang lelaki bersenjatakan pisau mengejar isterinya dengan mengelilingi sebuah lori yang diletakkan di tepi sebatang jalan di Dongguan, dalam wilayah Guangdong, lapor portal berita MSNews semalam.

Video kejadian menunjukkan seorang anak lelaki pasangan itu cuba menghalang bapanya di China

Bagaimanapun, si suami menolak anaknya dan mengejar isterinya.

Si isteri berlari mengelilingi lori tersebut beberapa kali sehingga wanita itu berjaya pergi ke premis lain.

Menurut saksi, perbalahan antara mereka berdua berpunca daripada pertikaian keluarga.

Namun, maklumat lanjut tentangnya masih tidak jelas. Ada yang membuat spekulasi bahawa pasangan itu bergaduh dan ada pula menganggap lelaki itu mabuk.

Saksi kemudian menghubungi polis  yang tiba di tempat kejadian untuk campur tangan dan menyiasat kejadian tersebut.

Polis mengesahkan isteri dan budak lelaki itu tidak cedera, manakala lelaki itu hanya cedera ringan.

Beberapa netizen mengecam orang awam yang melihat kerana tidak campur tangan untuk meleraikan mereka.

Namun, terdapat netizen yang memuji keberanian budak lelaki tersebut yang cuba menghalang perbuatan bapanya. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan