Lelaki ‘melekat’ pada cermin kereta, rayu bekas isteri maafkan

KOSMO!
Tangkap layar rakaman tular yang dikongsikan pemilik akaun TikTok Falaq Jodoh.
PETALING JAYA – Tular di media sosial rakaman memaparkan seorang lelaki sanggup ‘melekat’ di cermin hadapan sebuah kereta, gara-gara mahu memujuk bekas isterinya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pemilik akaun TikTok Falaq Jodoh semalam, lelaki bertopi keledar itu berulang kali memohon maaf kepada bekas isterinya selain meminta supaya wanita itu memberhentikan kereta.

Kata lelaki itu, dia masih sayangkan wanita tersebut dan mahu memeluknya buat kali terakhir.

“Ayang turun la sekejap, turun sekejap sahaja. Ayang tolong lah.

“Ayang turun lah dulu, jangan buat macam ini. Turun lah, sekali sahaja. Nak peluk awak lepas itu dah,” rayu lelaki itu.

Bagaimanapun, tindakan lelaki tersebut mengundang ketidakselesaan pada bekas isterinya sehingga wanita itu terpaksa menjerit bagi melepaskan rasa geram.

Kejadian yang berlaku di sebuah kawasan rumah perumahan itu turut dilihat oleh penduduk-penduduk di sana.

Pada hujung rakaman tersebut, seorang individu dipercayai penduduk setempat cuba menenangkan lelaki itu dan memintanya untuk turun dari kereta.

Namun, dia tetap berdegil dan tidak mahu turun kerana takut bekas isterinya melarikan diri.

Pelbagai reaksi juga diberikan orang ramai di ruangan komen berhubung situasi tersebut sehingga meraih lebih 1.4 juta tontonan dan 64,700 tanda suka.

“Ramai cakap gila talak tapi hakikat kita tak tahu apa yang mereka hadap, kira rasa bangga sebab Allah tutup aib kita sahaja,” kata @KeChIk_black.

“Aku pernah lalui situasi macam ini naik atas kereta sebab bekas suami aku (masa itu masih suami) keluar dengan ‘skandal’ dia. Lepas itu dia tekan minyak kereta aku jatuh, sedih sangat,” kongsi @Risha.

“Teringat dekat diri sendiri pernah merayu dekat suami sendiri walaupun dia tak nak dah dekat saya disebabkan orang ketiga. Masih juga merayu,” luah @icelemontea. – KOSMO! ONLINE

Remaja perempuan lemas ketika mandi sungai

Bernama

KUALA KRAI: Seorang remaja perempuan berumur 19 tahun ditemukan lemas di sebatang sungai di Kampung Pasir Era di petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Kuala Krai Noorzaidi Mohamed berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Nurul Farisya ditemukan pada kira-kira 7 malam.

Beliau berkata bomba menerima laporan mengenai insiden itu pada 4.16 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Sungai Durian dan Balai Bomba Machang dikerah ke lokasi kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa sedang mandi di lokasi terbabit bersama rakannya, Rosmaira Maisara Muhamad Azam, 13, namun rakannya itu terselamat.

“Mayat Nurul Farisya ditemukan kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian oleh abangnya. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sanusi hina institusi kehakiman, menghasut

K PRAGALATH

Dakwaan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa ada pihak ‘diternak’ supaya sistem perundangan Islam bertembung dengan perundangan sivil merupakan penghinaan kepada institusi kehakiman Malaysia dan bersamaan dengan perbuatan menghasut.

Ini penghinaan kepada institusi kehakiman. Ia salah dibawah seksyen 3 dan 4, Akta Hasutan. Mahkamah boleh mengarahkan pendaftar untuk membuat laporan polis terhadapnya,” kata pengerusi KANUN, Dr Dzulqarnain Luqman ketika dihubungi Harapan Daily.

Beliau berkata demikian sebagai balasan kepadatuduhan Sanusi.

Sanusi mendakwa bahawa hakim-hakim yang ada sekarang ‘diternak’ selama berdekad-dekad untuk mewujudkan pertembungan di antara undang-undang sivil dan syariah.

Perkara ini timbul ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan bahawa 16 peruntukan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (2001) Kelantan adalah tidak sah selepas kes ini difailkan oleh peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid ke atas ke atas kerajaan Kelantan.

Dzulqarnain yang juga merupakan seorang peguam turut berkata bahawa dakwaan Sanusi merupakan cetusan pandangan presiden Pas, Tun Abdul Hadi Awang yang dilantunkan semula.

“Ia lantunan semula apa yang presiden Pas yang cakap.”

Pada 14 Februari, Hadi mendakwa negara-negara Islam kehilangan integriti dengan mengekalkan undang-undang penjajah.

“Kini muncul kalangan hakim yang ‘bijaksini’ (bukan bijaksana) yang kepala dan akalnya dipengaruhi oleh tulisan warisan penjajah,” kata Abdul Hadi dalam catatan Minda Presiden Pas.

Hadi berkata demikian tanpa merujuk kepada mana-mana kes khusus.

Dzulqarnain turut mempertahankan institusi kehakiman.

“Hakim-hakim diwatikahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong dan mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan seperti juga ahli parlimen. Mereka diberikan kuasa di bawah Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk mentafsir pertikaian negeri dan persekutuan.

“Mereka bukan lantikan bidan terjun. Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat sendiri mendapat latihan dari Universiti Malaya.”

Beliau turut menjelaskan bahawa pertembungan yang berlaku sekarang bukanlah pertembungan di antara golongan sekular dan liberal lawan Islam.

“Pertembungan ini adalah pertembungan kuasa gubalan DUN dan parlimen, bukan sekular liberal lawan Islam.”#

Apa sudah jadi kepada Muda?

FARHANA ABD KADIR

SHAH ALAM - Beberapa ahli pimpinan tertinggi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) didakwa meletakkan jawatan dalam masa seminggu.

Menurut pemilik akaun @rombakMUDA, hampir 10 ahli dalam masa sebulan meletakkan jawatan atas sebab peribadi dan juga didakwa tidak berpuas hati dengan hala tuju parti dalam tempoh beberapa tahun ini.

Antara yang meletakkan jawatan termasuk, Bendahari Muda Parlimen Kapar, Vipraharan Balan; Ketua Parlimen Pandan, Abang Aliefiesyahreen; Timbalan Pengerusi Muda Kedah, Amer Abdullah dan Timbalan Ketua Muda Parlimen Kapar, Thinesh Raj Parantaman.

“Mereka yang meletakkan jawatan ini bukan calang-calang, Timbalan Pengerusi Muda Kedah pun ada.

“Apa yang sedang berlaku kepada Muda?” katanya dalam satu hantaran di X pada Jumaat.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Muda, Lokman Long mengosongkan jawatan tersebut selepas gagal mendapatkan deposit dalam pilihan raya negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar.

Selepas itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Presiden Muda bagi membolehkan beliau membersihkan nama daripada sabitan hukuman oleh mahkamah.

Mayat reput ditemukan terapung

Melvin Joni
am@hmetro.com.my

Sarikei: Sekumpulan pekerja feri terkejut apabila menjumpai mayat dalam keadaan tidak sempurna dan sudah mereput terapung di Sungai Sian di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan Sekam Anoi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu daripada pekerja feri kira-kira jam 10 pagi semalam, dan segera mengerahkan pegawai bersama-sama beberapa anggota ke lokasi.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati terdapat satu laporan orang hilang di Sibu dan pengecaman mayat dibuat oleh pengadu kes.

"Bagaimanapun, pengecaman gagal kerana mayat reput dan kembung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sekam berkata, siasatan diteruskan dengan mengambil sampel DNA untuk mengetahui identiti mayat. Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan mayat itu.

6 MP Bersatu sokong Anwar dicabar

Baharom Bakar
am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) yang berpaling tadah dicabar mengisytiharkan melepaskan jawatan sebagai ahli parti.

Cabaran itu disuarakan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris selepas enam Ahli Parlimen itu berselindung di sebalik kekebalan sebagai ahli parti, tetapi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita cabar mereka untuk mengisytiharkan berhenti sebagai ahli parti dan melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen sebelum diusir secara paksa melalui pindaan perlembagaan parti pada Perhimpunan Agung Khas, 2 Mac ini.

"Tiada agenda lain akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Khas BERSATU, melainkan hanya meminda perlembagaan fasal 10 iaitu terhentinya keahlian apabila tidak lagi menyokong perjuangan parti," katanya.

Terdahulu, Razali yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) BERSATU mengadakan program santai bersama peserta Payang Walk di Dataran Shah Bandar, di sini, semalam.

Enam Ahli Parlimen BERSATU yang menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi serta Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Polis cari lelaki paut belakang treler bergerak

Omar Ahmad
am@hmetro.com.my  Seorang lelaki melakukan aksi berbahaya dengan berpaut dibelakang treller yang bergerak laju di lebuh raya. FOTO TANGKAP LAYAR TULAR
Seorang lelaki melakukan aksi berbahaya dengan berpaut dibelakang treller yang bergerak laju di lebuh raya. FOTO TANGKAP LAYAR TULAR
Kulai: Polis giat mengesan lelaki yang melakukan aksi berbahaya dengan berpaut pada belakang treler sedang bergerak di atas lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, kejadian itu disedari pihaknya pada 12 tengah hari semalam selepas video tular di media sosial.

Katanya, siasatan dilakukan, yang mendapati kejadian itu berlaku di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua menghala ke Senai pada 10 pagi Khamis.

"Ketika kejadian, pemandu lori Scania dari Kangkar, Pulai menghala ke kawasan Perindustrian Senai mungkin tidak menyedari terdapat lelaki berpaut di belakang kenderaan dipandunya.

"Pemandu terbabit didakwa hanya menyedari perkara itu setelah rakannya menghantar video viral berkenaan.

"Pemandu lori berumur 36 tahun sudah hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes untuk tampil di IPD Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 0167573507.

Kes disiasat mengikut Seksyen 47 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video tular itu menunjukkan aksi, seorang lelaki berpakaian gelap dan menggalas beg, berdiri dan berpaut pada belakang treler yang bergerak laju.

Video dipercayai dirakam pemandu lain yang melalui jalan sama.

Ramalan Anwar benar belaka

Hishamuddin Aun

Kurang 14 hari daripada pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Dewan Rakyat pada 26 Feb ini, pembangkang — di sebalik cakap berdegar-degar mereka sebelumnya — belum lagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk ia dijadualkan. Namun, adakah apa-apa yang menghairankan? Ramalanku benar belaka, harus Anwar terfikir demikian.

Jika mahu diingati, deras sekali sembang Ahmad Fadhli Shaari sebelum ini. Sejak melepaskan jawatan Ketua Pemuda PAS untuk bergelar ketua penerangan parti itu dalam muktamar tahunannya di Shah Alam pada 20-22 Okt tahun lalu, Ahli Parlimen Pasir Mas itu nampaknya meneruskan kelantangannya.

Dengan ketiga-tiga naib presiden – Idris Ahmad, Mohd Ammar Abdullah dan Ahmad Samsuri Mokhtar – dilihat agak berat mulut dalam menyuarakan isu-isu nasional melainkan barangkali diarahkan, tinggallah Fadhli menjadi ‘trompet’ parti agar tidaklah semuanya terbeban pada Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Sanusi Nor untuk menimbulkan keriuhan. Presiden Hadi Awang pula boleh dimaafkan kerana harus lebih bimbangkan kesihatannya akhir-akhir ini.

Cuma, dalam memperkatakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri, Fadhli seperti sengaja mengada-adakan alasan. Dicabar untuk mengambil langkah itu bulan lalu jika mahu menumbangkan kerajaan, beliau mendakwa tiada jaminan usul tidak percaya terhadap Anwar akan diterima untuk dibahas dan diundi di Dewan Rakyat. Sebagai alternatif, Fadhli menegaskan mereka akan menimbangkan kaedah lain yang dibenarkan Perlembagaan.

Kenyataannya itu cuma separuh benar. Bukankah ada ungkapan bahawa sesuatu yang separuh benar itu lebih buruk daripada pembohongan? Jika frasa itu dijadikan kayu pengukur, maka mungkin lebih baik Fadhli berbohong saja daripada mengelirukan ramai — tapi pemimpin PAS tidak boleh bohong.

Mungkin benar ada usul dibawa pembangkang sebelumnya ditolak speaker tapi bukan berkaitan usul undi tidak percaya. Seperti ditempelak Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Anwar sudah ‘membuka ruang’ sebanyak dua kali untuk berdepan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat. Kali pertama ialah pada 19 Dis 2022 apabila usul undi percaya terhadapnya diluluskan dengan undian suara dan berselang kurang lima bulan pada 5 Mei 2003, Anwar mengulangi gesaan supaya pembangkang membuktikan jumlah sokongan bagi menubuhkan kerajaan baharu. Sebaliknya, jelaslah ia cuma alasan pembangkang sebagai menutup kekurangan sendiri.

Rabu lalu, Speaker Johari Abdul berkata Dewan Rakyat belum menerima sebarang usul tidak percaya terhadap perdana menteri daripada pembangkang, 14 hari menjelang pembukaan sidang terdekat ini agar usul itu dapat dimasukkan dalam aturan mesyuarat. Pembangkang, katanya, hendaklah juga mengkaji dan faham peraturan mesyuarat supaya lebih mengetahui proses keputusan menerima dan menolak usul dibuat mengikut peraturan ditetapkan dan tidak harus menuduh sembarangan.

Bagaimanapun, ia bukan bermakna pembangkang sudah ketinggalan bas. Jika tempoh masa 14 hari itu tidak dipenuhi seperti yang berlaku sekarang — hanya tinggal sembilan hari sebelum sidang bermula — mereka masih boleh memfailkan usul tergempar dalam soal membabitkan kepentingan awam sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sidang.

Seperti ditegaskan Anwar sebelumnya, beliau sedia memendekkan tempoh memfailkan notis kepada tiga hari berbanding 14 hari jika pembangkang mempunyai sokongan mencukupi bagi membawa usul undi tidak percaya terhadapnya di Parlimen. Kerajaan perpaduan sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat, namun langkah itu tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu. “Sudah lama kita tunggu (usul tidak percaya) sudah setahun. Hari-hari kita tunggu tetapi tak ada, jadi kita tak ada fikir apa-apa. Kalau dia (PN) ada (cukup sokongan) tunggu masa Parlimen nanti, bawalah SD (akuan berkanun). Usulkan di Parlimen tiada masalah. Ini tiap-tiap minggu mengigau,” katanya.

Gesaan untuk menguji keabsahan Anwar itu susulan dakwaan konon perdana menteri tiada lagi majoriti mudah 112 sokongan Ahli Parlimen, dengan merujuk kepada Langkah Dubai. Langkah Dubai pun kesudahannya dah jadi ‘Langkah Do Bye’ seperti disindir dan ditular di media sosial kerana ia digambarkan sebagai gembar-gembur semata-mata.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang terawal menggesa PN pada 10 Jan lalu supaya segera mengemukakan usul tidak percaya terhadap Anwar menjelang sidang Dewan Rakyat 26 Feb ini sekiranya benar-benar serius mahu menguji keabsahan Anwar. Beberapa penganalisis politik juga senada dengan mencadangkan kaedah terbaik untuk menguji kepercayaan Ahli Parlimen terhadap Anwar hanya boleh dilaksanakan di Dewan Rakyat. Maksudnya jangan hanya cakap berdegar-degar di luar tapi tiada langkah susulan di dalam Dewan.

Hassan berkata penyokong dari blok kerajaan tidak perlu mengemukakan usul undi percaya kerana mereka yakin Anwar mempunyai majoriti untuk terus menjadi perdana menteri. Barangkali apa yang tidak ditimbulkannya ialah jumlah Ahli Parlimen PN juga semakin berkurangan dengan enam daripada mereka sudah beralih kepimpinan di sebalik mengekalkan keahlian parti selain beberapa lagi yang didakwa akan menyusuli langkah serupa.

Anwar pula masih tidak berganjak daripada kepercayaannya bahawa pembangkang tiada kekuatan untuk meneruskan usaha menjatuhkan kerajaan pimpinannya, sebaliknya sekadar terus memainkan propaganda bagi mengaburi penyokong mereka sendiri. Setakat ini, Anwar belum dibuktikan tersilap dengan majoriti lebih 2/3 dimilikinya kerana kalau pun benar pembangkang ada cukup jumlah seperti yang mereka mahu ramai percaya, mereka akan siap berbaris lama sebelum pintu pagar besar ke Parlimen dibuka.

Sebenarnya, tidak pun perlu tunggu sidang hari pertama pada 26 Feb ini atau mesyuarat pertama Parlimen yang akan berlanjutan 19 hari hingga 27 Mac nanti kerana pembangkang tidak akan memiliki kekuatan — apatah lagi keberanian — untuk mengemukakan usul bagi menguji keabsahan Anwar sebagai perdana menteri.

Seperti dirumuskan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Ahmad Maslan, sebarang percubaan PN untuk mempertaruhkan tindakan itu hanya akan mendedahkan semakin merosotnya angka sokongan di pihak mereka.

“Ini kerana pembangkang tidak cukup angka lagi. Angka yang mereka nyatakan sebelum ini hanya khayalan. Oleh itu, apabila sidang Dewan Rakyat bermula nanti, pembangkang tidak akan bentangkan usul undi tidak percaya seperti dicanang-canangkan,” katanya.

Cuma, ia akan menjadi kerugian besar buat pembangkang jika mereka tidak menggunakan kesempatan ini. Sekiranya usul tidak percaya pun gagal dikemukakan mereka, ia bermakna pembangkang tidak layak untuk mempertikai keabsahan Anwar lagi selepas ini. Kerana pada perdana menteri, ramalannya benar belaka.

Hotel 'hanyir' di Pudu kembali 'meriah' dengan warga asing

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
KEADAAN lokasi pelacuran di Pudu. FOTO Ezairi Shamsuddin
KEADAAN lokasi pelacuran di Pudu. FOTO Ezairi Shamsuddin
Kuala Lumpur: Hotel 'hanyir' di Jalan Pasar Baharu, Pudu, di sini yang menjadi tumpuan aktiviti pelacuran bagi warga asing kembali 'meriah' selepas diserbu pihak berkuasa minggu lalu.

Tinjauan wartawan di bangunan hotel tinggal itu mendapati, puluhan wanita dipercayai pelacur berkeliaran di tingkat satu bangunan terbabit untuk mencari pelanggan.

Kawasan itu turut dikawal ketat 'jaga air' yang mengawal pelanggan keluar dan masuk dari premis terbabit.

Wartawan yang melakukan penyamaran sebagai pelanggan didekati seorang wanita warga Vietnam dan menawarkan khidmat seks.

"Abang sini, kita kasih murah-murah, abang ini Bangla (warga Bangladesh) kan? RM100 abang satu jam kalau mahu kita naik atas.

"Boleh kurang lagi abang, mahu massage (urut) sahaja juga boleh RM50 sahaja, kita massage you (saya urut awak), marilah abang," kata wanita berkenaan.

Wartawan yang enggan mengikuti wanita terbabit kemudian dimarahi seorang lelaki dipercayai bapa ayam yang menjaga semua wanita warga asing berkenaan.

"Kalau mahu jalan-jalan pergi Pavillion sana, sini tempat cari makan," katanya.

Wartawan bersama jurugambar kemudian menyelinap ke tingkat atas melalui tangga di bahagian kanan bangunan berkenaan.

Bangunan hotel tinggal itu jelas sekali berbau busuk, hanyir dan dipenuhi kesan air liur dari pelanggan warga asing.

Ketika tinjauan di lakukan, wanita di tingkat enam bangunan berkenaan menyangka wartawan adalah pelanggan dan menunjukkan lokasi kediaman mereka dipercayai menghuni di situ.

Kediaman lengkap dengan tandas, dapur dan tiga bilik tidur itu dipercayai menjadi bilik persundalan.

Pelanggan yang bersetuju untuk mengambil perkhidmatan yang ditawarkan itu akan dibawa ke tingkat lima hingga enam yang dijadikan bilik persundalan.

Pada 8 Februari lalu, polis menyerbu bangunan hotel terbiar itu yang dikesan menjalankan aktiviti pelacuran dan didiami pendatang asing tanpa izin (Pati).

Serbuan berjaya menahan seramai 229 lelaki dan 34 wanita terdiri warga tempatan dan warga asing dari Bangladesh, Nepal, Pakistan, Myanmar, Indonesia, India, Vietnam, China dan Thailand.

Simpanan peribadi lebih RM24,198, wajib bayar zakat

SITI A'ISYAH SUKAIM

SEGELINTIR masyarakat menyangkakan apabila menyimpan wang melalui institusi kewangan atau perbankan yang dikatakan patuh syariah, mereka menganggap sudah ‘selesai’ hal berkaitan pengeluaran zakat wang simpanan.

Hakikatnya, kepatuhan syariah oleh institusi kewangan atau perbankan tersebut adalah dari segi proses, namun zakat wang simpanan belum lagi selesai.

Menjelaskan perkara tersebut, Penolong Pengurus Unit Dakwah Swasta, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohd. Dziyaulhak Hashim berkata, zakat wang simpanan adalah kiraan kepada wang dalam simpanan yang perlu dizakatkan tertakluk kepada syarat cukup nisab dan haul.

Menurutnya, nisab terbaharu tahun 2024 ditetapkan bagi zakat wang simpanan untuk umat Islam di Wilayah Persekutuan adalah pada kadar RM24,198.

“Justeru, mana-mana wang simpanan yang cukup setahun melepasi nisab tersebut adalah tertakluk kepada zakat wang simpanan. Sebagai contoh, jika individu itu mempunyai simpanan RM100,000 setahun, ia kemudian didarab dengan 2.5 peratus kadar zakat.

“Misalnya dia menyimpan di lima akaun bank, jadi pengiraannya adalah campur semua jumlah tersebut apabila cukup haul serta didarab dengan 2.5 peratus kadar zakat.

“Bagaimanapun, zakat wang simpanan ini dikecualikan bagi simpanan Lembaga Tabung Haji (TH) serta saham Bank Rakyat,” katanya menerusi wawancara mengenai zakat wang simpanan di Ibu Pejabat PPZ-MAIWP di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mohd. Dziyaulhak memberi penjelasan mengenai zakat wang simpanan pada sesi wawancara di Ibu Pejabat PPZ-MAIWP, Kuala Lumpur baru-baru ini. – Foto oleh MOHD FARIZWAN HASBULLAH / KOSMO!
Untuk simpanan emas pula, ia adalah satu bentuk kekayaan lain di bawah zakat emas, jadi kaedah pengiraannya tidak sama dengan zakat wang simpanan.

Beliau turut menjelaskan berhubung simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak perlu dibayar zakat selagi mana ia belum dimiliki sepenuhnya oleh pencarum.

“Hal ini kerana belum cukup satu syarat iaitu pemilikan penuh, jadi tak tertakluk mana-mana jenis zakat.

“Jika sudah boleh bawa keluar ketika umur sudah 50 tahun, maka wang tersebut perlu dizakatkan atas zakat KWSP dengan nisab dan haul yang ditetapkan,” ujarnya.

Mengenai persoalan wang simpanan daripada gaji yang telah dibayar zakat pendapatan, beliau turut menerangkan kaedah kiraan tersebut.

“Zakat pendapatan ini tidak tertakluk kepada haul dan itu dipegang di dalam negara berdasarkan pendapat Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud. Katakanlah dia membayar zakat untuk gaji yang diterima dan secara istiqamah menyimpan RM500 setiap bulan.

“Cukup setahun dia berjaya menyimpan RM6,000 daripada gajinya yang telah dizakatkan untuk tahun itu. Dalam masa sama, ia menjadikan wang simpanan keseluruhan dimilikinya mencecah RM54,000.

“Untuk membayar zakat wang simpanan tersebut, kiraanya adalah RM54,000 tolak RM6,000 dan baki itu kemudian didarabkan dengan 2.5 peratus bagi mendapatkan jumlah zakat yang perlu dibayar mengikut syarak.

“Kaedah ini digunakan kerana pembayaran zakat tidak dizakatkan pada satu sumber yang sama atau dua jenis zakat, dan ini sekali gus menunjukkan sesuatu syariat itu tidak membebankan,” katanya.

Mohd. Dziyaulhak berkata, tanggungjawab menunaikan zakat wang simpanan juga tidak terkecuali kepada mereka yang tidak bekerja atau kanak-kanak sekiranya simpanan mereka melebihi kadar nisab ditetapkan iaitu RM24,198.

Katanya, pemilik harta belum baligh atau kanak-kanak adalah di bawah tanggungjawab waris dalam menguruskan pengeluaran zakat atas harta mereka.

“Ini turut melibatkan orang kurang siuman kerana syarat zakat tidak menetapkan kepada orang berakal atau baligh sahaja,” katanya.

Mengakhiri wawancara tersebut, beliau berkongsi hikmah di sebalik kewajipan menunaikan zakat yang mana Allah SWT akan menjaga harta dan aset pembayar terbabit daripada kebinasaan.

“Hebatnya zakat ini ia ‘pelindung’ dan benteng kepada harta yang dimiliki. Sesungguhnya ada harta orang lain di dalam harta kita,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam untuk menunaikan zakat sekali gus sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

Ujarnya, dengan kadar 2.5 peratus yang telah ditetapkan, ia tidak membebankan umat Islam, bahkan tidak menyebabkan harta dimiliki pembayar zakat tersebut habis.

Ini berdasarkan surah al-Baqarah ayat 245 yang bermaksud, ‘kalau kamu memberi pinjam (zakat) kepada Allah SWT, maka pasti aku akan bayar lebih daripada apa yang kamu pinjamkan’.

Beliau menjelaskan, ayat berkenaan membawa maksud iaitu apabila patuh tuntutan tersebut, Allah SWT akan memberi ganjaran melangkaui sangkaan hamba-Nya.

“Jadi jangan takut untuk bayar zakat simpanan…ada kan dalm diri rasa teruja dan seronok nak bayar zakat,” katanya.

Orang ramai boleh menunaikan zakat wang simpanan di mana-mana kaunter PPZ-MAIWP atau secara dalam talian di www.zakat.com.my – KOSMO! ONLINE

Peguam: Kenyataan Hadi pasal hakim 'berniat jahat'

Isabelle Leong

Beberapa peguam membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana melabel hakim sebagai "bijaksini" (berbanding bijaksana) dan "akalnya dipengaruhi oleh tulisan warisan penjajah."

Peguam New Sin Yew (gambar bawah) berkata memanggil seseorang hakim sebagai tidak bijak kerana menjalankan tugas perlembagaan mereka adalah berniat jahat.

“Para hakim mengangkat sumpah untuk menegakkan dan mempertahankan Perlembagaan. Dan itulah yang mereka lakukan,” kata New kepada Malaysiakini.

Ini selepas Hadi pada Rabu (14 Feb) mengatakan negara-negara Islam kehilangan integriti mereka apabila mengekalkan undang-undang penjajah walaupun negara itu sudah mencapai kemerdekaan.

Dia berkata walaupun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara namun agama lain boleh diamalkan dengan bebas.

Bagaimanapun, Abdul Hadi mendakwa bahawa banyak pindaan perundangan telah dibuat sejak itu dengan mengabaikan kepentingan Islam.

"Dahulunya, ada daripada kalangan para hakim yang bijaksana seperti Almarhum Tun Salleh Abas, Almarhum Tan Sri Harun Hashim dan lain-lain.

"Ada yang masih hidup seperti Tun Abdul Hamid, Tun Ahmad Fairuz dan lain-lain yang menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menjaga dan mempertahankan syariat buat sementara waktu mengikut mafhum yang ada dalam keimanan di hati mereka kepada Islam. Mereka tidak melayan tindakan-tindakan yang mahu menyingkirkan syariat Islam.

"Namun demikian, kini muncul kalangan hakim yang ‘bijaksini’ (bukan bijaksana) yang kepala dan akalnya dipengaruhi oleh tulisan warisan penjajah," kata Abdul Hadi dalam catatan Minda Presiden PAS terbit di Harakahdaily pada 14 Feb lalu.

Bagaimanapun kenyataan Abdul Hadi tanpa merujuk kepada mana-mana kes atau memberi konteks terhadap komentar tersebut.

Namun, dipercayai ahli parlimen Marang itu merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan apabila panel sembilan hakim dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen oleh peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anak perempuannya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman untuk membatalkan 18 peruntukan enakmen jenayah syariah Kelantan.

Kewajipan hakim tafsir undang-undang

Mahkamah memutuskan bahawa badan perundangan Kelantan melebihi bidang kuasanya yang terkandung dalam Senarai Negeri (Senarai II) Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, mahkamah tertinggi hanya membenarkan 16 daripada 18 itu tidak sah.

Sementara itu, peguam dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim (gambar bawah) memberitahu Malaysiakini, bahawa tidak wajar Abdul Hadi menyalahkan dan mengutuk hakim.

Dia berkata para hakim menyampaikan keputusan mereka berlandaskan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di negara ini.

“Adalah menjadi kewajipan hakim untuk mentafsir undang-undang yang digubal oleh parlimen.

“Oleh itu, kita mesti meminda undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah tugas kerajaan sekarang dan semua ahli parlimen,” katanya.

Berkongsi sentimen yang sama ialah peguam Azira Aziz (gambar bawah), yang mengingatkan Abdul Hadi bahawa dia seorang ahli politik dan ahli parlimen yang mengambil bahagian dalam sistem itu - yang meminda Perlembagaan Persekutuan.

"Jika beliau berpendapat bahawa menjadi ahli parlimen bertentangan dengan nilai dan prinsip beliau sebagai seorang Muslim, beliau harus membayar balik keseluruhan gajinya, meletak jawatan dan menolak semua bentuk pencen kerajaan," katanya kepada Malaysiakini.

PAS terlepas peluang menangi hati rakyat

Peguam Zaid Ibrahim (gambar bawah) berkata kenyataan Hadi itu menyebabkan PAS kehilangan peluang keemasan untuk meraih sokongan majoriti rakyat.

Daripada membidas hakim dalam kes Nik Elin, Zaid berkata Hadi sepatutnya berkata dia memahami keputusan hakim dan menggesa umat Islam supaya bersabar.

“Sekiranya kita akan mempunyai parti politik yang memberi inspirasi kepada perubahan positif dalam negara, pemimpinnya mesti berhenti merungut dan bersungut.

“Pemimpin yang berwawasan dan penuh harapan inilah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

“PAS pastinya tidak ada (pemimpin demikian) buat masa ini,” kata bekas menteri undang-undang itu pada hantaran di X.

Lelaki maut berbalas tembakan dengan polis

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
PEGAWAI dan anggota polis melakukan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Zuliaty Zulkiffli
PEGAWAI dan anggota polis melakukan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Jitra: Seorang lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di kawasan jalan raya Bukit Kechik, Napoh, di sini hari ini.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, suspek berketurunan Cina ditemukan mati di tempat duduk pemandu hadapan kereta Proton Saga dalam keadaan berlumuran darah.

Kejadian berlaku ketika sepasukan pegawai dan anggota polis yang ketika itu melakukan rondaan Op Laras di lokasi kejadian.

Suspek ketika itu bersenjatakan sepucuk pistol.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh bersama Timbalannya, Deputi Komisioner Adzli Abu Shah melakukan tinjauan di lokasi dan dijangka akan mengadakan sidang media sebentar nanti.

Kelucahan melampau, ‘Ustaz Budak’ kekal dipenjara 13 bulan

Bernama

PUTRAJAYA: Seorang bekas mudir sebuah madrasah di Machang, Kelantan, yang sedang menjalani hukuman penjara 13 bulan atas kesalahan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki di sebuah hotel gagal untuk mengetepikan hukuman itu.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara menolak permohonan Syamsul Zaman Sukri, 36, bagi mendapatkan kebenaran merayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 21 Nov 2023.

“Mahkamah mendapati tiada merit dalam permohonan pemohon (Syamsul). Oleh itu, permohonan kebenaran merayu ditolak,” kata Hadhariah yang bersidang bersama Hakim Azman Abdullah dan Azmi Ariffin.

Bekas mudir itu menjalani hukuman penjara pada 21 Nov 2023 selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkannya menjalani hukuman itu serta-merta, selepas menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 13 bulan dijatuhkan Mahkamah Majistret pada 9 Mac 2023.

Memandangkan kes itu dari Mahkamah Majistret, Syamsul dikehendaki mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum meneruskan rayuannya di Mahkamah Rayuan, mengikut Seksyen 50(2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Lelaki itu yang digelar “Ustaz Budak”, didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun, termasuk mencium pipi mangsa di sebuah hotel di Kota Bharu pada 1.15 pagi, 16 Dis 2020, mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Sebelum in, Syamsul didakwa atas lebih 10 kes membabitkan jenayah seksual terhadap beberapa lelaki termasuk pelajarnya dan kes itu masih di peringkat perbicaraan.

Terdahulu, peguam Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri yang mewakili Syamsul berhujah terdapat percanggahan keterangan berhubung masa kejadian dan pihak pendakwaan gagal membuktikan secara tepat masa berlakunya kejadian kelucahan melampau, seperti dalam pertuduhan.

“Ini kerana pengadu yang juga mangsa dalam laporan polisnya menyatakan pada 1.15 pagi, beliau baru tiba di perkarangan hotel miliknya bersama pemohon (Syamsul).

“Selain itu, terdapat keterangan saksi pendakwaan yang menyatakan bahawa pengadu tidak berada di dalam bilik hotel, pada masa seperti mana pertuduhan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Noorhisham Mohd Jaafar berhujah walaupun terdapat percanggahan keterangan, namun majistret mempertimbangkan keterangan itu dan mendapati percanggahan tersebut tidak bersifat material.

“Elemen yang penting di dalam kes ini ialah perlakuan seksual dan identiti pelaku. Pemohon mengaku berada di tempat kejadian, namun tindakannya menafikan perbuatan yang dilakukan merupakan penafian semata-mata,” katanya.

Kalau orang tua rompak, rogol boleh? - Anwar

Malaysiakini

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengulangi ketegasan untuk  tidak akan bertolak ansur dengan isu rasuah dan penyelewengan.

Malah, kata Anwar, usia dan pangkat tidak sepatutnya dijadikan alasan, untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat rasuah.

Dia turut membidas ahli Parlimen yang menyokong golongan seumpama itu dengan alasan kasihan melihat mereka diheret atau dihadapkan mahkamah.

“Dia orang tua, jadi kalau orang tua rompak boleh? Kalau orang tua rogol boleh?

“Ini hang (kamu) belajar dari mana?” katanya ketika berucap pada Program Jualan Termurah Madani - Barangan Basah dan Kering di Lembah Makanan, Bandar Perda, di Permatang Pauh, hari ini.

Mengulangi pendiriannya bahawa dirinya tidak akan berkompromi dan mencampuri urusan mana- mana pihak berkuasa, termasuk SPRM, Anwar berkata usaha memerangi rasuah dilakukan secara menyeluruh.

Sambil menggesa pihak berkuasa supaya tidak perlu takut untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat rasuah, perdana menteri menegaskan pangkat dan peringkat umur tidak boleh dijadikan sebagai alasan.

“Kalau orang itu (amalkan) rasuah, dia patut bimbang... kalau tak rasuah dia tak perlu takut.

“Ini orang yang rasuah berpuluh billion tak berani sentuh, kalau polis sarjan kena (terima rasuah) kes RM200 orang marah habis. Saya tak kata betul (terima rasuah), kalau salah... salahlah.

“Tapi orang yang ambil RM10 billion tak berani sentuh, sebab ada kuasa tak berani sentuh.

“Ini kata dendam, kes lama, kalau ambil RM200 ringgit saya maafkan, tapi kes lama ambil RM20 billion ringgit, itu bukan duit aku, duit hang, tapi itu duit rakyat...” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian.

Sebelum ini, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan isterinya Na'imah Abdul Khalid mengingatkan perdana menteri bahawa kuasa itu singkat dan perhitungan menunggu mereka yang menyalahgunakannya apabila SPRM melancarkan siasatan terhadap kekayaan mereka.

Pada 23 Jan lalu, Naimah, 68, didakwa gagal mengisytiharkan hartanya.

Daim pula didakwa pada 29 Jan lalu atas pertuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan harta merangkumi 38 syarikat, 25 unit hartanah, tujuh kenderaan mewah, serta dua akaun dana pelaburan.

SPRM juga telah mengarahkan anak bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Mirzan dan Mokhzani, untuk mengisytiharkan harta mereka.

PAS gila talak?

PAS tetap mahu MN walau Umno ‘tutup buku’
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata perpaduan ummah harus menjadi keutamaan mendepani pelbagai cabaran dihadapi Melayu Islam ketika ini.

Nora Mahpar

PETALING JAYA: PAS tidak akan menutup ruang kerjasama dengan Umno untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) di sebalik kenyataan “tutup buku” oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi.

Merujuk kenyataan Puad yang parti itu tidak lagi mahu berbincang menghidupkan semula MN, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin tetap dengan pendirian sebaliknya kerana masih berpandangan kepentingan perpaduan ummah, termasuk perkembangan mutakhir yang didakwanya serangan terhadap kesucian Islam.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kerjasama itu perlu membabitkan Bersatu, rakannya dalam Perikatan Nasional (PN) yang menjadi halangan terbesar Umno.

“Jika ada orang tak setuju itu hak dia tapi kita tak pernah tutup pintu terutama antara PAS dengan Umno, kita tak pernah tutup (usaha bekerjasama) walaupun mereka letak syarat supaya kita ketepikan Bersatu baru dia (Umno) mahu.

“Tak sepatutnya berlaku begitu, sepatutnya mereka kena ketepikan DAP,” katanya kepada FMT.

Semalam, Puad mendakwa kenyataan Hashim bahawa “yakin” ada perbincangan secara tidak langsung antara pimpinan parti itu dengan Umno bagi menghidupkan MN bertujuan memecahkan kerjasama parti dalam kerajaan perpaduan.

Katanya, Umno “kenal hati budi” PAS dan lebih selesa bekerjasama dalam kerajaan perpaduan semasa yang boleh bertolak ansur dalam isu seperti cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk menjadikan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

Puad turut mempelawa PAS menyertai kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim jika benar-benar mahu bekerjasama.

Menegaskan pendirian PAS, Hashim berkata partinya tidak boleh bekerjasama dalam kerajaan perpaduan yang mana DAP turut berada di dalamnya.

“DAP bukan lagi boleh dibuat kawan kerana dasarnya tidak memberi kebajikan kepada perpaduan yang kita mahu. Pengalaman kita dengan DAP cukup untuk kita tolak DAP. Pengalaman pahit…memang pahit.

“Dia berjanji begini tapi bila tiba masanya (dia tak tunaikan),” katanya merujuk usaha PAS yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) ditentang keras parti itu.

SPRM tahan Ratu Naga

Malaysiakini

SPRM menahan aktivis politik Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga selepas menyerbu rumahnya di Kuala Lumpur pagi ini.

Suaminya Ezad Zainal berkata, lima pegawai badan antirasuah itu tiba di rumah mereka di Jalan Klang Lama sebelum jam 9.30 pagi dan menggeledah kira-kira 20 minit.

Katanya, SPRM turut merampas telefon bimbit dan laptop serta membawa Syarul Ema ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Ezad dan peguam mereka Nabila Khairuddin mendakwa SPRM enggan mendedahkan sebarang maklumat termasuk sebab penangkapannya.

“Dia (pegawai) hanya beritahu saya supaya berjumpa dengannya di ibu pejabat SPRM dan saya sekarang dalam perjalanan ke sana,” katanya kepada Malaysiakini pada jam 11 pagi tadi.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan kes itu berkata Syarul Ema ditangkap bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan dakwaan aktivis Bersatu Badrul Hisham Shaharin  terhadap setiausaha politik kanan perdana menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa Shamsul, melalui proksi, menyalahgunakan dana NGO.

Shamsul menafikan perkara itu dan mahu mengambil tindakan undang-undang.

Ketua Pengarah SPRM Azam Baki ketika dihubungi Malaysiakini Berkata Ratu Naga tidak ditangkap tetapi dipanggil untuk rakaman percakapan.

“Kita cuba panggil dia rakam kenyataan bagi membantu siasatan bawah Seksyen 16 Akta SPRM,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Penjelasan Azam itu bagaimanapun dipertikaikan peguam Syarul Ema.

“Rumah diserbu pagi ini dan dia diambil dan dibawa dengan kereta SPRM ke Putrajaya. Dia dinafikan akses kepada peguam dan suaminya oleh pegawai penyiasat. Ini jelas satu tangkapan.

“Tidak masuk akal ketua SPRM kata ini bukan tangkapan dan ia sama sekali bertentangan dengan fakta sedia ada,” kata Nabila.

Hazmi @ Jeming Hassan: Celakalah DD Chronicle yang perlecehkan agama…

BORHAN AHMAD
Kemarahan Pemuda Amanah terhadap seorang pempengaruh meluak-luak semalam yang dilontarkan mereka menerusi laporan polis dan sidang media yang dibuat mereka.

Mereka marah kerana pempengaruh ini mempelecehkan agama demi kepentingan parti dan untuk membuat kandungan (content) laman media sosial mereka.

“Celakalah Dd Chronicle yang memperlecehkan agama demi content dan parti,” kata Hazmi @ Jeming Hassan dalam sidang media beliau selepas membuat laporan polis semalam.

Ia diulang oleh Jeming, Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional dalam facebook beliau.

Laporan polis itu dibuat di seluruh negara oleh Pemuda Amanah semalam. Dua laporan polis di buat di Kelantan sahaja.

“Dd Chronicle telah memohon maaf kepada Pemuda Amanah tetapi ini bukan soal Pemuda Amanah sahaja. Ini soal agama Islam yang telahpun diperlecehkan. Agama Islam yang digunakan untuk dijadikan content.

“Kepada Dd Chronicle, kalau saya buat satu video sindir bapa kamu, kepala bapak kamu, saya yakin kamu akan menangis dan buat aduan polis,” kata Jeming dalam sidang media itu.

Dd Chronicle telah memuat naik satu posting yang dianggap menghina agama Islam beberapa hari lepas.

Namun ia kemudiannya ditarik balik dan permohonan maaf telah dibuat selepas Pemuda Amanah melancarkan kempen membuat laporan polis terhadap beliau.

Pemuda Amanah telah membuat laporan polis di seluruh negara dengan ketuanya, Hasbie Muda telah hadir dalam laporan polis yang dibuat di Putrajaya.

‘Pensyarah lucah’ akhirnya dibicara, bekas siswi harap kebenaran terungkai

Zeanaaima Mohd Yusof
Tangkap layar catatan Farah Azuin Abdul Razak di laman X mengenai dakwaan diganggu secara seksual oleh pensyarahnya. (Gambar X)
PETALING JAYA: Selepas tiga tahun dibelenggu peristiwa hitam menjadi mangsa gangguan seksual pensyarahnya, seorang bekas siswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) berharap kebenaran akan terungkai apabila kes itu dibicarakan Mac ini.

Dua tahun lalu, kisah Farah Azuin Abdul Razak, 25, tular di media sosial selepas graduan diploma pengurusan dan perniagaan itu mendedahkan menjadi mangsa gangguan seksual pensyarahnya pada 2021.

“Semestinya saya gembira tapi dalam masa sama takut bila fikirkan keputusan mahkamah nanti. Saya sudah cuba sedaya upaya.

“Moga perbicaraan ini berlangsung cepat dan berpihak kepada saya dan mangsa lain, sebab saya sudah tunggu tiga tahun,” katanya kepada FMT.

Pada 29 Sept 2022, FMT melaporkan kisah Farah yang diminta pensyarahnya (kini bekas) menjawab kaji selidik dipenuhi pelbagai soalan lucah.

Lewat petang hari sama, UiTM dilapor menamatkan perkhidmatan pensyarah itu berkuat kuasa serta-merta.

Farah dan keluarganya turut diganggu apabila individu terbabit menjejaknya di kampung dan menawarkan RM20,000 untuk kes itu ditutup.

“Agak sedih sebab UiTM langsung tidak hubungi saya sepanjang kes ini. Saya trauma, ada yang kecam walaupun banyak sokongan saya terima.

“Paling sedih ada yang kata saya sengaja besarkan isu ini dan ada yang kata bukan saya kena rogol pun,” katanya.

Farah yang kini sudah berumah tangga mendedahkan pernah membenci namanya selain berat badannya turun mendadak akibat kejadian dihadapinya.

“Saya benci nama saya, Farah…sebab pensyarah itu ulang-ulang sebut nama saya. Untuk pensyarah lain yang mungkin bersikap seperti pensyarah saya, anda tidak layak jadi pendidik.

“Kepada adik-adik (yang alami perkara sama) jangan takut bersuara. Ramai yang akan menyokong dan membantu,” katanya.

Pegawai penyiasat kes itu mengesahkan kepada FMT perkembangan tersebut dan memaklumkan ia dibicarakan bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Polis: Suspek bakar kereta polis bantuan untuk dapat rating tinggi di Tik Tok

Malaysiakini

Seorang penghantar makanan yang ditahan kerana membakar kereta milik polis bantuan di stesen MRT Mutiara Damansara hari ini dipercayai berbuat demikian bagi meningkatkan rating di aplikasi Tik Tok, kata pihak polis.

Dalam satu kenyataan petang ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya memaklumkan suspek berusia 25 tahun itu bertindak demikian agar video rakaman perbuatan itu dimuat naik melalui telefon bimbitnya.

Terdahulu, Ketua Polis IPD Petaling Jaya, Mohd Fakhrudin Abdul Hamid dilapor berkata, siasatan awal mendapati suspek melakukan vandalisme dengan menconteng carutan antikerajaan di dinding hentian bas berhampiran kenderaan yang dibakar itu.

Katanya lagi, polis juga menyiasat jika suspek dikaitkan dengan mana-mana parti politik atau kumpulan pelampau.

“Polis menahan lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di rumahnya di Flora Damansara, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

"Suspek disyaki menggunakan bom petrol yang dibaling ke arah kenderaan itu sebelum terbakar,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 435/427 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bapa ditahan peras ugut guru cabul anak

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang bapa ditahan selepas disyaki memeras ugut seorang guru untuk menyelesaikan kes cabul membabitkan anak perempuannya berusia 14 tahun.

Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 50 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu mengesyaki guru tersebut telah beberapa kali melakukan gangguan seksual terhadap anaknya.

“Siasatan awal pihak polis mendapati bapa mangsa berjumpa dengan guru tersebut untuk menyelesaikan kes dengan meminta sejumlah wang,” katanya dalam kenyataan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut.

Menurut Yahya, polis turut menahan guru berusia 59 tahun itu selepas menerima laporan pada Isnin lepas daripada mangsa. Remaja itu mendakwa dicabul sebanyak lima kali antara Disember 2023 hingga bulan lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Yahaya berkata, bapa mangsa dan guru tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya.

Wanita tak senang hati Ebit Lew paksa hantar gambar

Bernama

TENOM: Seorang wanita berusia 40-an hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia berasa tidak senang hati apabila pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, memaksanya untuk menghantar beberapa keping gambar.

Saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu dalam kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew berkata demikian di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Analia Kamaruddin dalam pemeriksaan utama meminta saksi itu membacakan kandungan mesej yang dihantarnya kepada Lew iaitu “da msj kt IG” pada tangkap layar aplikasi WhatsApp.

Wanita itu berkata dia menghantar mesej tersebut untuk meluahkan rasa tidak senang hati dan berdosa kerana di belakang suami, dia melayan Lew yang memaksanya untuk menghantar beberapa keping gambar.

Antara kandungan mesej yang dihantar ialah “mesej ni pun just nak cakap je, langsung tidak minta maaf dengan saya sebab buat yang tidak sepatutnya dengan saya, paksa saya bagi gambar macam-macam, bodohnya saya ikut.”

Saksi itu berkata pada awalnya dia melihat tertuduh sebagai orang yang baik dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan serta tidak menyangka Lew sanggup berbuat demikian kepadanya.

Wanita itu berkata dia juga menyesal kerana pernah menjadikan Lew sebagai idolanya kerana pendakwah itu kini dilihat sebagai seorang pendosa.

Pada prosiding hari ini, saksi itu selesai membuat pengecaman ke atas 436 keping gambar yang diekstrak daripada telefon bimbit miliknya.

Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung pada 20 Mei depan.

'Berdosa sangat pada suami, di belakang saya layan ustaz Ebit Lew'

ASYIKIN ASMIN

TENOM - Pengadu dalam kes Ebit Lew memberitahu mahkamah di sini bahawa dia ada menghantar mesej kepada pendakwah terkenal itu menerusi aplikasi Instagram (IG).

Pengadu yang merupakan saksi kesembilan dalam pemeriksaan utama yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Analia Kamaruddin turut mendedahkan isi kandungan mesej yang dihantar kepada Ebit Lew pada 14 April 2021 di IG.

Pendedahan itu dibuat susulan daripada tangkap layar gambar mesej di aplikasi WhatsApp yang dibacanya satu persatu dan diminta untuk menjelaskan maksud mesejnya 'maaf saya sibuk' dan 'sudah mesej di IG'.

Antara isi kandungan mesej pengadu kepada Ebit Lew ialah pengadu sudah tidak mahu menghubungi pendakwah itu lagi tetapi tidak berasa senang hati kerana rasa berdosa dengan perbuatannya.

"Berdosa sangat pada suami sebab di belakang dia saya layan ustaz, sedihnya. Dulu tengok ustaz, mesti panggil suami tengok sama-sama, abang ikutlah macam ustaz Ebit.

"Sekarang sudah kosong, kadang tengok terbayang yang bukan-bukan. Pernah tengok beronani, memang menangis dan tidak senang hati," katanya di Mahkamah Majistret Tenom, di sini pada Khamis.

Katanya lagi, Ebit Lew tidak meminta maaf kepadanya kerana melakukan perkara sedemikian kepadanya.

"Mesej ini cuma nak cakap je, langsung tidak minta maaf dengan saya, sebab pernah buat yang tidak sepatutnya dengan saya, paksa saya bagi gambar macam-macam. Bodohnya saya ikut.

"Yang saya tidak sangka kenapa ustaz, saya pujuk juga hati tengok semua video, tidak apa. Ustaz orang baik tolong orang. Tapi bila dengar ceramah ka apa, memang tidak sangka sangat dah buat macam itu dengan saya.

"Entahlah mungkin pasal saya perempuan dan tidak biasa buat macam itu jadi saya teringat-ingat dan tidak senang hati rasa sangat berdosa.

"Yang sangat sedihnya, dah bawa saya buat macam itu terus buat tidak tahu je. Tidak apa kalau minta maaf dan kita dengan haluan masing-masing

"Saya kalau ikut sudah tidak mahu langsung mesej atau WhatsApp sebab nak elak benda yang tidak baik itu tapi nak juga luah. Nasib saya lah kan. Dapat simpan benda aib ini. Kalau orang mungkin sudah viralkan, tapi tak apa saya masih fikir lagi ustaz ini orang kenal," katanya.

Pengadu kemudian meneruskan lagi bacaannya bahawa jika pendakwah itu meminta maaf dengannya mungkin tidak membawa kepada anggapan yang buruk.

"Tahu tak, saya rasa sangat-sangat menyesal. Kenapalah layan, kenapa kita berhubung, berWhatsApp semua. Kalau dulu idola saja, suka tengok buat kerja itu ini.

"Sekarang kalau boleh tidak mahu tengok, sedih. Kenapa idola itu bawa jadi pendosa," katanya.

Pengadu sebelum itu diarahkan untuk menunjukkan isi kandungan telefonnya kepada mahkamah termasuk kepada barisan peguam dan tertuduh berkenaan mesej perbualan di dalam Instagram bersama seorang pemilik akaun 'ebitlew'.

Pengadu dalam pada itu turut membaca salah satu gambar tangkap layar yang memaklumkan bahawa dia sempat membuat tangkap layar termasuk wajah pendakwah tersebut.

"Tiada maknanya ustaz. Syukur saya sempat 'screenshot' semua gambar termasuk yang ada muka ustaz. Entahlah, saya tidak juga jahat, tapi sebab cara ustaz buat orang sakit hati, buat macam saya ini pelacur.

"Tidak apalah supaya jadikan pengajaran, tidak nampak baik kat depan je. Kalau ikut suami memang tidak. Tapi cara ustaz ini sakitkan hati orang," katanya.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan dikendalikan oleh Nor Azizah Mohamad dan Analia sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Ebit Lew diwakili oleh Datuk Ram Singh dan Timothy Daut manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Kes Aman Palestin: Tuduhan terhadap Awang Suffian Awang Piut

Harapandaily

Awang Suffian Awang Piut yang dituduh bersekali dua pemimpin Aman Palestin hari berdepan sejumlah 19 tuduhan.

Kesalahan melibatkan penyalahgunaan wang haram untuk pembelian lot tanah, rumah, rumah kedai dan kenderaan.

Tuduhan pertama melibatkan pengubahan wang haram berjumlah RM1,162,225.37 sebagai pengarah Samudra Champa Sdn Bhd. Dana tersebut digunakan untuk membeli rumah Tropicana Heights, Kajang. Kesalahan tersebut dilakukan di antara Jun dan Sept 2018.

Tuduhan kedua dilakukan di antara 17 Januari 2019 dan 11 Februari 2019 di CIMB Bangi. Awang menggunakan kedudukan sebagai pengarah syarikat Samudra Champa Sdn Bhd dan menggunakan dana berjumlah 463,000 sebagai bayaran pembelian rumah kedai tiga tingkat di Jalan Gopeng, Ipoh.

Tuduhan ketiga melibatkan dana sebanyak RM300,000 untuk rumah kedai tiga tingkat yang disebutkan dalam tuduhan kedua. Apa yang membezakan hanyalah bank yang digunakan pada kali ini ialah RHB.

Tuduhan keempat melibatkan dana RM317,000 dari Bank Muamalat, Prima Saujana, Kajang pada November 2018.

Awang berdepan tuduhan pengubahan
wang haram melibatkan dana RM95,000 dalam pembelian lot tanah PT2890 di Rasa, Hulu Selangor bagi pihak Samudra Champa di antara Disember 2019 dan Ogos 2020 menerusi Maybank.

Tuduhan keenam melibatkan pembelian lot tanah PT2981 di Rasa melibatkan dana RM95,000 di antara Disember 2019 dan Ogos 2020.

Tuduhan ketujuh melibatkan dana RM135,000 untuk pembelian lot tanah PT561 di Ulu Yam, Batang Kali bagi pihak Samudra Champa pada 22 November 2018 di Maybank, Bangi.

Tuduhan kelapan adalah berkaitan tanah Lot 2613 Ulu Yam melibatkan dana RM135,000 pada tarikh dan bank sama.

Pertuduhan kesembilan pula pengubahan dana sebanyak RM167,650.00 untuk pembelian tanah lot 2210 di Ulu Yam. Ini dilakukan di antara 21 Jun 2019 dan 20 April 2020 di Maybank, Bangi.

Tuduhan kesepuluh pula ialah penggunaan hasil aktiviti haram sebanyak RM167,650.00 untuk pembelian Lot 2211 di Ulu Yam. Kesalahan dibuat lingkungan tarikh dan bank sama seperti tuduhan kesembilan.

Tuduhan ke-11 melibatkan RM360,000 sebagai bayaran pembelian lot tanah di Institut Tahfiz Saba, Lot 415, Kerling, Kuala Kubu Bharu. Perkara ini dilakukan di antara 18 Februari 2020 dan 4 Jun 2020 di Maybank, Bangi.

Tuduhan ke-12 melibatkan penggunaan dana sebanyak RM280,000 untuk pembelian lot tanah di Lot 127 Batu 5, Kerling, Kuala Kubu Baru. Ia dilakukan di antara 18 Feb dan 4 Jun 2020 di Maybank Bangi.

Tuduhan ke-13 pula melibatkan penggunaan hasil aktiviti haram melibatkan dana RM809,210.00 sebagai bayaran pembelian lot tanah Lot 1442, Sungai Tenang di Batang Kali. Ini dilakukan di antara 28 Februari 2019 dan 12 Julai 2019 di Maybank Bangi.

Tuduhan ke-14 melibatkan penggunaan hasil aktiviti haram berjumlah RM1,099,963.00 untuk pembelian lot tanah di Lot 329, Sungai Jang, Kerling. Ia dilakukan pada 19 Ogos 2021 di Maybank Bangi.

Tuduhan ke-15 melibatkan penggunaan hasil aktiviti haram berjumlah RM673,016.30 sebagai bayaran pembelian lot kedai dua tingkat Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat. Kesalahan dilakukan diantara 3 Jun 2022 dan 12 Ogos 2022 di Maybank Bangi.

Tuduhan ke-16 melibatkan penggunaan hasil aktiviti haram berjumlah RM1,950,000 sebagai bayaran pembelian rumah kedai tiga tingkat di Alamesra Plaza Permai, Kota Kinabalu. Kesalahan dilakukan diantara 23 Sept 2022 dan 3 Feb 2023 di Maybank Bangi.

Tuduhan ke-17 melibatkan penggunaan hasil aktiviti haram berjumlah RM3,415,000 sebagai bayaran pembelian kilang pejabat berkembar di Hub Perindustrian Suntrack, Bandar Baru Bangi. Kesalahan dilakukan diantara 21 Disember 2022 dan 3 Mei 2023 di Maybank Bangi.

Tuduhan ke-18 melibatkan penggunaan hasil aktiviti haram berjumlah RM708,000 sebagai bayaran pembelian lot kedai dua tingkat di Kangar, Perlis. Kesalahan dilakukan diantara 6 Jan 2021 dan 7 Okt 2021 di Maybank Bangi.

Tuduhan ke-19 melibatkan penggunaan hasil aktiviti haram berjumlah RM381,056.93 untuk pembelian kenderaan Tyota Vellfire 2.5AT dengan nombor pendaftaran RAH2121

Jika disabitkan kesalan Awang boleh dipenjarakan selama 15 tahun dan didenda lima kali jumlah atau nilai hasil tersebut untuk setiap kesalahan.

Pemandu lori ditahan perdaya pengarah syarikat sehingga rugi RM1.02 juta

Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my

Alor Gajah: Seorang pengarah syarikat kerugian lebih RM1 juta selepas diperdaya melabur dalam tender pajak ladang kelapa sawit tidak wujud di dua negeri kononnya membabitkan keluasan kira-kira 1,092.65 hektar tahun lalu.

Ketua Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah berkata, kejadian bermula apabila mangsa berusia 68 tahun dari Paya Mengkuang, Masjid Tanah dihubungi lelaki dikenali sebagai 'Neliar' pada Jun lalu.

Menurutnya, suspek kemudiannya menawarkan mangsa tender pajak gadai ladang kelapa sawit di Ipoh, Perak berkeluasan 607.03 hektar dan di Melaka berkeluasan 485.62 hektar.

Katanya, suspek juga memberitahu tender berkenaan akan dibuka pada 17 Julai hingga 31 Oktober lalu dan berjaya meyakinkan mangsa untuk memasuki tender berkenaan.

"Bermula 17 Julai hingga 2 Januari lalu, mangsa membuat 45 kali bayaran secara berperingkat ke dalam enam akaun bank berbeza berjumlah keseluruhan kira-kira RM1.03 juta," katanya dalam kenyataannya, tadi.

Menurut Zainol, selepas bayaran dibuat, mangsa dimaklumkan berjaya memenangi tender dan akan diberikan sijil tender.

"Namun, mangsa berasa diperdaya apabila sehingga kini masih tidak menerima sijil itu seperti dijanjikan suspek.

"Mangsa membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah pada 19 Januari lalu dan hasil siasatan membawa kepada penahanan suspek berusia 37 tahun yang juga pemandu lori di Kapar, Klang di Selangor pada 9 Februari," katanya.

Beliau berkata, siasatan kes sudah selesai dan suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, esok mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Lebih dua jam baca 164 pertuduhan terhadap Pengerusi Eksekutif dan CEO Aman Palestin

Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my
TIGA individu dari Aman Palestin diiringi pegawai SPRM ketika hadir di Kompleks Mahkamah Shah Alam, Shah Alam. FOTO Aizuddin Saad
TIGA individu dari Aman Palestin diiringi pegawai SPRM ketika hadir di Kompleks Mahkamah Shah Alam, Shah Alam. FOTO Aizuddin Saad
Shah Alam: Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 164 pertuduhan pecah amanah, menipu dan pengubahan wang haram membabitkan dana berjumlah RM39.5 juta.

Bagaimanapun, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 58, dan Awang Suffian Awang Piut, 52, serta pengarah syarikat pelaburan, Khairudin Mohd Ali, 49, masing-masing mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Jurubahasa mahkamah mengambil masa lebih dua jam untuk membacakan 164 pertuduhan ke atas ketiga-tiga tertuduh.

Bagi kesalahan pecah amanah, Abdullah Zaik dan Awang Suffian masing-masing didakwa 52 pertuduhan sebagai pengarah syarikat Samudra Champa Sdn Bhd (Samudra Champa) yang diamanahkan dengan harta milik Aman Palestin iaitu wang berjumlah RM20,946,498.80 dan melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta itu di sebuah bank di Bandar Baru Bangi dekat sini antara 12 Mac 2018 dan 3 November 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan bolehlah juga dikenakan denda.

Bagi kesalahan menipu, Abdullah Zaik dan Awang Suffian juga didakwa secara bersama-sama bagi 19 pertuduhan dengan curangnya memperdayakan Lembaga Pemegang Amanah Aman Palestin untuk menyerahkan wang tunai berjumlah RM39,150,000 kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd bagi pembelian emas sedangkan harga pembelian emas itu lebih rendah iaitu RM33,399,970 yang mana Lembaga Pemegang Amanah Aman Palestin Berhad tidak akan menyerahkan wang itu sekiranya tidak diperdayakan sedemikian oleh mereka berdua.

Kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di Aman Palestin di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dekat sini antara 24 September 2021 dan 14 Julai 2023 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda.

Selain itu, Abdullah Zaik dan Awang Suffian juga masing-masing didakwa 19 pertuduhan sebagai pengarah syarikat Samudra Champa menggunakan hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM12,833,772.16 sebagai bayaran bagi pembelian sebuah rumah Semi-D, rumah kedai, lot tanah, lot kedai, kilang pejabat berkembar dan sebuah kereta Toyota Vellfire bagi pihak Samudra Champa Sdn Bhd.

Manakala, Khairudin sebagai pengarah syarikat sama pula didakwa tiga pertuduhan melakukan perbuatan sama membabitkan wang berjumlah RM6,038,016.60 sebagai bayaran bagi pembelian lot kedai, rumah kedai dan kilang pejabat berkembar.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di beberapa bank di Bandar Baru Bangi dan Kajang dekat sini antara 1 Jun 2018 dan 3 Mei 2023.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Akram Gharib, Wirna Rifin @ Arifin, Nurul Atiqah Mohamad Alias dan pegawai pendakwa SPRM Fatin Farhana Ismail manakala kesemua tertuduh diwakili Siti Mardhiyyah Zamani.

Ahmad Akram menawarkan jumlah jaminan bon RM1 juta masing-masing untuk Abdullah Zaik dan Awang Suffian dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah bagi semua pertuduhan.

"Kami bersetuju (bersama pembelaan) meletakkan jumlah jaminan kepada tertuduh bon RM1 juta dengan syarat RM500,000 didepositkan ke mahkamah hari ini, baki sebelum atau pada 13 Mac ini dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsa disimpan di mahkamah," katanya.

Siti Mardhiyyah kemudian mengesahkan jumlah jaminan itu seperti dipersetujui dengan anak guamnya.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Anita membenarkan Abdullah Zaik dan Awang Suffian masing-masing diikat jamin bon RM1 juta dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, manakala jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin bagi Khairudin serta syarat sama.

"Mahkamah menerima dan bersetuju dengan jaminan serta syarat-syarat yang dicadangkan (pihak pendakwaan dan pembelaan) buat ketiga-tiga tertuduh, jumlah itu munasabah. Mahkamah juga membenarkan separuh daripada jumlah didepositkan hari ini dan baki sebelum atau pada 13 Mac ini," katanya.

Anita kemudian menetapkan 13 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Kereta polis dibakar, contengan carutan antikerajaan di hentian bas

Malaysiakini
story-image
Polis mengesahkan menahan seorang lelaki yang juga pekerja p-hailing selepas didapati membakar kereta polis bantuan di hentian bas di Stesen MRT Mutiara Damansara, Petaling Jaya, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata siasatan awal mendapati suspek juga melakukan vandalisme dengan menconteng carutan antikerajaan di dinding hentian bas berhampiran kenderaan yang dibakar itu.

Katanya lagi, polis sedang menyiasat jika suspek berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan mana-mana parti politik atau kumpulan pelampau.

“Polis menahan lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di rumahnya di Flora Damansara, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

"Suspek disyaki menggunakan bom petrol yang dibaling ke arah kenderaan itu sebelum terbakar," katanya yang dipetik akhbar Harian Metro, hari ini.
Menurut Mohd Fakhrudin, motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Seksyen 435 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Beras Malaysia Madani cetus tanda tanya

Mohamad Fadli

PETALING JAYA: Kerajaan digesa memberikan penjelasan lanjut di sebalik pengumuman pemansuhan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) yang akan digantikan beras putih Malaysia Madani berkuat kuasa 19 Feb ini.

Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin, berkata ini kerana kategori SST dan SSI yang dimansuhkan bagi menjadikan beras putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal tidak jelas.

“Tak mungkin kerajaan nak hapuskan SSI sebab itu beras import. Apa akan jadi dengan SSI? Tidak mungkin SSI katakan sebelum ini dijual RM40 bagi kampit 10kg ingin diturunkan sampai RM30.

“Nanti beras susah nak ada di pasaran. Kita daripada pihak industri minta penjelasan,” katanya kepada FMT.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, mengumumkan beras putih Malaysia Madani dijual pada harga RM30 bagi kampit 10kg berkuat kuasa 19 Feb dan pengguna boleh mendapatkannya di pasaran mulai 1 Mac.

Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, beras putih Malaysia Madani untuk kampit 5kg akan dijual pada harga RM15.50 dan 1kg RM3.50.

Katanya, dengan nama baharu itu kategori SST dan SSI dimansuhkan.

Sementara itu, Ameer menuntut penjelasan Syed Hussin adakah selepas ini SST dan SSI akan diberhentikan sepenuhnya dan hanya ada beras putih Malaysia Madani di pasaran.

Soalnya, adakah beras putih Malaysia Madani akan dijual nanti adalah SST yang dijual ketika ini dengan harga RM26 atau beras import dijual RM40 bagi kampit 10kg.

“Ini kerana Syed Hussin cadang jual harga beras putih Malaysia Madani RM30, atau beras putih Malaysia Madani ini merupakan beras campuran SST dengan SSI,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada kerajaan atas pengumuman itu kerana percaya ia adalah harga yang betul-betul kompetitif.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Jacob George, mempersoalkan adakah kenyataan Syed Hussin itu selepas mengadakan perbincangan dengan semua pemegang taruh.

Beliau memilih untuk menunggu respons kerajaan berhubung pengumuman Syed Hussin berikutan tidak mahu kenyataan itu dianggap “syok sendiri”.

“Kita tunggu. Adakah ini satu kenyataan diambil dari segi ‘syok sendiri’ atau satu respons yang mengatasi semua masalah di akar umbi,” katanya.

Akibat merajuk, budak lelaki 10 tahun buat 9 laporan polis

Agensi
BUDAK berkenaan itu sudah membuat aduan sama selama lapan kali dalam tempoh setahun lalu. FOTO
BUDAK berkenaan itu sudah membuat aduan sama selama lapan kali dalam tempoh setahun lalu. FOTO
Beijing: Tular di media sosial China, kisah kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sudah sembilan kali membuat laporan di balai polis dalam tempoh setahun lalu kerana berasa bapa lebih menyayangi kakaknya.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, setiap kali dia berasa tidak diendahkan, kanak-kanak dari wilayah Hunan di selatan China itu, akan berjalan sejauh satu kilometer (km) dari rumahnya ke balai polis terdekat untuk membuat aduan.

Terbaru adalah kira-kira 3 petang 28 Januari lalu apabila dia berasa marah dan meminta pegawai polis membantunya, lapor Pear Video.

Menerusi satu rakaman video, kanak-kanak lelaki itu dilihat duduk di sebelah seorang anggota polis beruniform, menangis, marah dan meluahkan keluhan mengenai bapanya yang lebih menyebelahi kakaknya.

"Siapa yang buat awak marah sangat?" tanya polis dalam satu video.

"Ayah saya," jawab kanak-kanak lelaki itu sebelum menangis teresak-esak.

Bapa kanak-kanak lelaki kemudian datang ke balai polis sambil membawa kotnya. Dia kemudian cuba memakaikan kot itu pada anaknya.

"Pakai kot, boleh?" tanya ayahnya. "Tidak", jerit kanak-kanak lelaki itu.

Selepas ditenangkan, kanak-kanak itu menceritakan yang dia berasa bapanya tidak mengambil berat dengannya.

Menurut kanak-kanak itu, kakaknya lebih disayangi dan mendapat perhatian bapanya.

Butiran mengenai kedatangan kanak-kanak itu ke balai polis sebelum ini tidak dikongsi dalam video itu tetapi ibunya mengesahkan anaknya sudah lapan kali melakukan perkara sama.

Ibu bapanya mengakui mereka sibuk bekerja dan mungkin tidak memberi perhatian terhadap perasaan anak lelakinya.

Bagaimanapun, kes itu selesai selepas polis menjadi orang tengah.

‘Luka lama’ punca pemimpin parti kerajaan bercakaran

Nora Mahpar

PETALING JAYA: Percakaran antara pemimpin parti pemerintah yang berlarutan walaupun sudah memasuki tahun kedua usia kerajaan perpaduan memberi gambaran masih ada “luka lama” belum sembuh, kata penganalisis politik.

Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, bukan mudah “mendamaikan” pihak berseteru sekian lama atas faktor perbezaan ideologi, merujuk percanggahan pendapat antara Umno dan DAP mengenai cadangan Naib Pengerusi Nga Kor Ming mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

“Jika khilaf ini tidak diurus dan ditangani dengan baik ia akan membentuk sebuah luka yang sukar diubati dan ini akan merugikan semua pihak,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, sehingga kini akar umbi Umno dan DAP masih berhati-hati terhadap kerjasama dua parti itu di peringkat persekutuan, dan memberi amaran pertelagahan antara mereka dikhuatiri membuka jalan kepada Perikatan Nasional (PN) meraih “hasil”.

“Pembangkang akan menggerakkan persepsi rakyat agar menolak politik ketidakstabilan dianjurkan Pakatan Harapan (PH) jika isu dalaman mereka tidak diberikan perhatian serius oleh pemimpin parti.

“Jika tidak berjaya menyampaikan dasar ekonomi yang menyeluruh dan lebih baik kepada orang ramai maka akan terbentuk kecenderungan untuk beralih kepada alternatif lain.

“….dan ini akan membuka ruang kepada PN untuk mempercepatkan lagi usaha mereka mendapatkan Putrajaya dengan menggunakan pendekatan politik angka,” katanya.

Selain percanggahan pendapat antara Umno dan DAP, pemimpin Umno antaranya Puad Zarkashi turut mengkritik kepimpinan timbalan presiden PKR yang juga Menteri Ekonomi Rafizi Ramli – didakwanya gagal menyelesaikan masalah ekonomi negara.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berkata, pertembungan pandangan antara pemimpin Umno-DAP dan Umno-PKR sememangnya tidak dapat dielakkan kerana Umno perlu lantang berada dalam kerajaan perpaduan demi meyakinkan akar umbinya.

Namun, beliau berkata lebih molek jika percanggahan pandangan itu dilontarkan pemimpin parti yang tidak mempunyai jawatan dalam Jemaah Menteri.

“Sebagai contoh, Umno mewakilkan Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki untuk menegaskan pendirian parti itu berhubung cadangan Nga. Itu satu strategi yang betul kerana sebaik-baiknya biar wakil parti yang menjawab jika ada rasa tidak puas hati, bukan menteri lawan menteri.

“Jika menteri DAP kritik menteri Umno atau sebaliknya itu tidak bagus kerana mereka berada dalam jemaah yang sama,” katanya.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berpendapat perbezaan pandangan dizahirkan secara terbuka dalam kerajaan Anwar Ibrahim melambangkan keterbukaan dan politik matang digagaskan pengerusi PH tersebut.

“Mana-mana gabungan politik dibenarkan mengemukakan pendapat peribadi tanpa perlu gentar akan ada tindakan diambil ke atas mereka,” katanya.

Mengulas masa depan kerajaan perpaduan seperti hasrat Presiden Umno Zahid Hamidi yang mahu Barisan Nasional (BN) dan PH bekerjasama selepas PRU16, Ariff dan Fauzi senada masih ada ruang untuk dua gabungan itu meneruskan kerjasama.

“Masa depan kerajaan perpaduan ada, bergantung kepada sejauh mana efisien pengurusan konflik yang diamalkan,” kata Fauzi.

Ariff pula berkata, kunci kepada kestabilan dan jangka hayat kerajaan perpaduan terletak di tangan pemimpin parti masing-masing.

“Bergantung kepada kreativiti mereka mencorakkan perjalanan parti agar tidak terjerumus ke kancah perseteruan antara parti gabungan.”

Pengarah, CEO Aman Palestin hadapi 52 pertuduhan pecah amanah

Alyaa Alhadjri

Dua pegawai atasan Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), hari ini mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas dihadapkan dengan 52 pertuduhan pecah amanah.

Jumlah dana yang terlibat dalam pertuduhan tersebut berjumlah lebih RM20 juta.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, bersama ketua pegawai eksekutif syarikat terbabit, Awang Suffian Awang Piut, didakwa melakukan jenayah pecah amanah atas kapasiti mereka sebagai pengarah kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd yang diberikan amanah atas harta milik Aman Palestin.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 12 Mac 2018 hingga 3 Nov tahun lalu di Maybenk cadangan Bandar Baru Bangi, Selangor.

Semua 52 pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Selepas pertuduhan dibacakan, Ahmad Akram Gharib selaku timbalan pendakwa raya memberitahu kedua-dua pihak bersetuju agar kadar ikat jamin ditetapkan sebanyak RM1 juta.

Separuh daripada jumlah itu akan dibayar kepada mahkamah hari ini, manakala bakinya mesti dijelaskan sebelum 14 Mac depan.

Hakim Anita Harun kemudian menetapkan 14 Mac sebagai tarikh untuk sebulan kes tersebut.

Beras Putih Malaysia Madani penamat manipulasi isu beras tempatan

Harapandaily

NORAINI NORDIN

Tindakan rakus serta haloba mencampurkan beras putih tempatan dengan kampit beras putih import untuk meraih keuntungan berganda bakal ternoktah dengan kemunculan
Beras Putih Malaysia Madani .

Beras Putih Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan beras putih tempatan dan import akan mula dipasarkan pada 1 Mac ini.

Ia adalah satu alternatif bagi menamatkan tindakan segelintir pengeluar-pengeluar beras yang dikenal pasti mencampurkan beras putih tempatan dengan kampit beras putih import demi meraih lebih keuntungan.

Pengeluar beras yang tidak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan kerana tiada kawalan harga yang ditetapkan bagi bekalan beras putih import, menyebabkan harga beras tersebut sentiasa tinggi selain kerana faktor lonjakan harga import akibat kenaikan harga beras global.

TUKAR LABEL BERAS

Selain daripada mencampurkan kedua-dua beras ini ada juga tergamak menukar label beras tempatan kepada beras import putih bagi mengelirukan pengguna.

Kesan daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu mengakibatkan bekalan beras tempatan sukar didapati di pasaran sekaligus menyusahkan rakyat.

Tindakan Kerajaan Madani meneroka langkah baharu memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani adalah sangat tepat serta dapat membantu menangani isu berkenaan.

Terkini penyelesaian yang dinanti telah tiba apabila
Pengerusi Jawatankuasa berkaitan Isu Menangani Harga Makanan Dan Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abdul Husin Hapiz Syed Abdul Fasal telah mengumumkan penetapan harga siling bagi beras tersebut berkuatkuasa 19 Febuari ini dan akan berada di pasaran bermula 1 Mac ini.

Dalam sidang media baru-baru ini , beliau berkata kerajaan memberi peluang kepada pemain industri untuk membuat penyelarasan dari segi pembungkusan serta pasaran dalam tempoh 10 hari.

JAWAB KRITIKAN ORANGRAMAI

Jelas beliau, penetapan harga siling tunggal untuk Beras Putih Malaysia Madani turut melibatkan beras 10 kilogram RM30, lima kilogram pada harga RM15.50 dan satu kilogram RM3.50 sen.

Jelas beliau lagi, keputusan ini dilakukan bagi menyelesaikan isu beras tempatan yang tiada di pasaran serta sekaligus menjawab kritikan orang ramai kerana terpaksa membeli beras pada harga yang mahal.

Beliau berkata, ianya juga adalah hasil libat urus bersama pemegang taruh industri padi dan beras negara, wakil Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dan wakil pengilang padi beras.