NOR AINNA HAMZAH
KUALA PILAH – Seorang bekas doktor didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar lucah teman lelakinya bersama bekas kekasih.
Hakim Norma Ismail membuat memutuskan demikian selepas tertuduh, D Janusiya Devi, 38, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Hakim itu turut menetapkan hukuman tiga bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.
Tertuduh didakwa memiliki dua keping gambar lucah seorang lelaki bersama wanita lain berusia 40 tahun dalam telefon bimbit miliknya pada 16 November lal di pejabat Cawangan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol.
Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan