Mike Tyson enggan wariskan harta kepada anakp

KOSMO
Gambar fail menunjukkan Mike Tyson pada pertarungan tinju di Stadium AT&T di Texas pada 15 November lalu. - Getty Images
WASHINGTON – Petinju terkenal dunia, Mike Tyson mengundang perhatian orang ramai selepas berkongsi bahawa dia tidak akan menyerahkan harta kepada anak-anaknya, lapor saluran berita VNExpress semalam. 

Tyson, 58, memperoleh kira-kira AS$20 juta (RM89.3 juta) meskipun terpaksa menelan kekalahan dalam pertarungan  melawan Jake Paul pada 15 November lalu. 

Nilai kekayaan bersih Tyson dianggarkan mencecah AS$10 juta (RM44.6 juta) sebelum pertarungan itu berlangsung di Stadium AT&T. 

Namun, dia tidak mempunyai rancangan untuk meninggalkan sebarang  harta pusaka kepada anak-anaknya. 

“Perbanyakkan berdoa dan bekerja lebih keras. Jadilah pekerja paling gigih dan percaya pada diri sendiri. 

“Saya tidak dapat membantu anak-anak saya dengan memberikan mereka wang. Saya hanya menyakiti mereka jika berbuat demikian.

“Mereka perlu belajar berasa susah. Jika mereka tidak mempunyai aspirasi dan tidak mengharungi kesusahan, mereka akan cepat mengalah,” tambahnya. – AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan