Lantai masjid tiba-tiba roboh ketika solat Jumaat; 9 jemaah ditelan lubang benam

Berita MediaCorp 

Lantai masjid tiba-tiba roboh ketika solat Jumaat; 9 jemaah ditelan lubang benam
Tular di media sosial, satu rakaman video yang menunjukkan lantai sebuah masjid terjerlus sedalam dua meter.
JAKARTA: Tular di media sosial, satu rakaman video yang menunjukkan lantai sebuah masjid terjerlus sedalam dua meter.

Lebih mengerikan, insiden dikatakan berlaku ketika para jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

Detik News pada Sabtu (16 Nov) melaporkan kejadian berlaku di Kompleks J City Medan di wilayah Sumatera Utara.

Penolong Pesuruhjaya Polis Maruli Tua Siregar memberitahu Detik News, sekitar sembilan orang terjatuh ke dalam lubang benam itu. Lima daripada mereka dikatakan cedera ringan.

Titisan darah juga dilihat di tempat kejadian dalam video yang dimuat naik @ceritamedancom di Instagram. Lubang benam sedalam dua meter berhampiran barisan jemaah yang sedang mengerjakan ibadah solat.

“Mangsa yang cedera segera dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut. Lantai tersebut roboh ketika jemaah sedang melakukan rakaat kedua,” kata Encik Siregar.

Video @ceritamedancom sudah meraih lebih 80,000 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi.

"Ini sangat mengerikan," komen seorang netizen.

"Macam mana boleh ada lubang di situ?" soal seorang lagi.

Apa pun, ramai berpandangan agar langkah susulan segera dijalankan di masjid terbabit demi keselamatan para jemaahnya.
Sumber : Sumber Web/HA/ha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan