Toyota Hilux jatuh gaung ketika mengundur kenderaan, seorang maut

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
Kenderaan jenis pacuan empat roda yang hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung sejauh 30 meter di Bukit Kopungit Vantage Point, Jalan Bukit Perwira. FOTO MOHD ADAM ARININ
Kenderaan jenis pacuan empat roda yang hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam gaung sejauh 30 meter di Bukit Kopungit Vantage Point, Jalan Bukit Perwira. FOTO MOHD ADAM ARININ
Kota Kinabalu: Penumpang maut, manakala pemandu pacuan empat roda cedera selepas kenderaan dinaiki jatuh gaung di Bukit Kopungit Vantage Point, Jalan Bukit Perwira, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa Bianus Asai, 67, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu Genol Lopidi, 66, cedera dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux Rouge dinaiki kedua-dua mangsa terjatuh ke gaung sedalam 30 meter itu dipercayai ketika mengundur kenderaan lalu terbabas.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Riki Mohan Singh Ramday berkata, operasi menyelamat dijalankan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Operasi ditamatkan pada 12.21 tengah malam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan