Kes bunuh Nur Farah Kartini: Pekerja kebun ubi jadi saksi?

Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my

Hulu Selangor: Seorang pekerja kebun ubi diambil keterangan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

Difahamkan kebun ubi yang dikatakan diusahakan secara sambilan oleh anggota polis berusia 26 tahun itu, terletak kira-kira 30 hingga 40 kilometer dari lokasi mangsa ditemukan mati.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan umur individu berkenaan kerana perkara itu masih dalam siasatan polis.

"Ya. Kita dalam proses mengambil keterangan," katanya ringkas ketika dihubungi, malam ini.

Ketika ditanya mengenai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Tanjung Malim yang dipercayai menjadi lokasi 'persinggahan' sebelum mangsa dibawa ke ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Ahmad Faizal berkata perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Malam ini polis nak perincikan lokasi-lokasi tersebut. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan sebuah kebun ubi di Kampung Klan Halt, Slim River, Perak hari ini menjadi tumpuan pasukan forensik dan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mencari bahan bukti.

Siasatan mendapati kebun ubi itu diusahakan suspek berusia 26 tahun secara sambilan.

Pada masa sama, polis juga sedang melakukan proses analisa ke atas kad sim dan kereta jenis Toyota Vios milik suspek.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Qunut Nazilah terhadap lawan politik? Agamawan tak setuju dibaca semberono

Iqbal Harraz

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan Qunut Nazilah khusus dibaca untuk buat musuh Islam yang melakukan kezaliman yang amat nyata kepada umat Islam dan golongan yang lemah.

Katanya sesuatu doa tidak dibaca untuk menunjuk-nunjuk apatah lagi dijadikan bahan politik

“Doa merupakan permohonan hamba kepada Maha Pencipta yang memiliki segala-galanya.

“Apa yang tersimpan dalam dada seorang hamba ketika berdoa hanyalah harapan yang sepenuhnya kepada Allah Maha Agung semata-mata, tidak kepada sesiapa,” katanya.

Sementara itu Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula mengeluarkan kenyaatan bahawa Qunut Nazilah memang boleh dibaca untuk keadaan tertentu.

Misalnya, menurut pejabat itu, apabila umat ditimpa musibah seperti ketakutan, kebuluran, wabak penyakit, serangan serangga, penahanan ulama dan pahlawan serta hujan lebat membahayakan keselamatan.

Namun begitu, katanya, orang Islam tidak dibenarkan membaca doa tersebut untuk ditujukan kepada umat Islam yang kerana tiada dalil atau ulama yang membenarkannya.

Bukan antara isu iman, kufur

Isu bacaan Qunut Nazilah menjadi perhatian apabila sekumpulan ahli parlimen memberi reaksi terhadap keputusan Dewan Rakyat menggantung Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan.

Ahli Parlimen Machang itu dikenakan hukuman tersebut kerana membawa hujah mengunakan surat layang semasa berbagas.

Bacaan qunut itu diketuai Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail, yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Abu Hafiz Salleh Hudin, pula menyuarakan rasa bimbang jika amalan tersebut dibiarkan merebak dengan meluas.

Katanya tanpa kawalan atau pencegahan ia boleh membawa kepala amalan kafir-mengkafir seperti yang pernah berlaku suatu masa dulu di negara ini.

“Orang Islam yang ditujukan doa Qunut Nazilah maka akan dianggap secara langsung atau tidak langsung seperti orang kafir,” katanya kepada Malaysiakini.

Abu Hafiz turut menyuarakan bahaya sekiranya Qunut Nazilah dinormalisasikan sesama Muslim kerana sebelum ini ia pernah digunakan oleh pelajar sebelum memulakan kejohanan sukan ragbi di Sabak Bernam, Selangor serta Taiping, Perak.

Penyelidik dan penterjemah lulusan Universiti Yarmouk, Jordan, Marwan Bukhari A Hamid, menegaskan perbezaan politik yang berlaku di Malaysia masih dalam kerangka betul atau salah, bukannya di antara iman dan kufur.

“Tindakan membaca Qunut Nazilah kepada musuh politik sebagaimana kita saksikan sekarang adalah salah dan tidak dibenarkan agama,” katanya kepada Malaysiakini.

Pengerusi Pondok Rumi Sufi Jawi, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli, melihat perbuatan orang politik yang melakukan doa Qunut Nazilah ke atas musuh politik adalah juhala’ (bodoh).

“Tidak boleh mendoakan Qunut Nazilah kepada seseorang Muslim dan warganegara Malaysia bukan Islam.

“Mereka yang melakukan demikian adalah kelompok juhala’ yang boleh membawa kezaliman,” katanya kepada Malaysiakini.

Hal Bersatu: Apa akan jadi dengan Peja?

Hishamuddin Aun

Apa yang tidak pernah dituduh terhadap Ahmad Faizal Azumu? Pernah dikatakan bermain kayu tiga ‘bersekongkol’ dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, jadi duri dalam daging kepada Bersatu dan didakwa punca kekalahan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan pada PRN Ogos tahun lalu, Ahmad Faizal atau Peja menelan sahaja kesemuanya.

Suatu ketika pada November lalu, timbalan presiden Bersatu itu turut didakwa tidak lagi menghadiri mesyuarat majlis pimpinan tertinggi (MPT), yang bagaimanapun dinafikannya sebagai tidak lebih daripada usaha ahli jawatankuasa penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, mahu memburuk-burukkan dirinya.

Berselang tidak sampai setahun, Peja kini menyerlahkan dirinya sebagai seorang pemimpin berhati besar apabila mengumumkan Ahad lalu akan beri laluan kepada Setiausaha Agung Hamzah Zainudin untuk menjadi timbalan presiden Bersatu dalam pemilihan parti Oktober ini.

Sebagai antara pengasas parti, beliau boleh sahaja berkeras untuk mempertahankan jawatan nombor dua itu yang digalas sejak 2020. Menepati kelayakan selaku seorang yang menganggotai MPT melebihi dua penggal untuk terus berganding dengan Presiden Muhyiddin Yassin, Peja memilih untuk mendahulukan parti dengan menawarkan diri merebut salah satu daripada tiga kerusi naib presiden.

Faizal sebelumnya dikatakan bakal dicabar Hamzah yang dijangka dibenarkan bertanding mengikut Fasal 14.14 dan 14.16 walaupun sebelum ini tidak layak bertanding lima jawatan utama kerana belum cukup dua penggal sebagai ahli MPT.

Mungkinkah Peja ditekan untuk beri laluan? Atau ia kerelaannya mengikut ‘pelan kompromi’ Muhyiddin? Setakat ini tidak nampak tanda-tanda penentangan daripadanya, mungkin atas kesedaran makin tersisih daripada politik arus perdana dan kompromi itu sekurang-kurangnya dapat mengekalkannya dalam kepimpinan tertinggi parti.

Apa yang dilihat sebagai kekurangan Peja ialah beliau bukan Ahli Parlimen selepas tewas perebutan empat penjuru bagi kerusi Tambun kepada Anwar yang meraih 49,625 undi pada PRU15 diikuti oleh penyandang dan calon PN itu (45,889) dengan majoriti 3,736 undi. Calon BN Aminuddin Md Hanafiah memperoleh 28,140 undi manakala Abdul Rahim Tahir (Pejuang) meraih 1,115 undi.

Hamzah pula dilihat berkelebihan selepas diangkat selaku ketua pembangkang di Dewan Rakyat, yang diperjelaskan Muhyiddin ketika itu sebagai memilih untuk melihat ke depan dan masa sesuai untuk melatih orang baharu.

Terbaru, Peja akur dengan cadangan presiden bagi mengelakkan berlaku sebarang pertembungan bagi jawatan Top 5 parti. Tetapi penurunan pangkat Peja itu mungkin satu-satunya kompromi yang dicapai ketika Bersatu semakin hari semakin terdedah dengan percakaran dalaman hingga ada yang membayangkan formula Muhyiddin terhadap suatu bentuk persepakatan dianggap tidak lebih daripada ‘drama’ semata-mata.

Pada 13 Julai lalu, Muhyiddin membayangkan tiada pertandingan jawatan tertinggi parti pada pemilihan Oktober ini apabila kata sepakat dicapai selepas rundingan diadakan, susulan kepada usul memintanya ‘campur tangan’ bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

Saya telah mendapat ilham supaya apa pun jawatan tertinggi mungkin dapat kita elakkan daripada pertembungan. Keputusan ini terbukti wujudnya semangat bertolak-ansur dalam kepimpinan tinggi untuk memberi bantuan atau kesempatan kepada pemimpin lain, katanya ketika berucap dalam Konvensyen Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang.

Pertandingan bagi jawatan timbalan presiden dijangka menjadi tumpuan pada pemilihan Bersatu Oktober ini selepas Muhyiddin, 77, sah mengekalkan kedudukannya untuk sepenggal lagi. Selain Peja dijangka dicabar Hamzah, sekurang-kurangnya 10 pemimpin dikatakan berhasrat mengintai kerusi naib presiden, antaranya Ketua Penerangan Razali Idris, Ahli MPT Wan Saiful Wan Jan, Saifuddin Abdullah dan Rafiq Abdullah, di samping Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin dan Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee yang dijangka bertanding mempertahankan kerusi masing-masing.

Namun, sebarang cakap-cakap mengenai kata sepakat dan kompromi tidak pun mampu bertahan lama. Cuma sehari selepas pengumuman Muhyiddin itu, Kiandee — selama ini dilihat orang kuat presiden — melihat pemilihan Oktober ini masih terbuka kerana tiada usul setakat ini untuk sebarang jawatan dielakkan pertandingan.

Tambahnya, nama-nama dicadangkan Muhyiddin untuk jawatan tertentu tidak lebih daripada cadangan semata-mata dan kesudahannya terpulang kepada perwakilan untuk memutuskan jika ada sebarang pertandingan. Ini termasuk jawatan timbalan presiden yang mungkin menyaksikan Hamzah dicabar selepas Ketua Bersatu Selangor Azmin Ali dilaporkan menolak cadangan dilantik setiausaha agung. Peja, di sebalik pengorbanannya, juga belum terjamin untuk dipilih sebagai naib presiden.

Seperti dilaporkan FMT semalam, ada ahli MPT dan ketua bahagian Bersatu dikatakan tidak senang dengan cadangan mengelakkan pertembungan jawatan tertinggi. Malah, ‘pelan kompromi’ diumumkan Muhyiddin dikatakan hanya mahu menjaga individu tertentu.

Seorang ahli MPT yang enggan dinamakan mengakui ada ahli berbelah-bahagi dengan cadangan supaya tiada pertandingan terutama untuk jawatan timbalan dan naib presiden. Pengumuman mengejut Muhyiddin pada Sabtu lalu didakwa tidak disenangi sebilangan ahli yang tidak hadir konvensyen menyebabkan tiada bantahan secara terbuka.

Ahli MPT itu juga mendakwa Peja dan Radzi mendapat manfaat jika cadangan itu direalisasikan kerana tidak perlu ‘bersusah-payah’ mengisi tiga tempat naib presiden walhal Radzi ketika memegang jawatan menteri pendidikan dari 2020 hingga 2022 didakwa tidak banyak membantu akar umbi dan banyak keputusan selaku pengerusi jawatankuasa memilih calon PRU15 serta PRN tidak mengambil sentimen bahagian di samping mempersoalkan mengapa Peja hendak ‘diselamatkan’.

Dalam pemilihan 2020 dulu kami yang duduk di bawah ini dapat ‘wahyu’ untuk pilih dia (Radzi) dan kali ini pun sama juga. Ramai juga hairan mengapa Faizal pun hendak ‘diselamatkan’ sedangkan kita tahu bagaimana ‘rekodnya’, kata ahli berkenaan sambil menyifatkan kedua-duanya sebagai ‘anak emas’.

Menyifatkan pelan kompromi Muhyiddin itu sebagai satu lagi drama dalaman yang tidak menawarkan sebarang perubahan positif, bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan berkata: Selagi kita tidak lihat satu pelan penggantian yang jelas dan peralihan generasi daripada Muhyiddin, Bersatu tidak akan dapat tunjukkan bahawa ia lebih progresif daripada Umno.

Bersamanya mengendalikan audio siar Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin yang mempersoalkan: Apa yang sedang berlaku? Mereka ini (yang dinamakan dalam formula Muhyiddin) sudah menghampiri usia 60-an dan 70-an.

Dalam pada itu, penganalisis politik berpendapat ura-ura Azmin menolak jawatan setiausaha agung mungkin disebabkan beliau mahu bertanding kedudukan lebih tinggi terutama timbalan presiden. Alasan mahu fokus pada usaha menawan Selangor dilihat tidak kukuh.

Keputusan Azmin itu boleh dibaca dari dua sudut iaitu tidak bersetuju percaturan presiden dan mahu bertanding jawatan timbalan presiden kerana yakin mampu memenanginya termasuk mengalahkan Hamzah. Ini mungkin satu tamparan kepada Muhyiddin dan membuka ruang untuk ahli lain menyatakan rasa tidak bersetuju, kata Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan.

Mungkin pusingan U yang dibuat Muhyiddin tahun lalu untuk kekal sepenggal lagi selepas awalnya mengumumkan tidak akan pertahan jawatan presiden lebih banyak mencetuskan kesulitan daripada mempermudah keadaan.

Tersangkut tali layang-layang menyebabkan helikopter terhempas

Agensi
HELIKOPTER itu terhempas di Kuta Selatan, Badung, Bali. FOTO Basarnas Denpasar
HELIKOPTER itu terhempas di Kuta Selatan, Badung, Bali. FOTO Basarnas Denpasar
Jakarta: Dua warga Australia dan tiga rakyat Indonesia terselamat dalam nahas helikopter di Kuta Selatan dekat Badung, Bali, Indonesia, petang semalam.

Jakarta Post melaporkan, nahas dilaporkan berlaku selepas helikopter itu tersangkut tali layang-layang.

Jurucakap agensi mencari dan menyelamat Denpasar, Nyoman Sidakarya, berkata, helikopter itu berlepas dari Garuda Wisnu Kencana untuk meninjau sekitar Bali, pada 2.33 petang, tetapi dilaporkan terhempas lima minit kemudian di kampung Pecatu.

Juruterbang, anak kapal dan seorang penumpang, yang semuanya warga Indonesia, dan dua penumpang warga Australia, cedera, sebelum dikejarkan ke hospital.

"Semua mangsa terselamat dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," kata Sidakarya.

Menurut agensi berita Xinhua, dua individu mengalami kecederaan serius, manakala tiga lagi cedera ringan.

Sementara itu, jurucakap Direktorat Kanan Pengangkutan Udara dan Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku selepas helikopter itu terperangkap dalam tali layang-layang.

"Kami menerima laporan bahawa kemalangan helikopter jenis PK-WSP Bell 505 milik PT Whitesky Aviation di Kuta Selatan adalah disebabkan ia tersangkut dengan tali layang-layang," kata Khusnu.

Menurut Khusnu, kementerian akan melaksanakan lebih intensif mengenai bahaya layang-layang dan pemantauan melalui penyelarasan dengan pentadbiran Bali supaya tidak membahayakan keselamatan dan penerbangan.

Dua kanak-kanak perempuan disyaki diculik ditemukan selamat

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang ditemui selamat selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki menaiki kereta dalam kejadian di Jeram, Kuala Selangor, semalam.

Pemangku Ketua Polis Kuala Selangor, Mohd Ambia Nordin, berkata mangsa ditemui pada hari sama selepas sejam dilaporkan hilang pada 6.30 petang.

Katanya, kejadian berlaku ketika dua kanak-kanak yang tinggal berjiran itu sedang bermain di taman perumahan berkenaan.

“Polis telah bertindak menjalankan siasatan segera sejurus menerima laporan berkenaan.

Lokasi kanak-kanak itu dijumpai berhampiran kawasan rumah mereka dan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan, katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, usaha sedang dilaksanakan bagi mengesan suspek dan mengenal pasti motif kejadian dengan kes disiasat mengikut Seksyen 369 kanun keseksaan dan 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Orang ramai diingatkan sentiasa mengawasi anak-anak yang berada di luar rumah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku, katanya.

Sebelum ini, tular berhubung kehilangan dua kanak-kanak yang dikatakan diculik lelaki menaiki sebuah kereta Perodua Bezza.
VIDEO tular memaparkan kanak-kanak perempuan yang ditemui semula selepas dilarikan seorang lelaki memandu Perodua Bezza hitam di Taman Ikan Emas, Kuala Selangor, semalam. FOTO tular
VIDEO tular memaparkan kanak-kanak perempuan yang ditemui semula selepas dilarikan seorang lelaki memandu Perodua Bezza hitam di Taman Ikan Emas, Kuala Selangor, semalam. FOTO tular

Akmal pesan Adun Rembia sediakan 'tin milo'

Isabelle Leong

Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh berpesan kepada Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis supaya menyediakan tabung bagi membayar pampasan RM100 juta kerana melompat parti.

"Semalam Ketua Menteri (Ab Rauf Yusof) dah buat sidang media, Setiausaha Agung Umno (Asyraf Wajdi) dah keluarkan statement, sediakan RM100juta.

"Nasihat saya, siapkan tin-tin milo untuk dikumpulkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Subang di bangunan Umno Selangor hari ini.

Terdahulu Asyraf berkata semua calon BN telah menandatangani akuan bersumpah yang secara jelas menyatakan mereka akan meletakkan jawatan sebagai ahli parti dan wakil rakyat jika menyertai parti politik lain.

Langkah tersebut, katanya bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan dan mereka juga perlu membayar balik kepada BN sebanyak RM100 juta.

Asyraf juga mencabar Jailani untuk berjumpa di mahkamah susulan tindakannya menyertai PAS.

Pada 16 Julai lalu, PAS mengumumkan bahawa Jailani - yang digantung enam tahun daripada Umno - telah menyertai parti Islam itu sejak Jun tahun lalu.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata penyertaan Jailani ke dalam PAS tidak akan menjejaskan kedudukan Adun terbabit kerana DUN Melaka belum menguatkuasakan undang-undang antilompat parti semasa Jailani menyertai parti itu.

Dua polis trafik Perlis ditahan, peras ugut, pukul warga asing

Aizat Sharif
am@hmetro.com.my
POLIS membawa keluar dua anggota trafik dari Mahkamah Kangar selepas perintah reman diperolehi kerana pemerasan dan mengasari warga asing. FOTO Aizat Sharif
POLIS membawa keluar dua anggota trafik dari Mahkamah Kangar selepas perintah reman diperolehi kerana pemerasan dan mengasari warga asing. FOTO Aizat Sharif
Kangar: Dua anggota trafik Perlis direman selama tiga hari hingga Isnin bagi membantu siasatan kes pemerasan dan mengasari seorang lelaki warga Bangladesh semalam.

Perintah reman terhadap suspek berusia awal 30-an berpangkat Koperal itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor selepas dibawa ke mahkamah hari ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

"Buat masa ini, kes ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 323 kerana dipercayai memeras ugut dan memukul warga Bangladesh.

Menyamar imigresen cari duit
Disember 28, 2019 @ 7:27pm
"Kejadian itu dipercayai berlaku di kawasan sekitar Arau semalam dan suspek ditahan di balai polis semalam selepas polis menerima laporan daripada mangsa," katanya.

Katanya, mangsa dipercayai dipukul dan diperas ugut oleh suspek dan wang yang dipercayai diterima daripada peras ugut itu sebanyak RM700.

"Kita masih menunggu laporan penuh perubatan daripada doktor untuk mengetahui tahap kecederaan dialami lelaki Bangladesh itu selepas dipercayai dipukul kedua-dua suspek itu.

"Dalam hal ini, kita tidak akan sesekali melindungi anggota mahupun pegawai polis yang bertindak menyalahi undang-undang dengan tindakan tatatertib akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah," katanya.

Guru direman raba pelajar, datang rumah ajak kahwin

DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
SUSPEK direman lima hari selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajarnya berusia 16 tahun.
MELAKA – Seorang lagi guru direman selama lima hari bermula hari ini selepas dipercayai meraba pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di sini, Mac lalu.

Perintah reman sehingga 23 Julai itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin terhadap suspek berusia 35 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap warna jingga tiba di mahkamah kira-kira pukul 9 pagi dengan diiringi anggota polis.

Difahamkan, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis mendakwa suspek memegang tangannya sebelum meraba tubuhnya ketika berada dalam bilik seni kira-kira pukul 2 petang.

Selepas kejadian itu, suspek yang juga duda anak satu muncul di rumah keluarga mangsa dan menyatakan hasrat ingin berkahwin dengan pelajar tersebut sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Susulan laporan itu, polis Bahagian Siasatan Seksual, Wanita & Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Melaka kemudian menahan suspek pada pukul 2.45 petang semalam. – KOSMO! ONLINE

Remaja perempuan 14 tahun lemas, bapa sempat selamatkan 4 beradik

Omar Ahmad
am@hmetro.com.my
Anggota bomba berjaya menemukan jasad remaja perempuan 14 tahun yang lemas ketika mandi bersama adiknya di anak sungai dekat Taman Pulai Perdana, petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Anggota bomba berjaya menemukan jasad remaja perempuan 14 tahun yang lemas ketika mandi bersama adiknya di anak sungai dekat Taman Pulai Perdana, petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Johor Bahru: Seorang remaja perempuan lemas, manakala empat adik-beradiknya yang lain selamat dalam kejadian di kawasan anak sungai dekat Taman Pulai Perdana, Skudai di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Saiful Bahri Safar berkata, kesemua mangsa difahamkan sedang melakukan aktiviti mandi dan memancing dengan keluarga.

Katanya pihak bomba menerima panggilan pada jam 3.38 petang berhubung kejadian dan menggerakkan 10 anggota bersama jentera.

"Mangsa yang maut adalah anak perempuan berumur 14 tahun.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian benar terdapat lima mangsa sedang mandi dan memancing di lokasi kejadian.

"Empat mangsa yang selamat iaitu kanak-kanak perempuan berumur lima tahun dan lapan tahun, kanak-kanak lelaki 12 tahun dan remaja perempuan berumur 16 tahun.

"Bapa mereka berjaya menyelamatkan empat anaknya yang lain, namun gagal menyelamatkan mangsa.

"Difahamkan terdapat satu bahagian dalam seperti kawah di kawasan anak sungai terbabit, yang menyebabkan kesemua mangsa yang sedang mandi lemas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Saiful Bahri, remaja berusia 14 tahun dijumpai oleh anggota bomba pada jarak lebih kurang empat meter dari tebing.

"Mangsa diberikan rawatan CPR selama 40 minit sebelum pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiba di lokasi. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh KKM," katanya.

Pesawat mendarat cemas tepi pengunjung pantai

KOSMO!
SEBUAH pesawat ringan mendarat cemas di sebuah pantai di Marica. - mediadrumimages
BRASILIA – Sebuah pesawat ringan yang disyaki mengalami kegagalan mekanikal terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah pantai berhampiran sejumlah pelancong, lapor akhbar Daily Mirror.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Espirito Santo menuju ke Lapangan Terbang Jacarepagua, di barat Rio de Janeiro, Brazil.

Ia dilaporkan kehilangan altitud, menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa melakukan pendaratan cemas, namun selamat. 

Insiden tersebut bagaimanapun mengejutkan orang ramai yang sedang leka mandi-manda di pantai Praia de Itaipua, Marica.

Selepas pendaratan dilakukan, pasukan Pertahanan Awam Marica, perkhidmatan ambulans dan Jabatan Bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Beberapa penumpang yang jumlahnya tidak dijelaskan diberikan rawatan awal, namun tiada kecederaan serius dilaporkan. – AGENSI

Rogol kanak-kanak 11 tahun bergilir-gilir, 4 remaja ditahan

Muhamad Lokman Khairi
am@hmetro.com.my
Empat remaja lelaki disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pagi tadi untuk mendapatkan perintah reman. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.
Empat remaja lelaki disyaki merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pagi tadi untuk mendapatkan perintah reman. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.
Teluk Intan: Empat remaja lelaki ditahan polis, semalam kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, empat suspek berusia antara 14 hingga 17 tahun ditahan di lokasi berbeza antara jam 3 petang hingga 10 malam selepas mangsa yang juga murid sekolah membuat laporan polis jam 12.26 tengah hari, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, suspek pertama dan suspek kedua merogol mangsa secara bergilir-gilir di dalam kereta ketika mangsa keluar bermandi-manda bersama suspek di kawasan air terjun Lata Kinjang, Tapah jam 6.30 petang, Rabu lalu.

"Pada 8.30 malam, hari yang sama, suspek ketiga merogol mangsa ketika mangsa mengikuti suspek pulang ke rumahnya di sekitar daerah Hilir Perak.

"Seorang lagi suspek merogol mangsa pada jam 12:30 tengah malam Khamis di kawasan semak di Teluk Intan semasa mangsa dan suspek keluar bersiar-siar.

"Hasil soal siasat awal yang dijalankan, didapati dua suspek yang masih bersekolah serta dua lagi tidak bersekolah mengaku terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, mangsa mengenali suspek pertama melalui media sosial dan suspek pertama memperkenalkan pula mangsa kepada tiga lagi individu terbabit.

Ahmad Adnan berkata, Mahkamah Majistret Teluk Intan pada pagi tadi membenarkan empat remaja lelaki itu ditahan reman selama tiga hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dengan cadangan pertuduhan.

"Polis menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan anak khususnya anak perempuan supaya tahu dengan siapa dan ke mana lokasi yang dituju bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan gejala negatif," katanya.

Tu dia: Suami rider, isteri ‘tukang masak’ kokain bernilai RM9 juta

AZMI NORDIN
Kokain yang dirampas dalam serbuan di dua premis sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, kelmarin.
KUALA LUMPUR – Sebuah makmal memproses dan mengedar kokain ditumpaskan dengan penahanan tiga individu dalam serbuan di sebuah unit apartmen di Batu 5, di sini, kelmarin.

Turut ditahan pasangan suami isteri bersama rampasan 44.93 kilogram kokain dianggarkan bernilai RM9 juta untuk pasaran luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Khaw Kok Chin berkata, serbuan itu adalah hasil kerjasama antara pihaknya dengan Drug Enforcement Administration (DEA).

Kata beliau, serbuan pertama di apartmen menahan menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang berperanan sebagai penghantar dan isterinya, 41, iaitu penjaga bekalan serta ‘tukang masak’ kokain.

“Selain 44.93 kilogram kokain, kami turut merampas 52.5 liter cecair kimia (‘ibu kokain’) yang diletakkan di dalam botol wain.

“Rumah berkenaan disewa pada harga RM2,350 sebulan untuk dijadikan stor dan makmal memproses kokain sejak Februari lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa, Timbalan Pengarah JSJN Datuk Zainudin Ahmad dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azri Akmar Ayob.

Rentetan tangkapan itu, Kok Chin berkata satu lagi serbuan dijalankan di sebuah pangsapuri di Cheras, Selangor, yang membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 38 tahun.

“Dalam serbuan terhadap lelaki berperanan sebagai penghantar itu, kami merampas satu kilogram serbuk kimia dipercayai digunakan untuk memproses kokain di rumah berkenaan.

“Jumlah dadah yang dirampas dalam operasi ini dianggarkan boleh menampung penggunaan seramai 225,000 penagih dadah.

“Kami turut menyita pelbagai aset sindiket membabitkan wang tunai, barang kemas, kenderaan serta jam tangan berjenama yang dianggarkan bernilai RM201,086 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988,” katanya.

Menurutnya, modus operandi sindiket itu yang aktif sejak awal tahun ini adalah menjadikan kediaman sebagai tempat memproses dan menyimpan kokain sebelum diedar untuk pasaran luar negara menggunakan pengangkutan udara.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati hanya suspek ketiga positif dadah jenis ketamin yang turut memiliki lapan rekod jenayah dan dadah.

“Pasangan suami isteri itu direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 23 Julai ini, manakala suspek ketiga direman empat hari sehingga 20 Julai ini,” katanya.

Menurutnya, pihak polis masih mengesan saki baki sindiket berkenaan yang masih bebas untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-KOSMO! ONLINE

Terengganu: Tiga mat rempit junior tular diberkas

NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Tangkap layar video yang memaparkan tiga remaja merempit di Jalan Mak Lagam.
KEMAMAN – Padah menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘wheelie’ di Jalan Mak Lagam di sini, tiga remaja lelaki berjaya dicekup polis baru-baru ini.

Mereka yang berusia bawah 18 tahun itu ditangkap secara berasingan di sekitar daerah ini pada kelmarin dan semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, penahanan dilakukan berikutan penyebaran video berdurasi 24 saat dipercayai dirakam salah seorang rakan mereka sebelum tular di media sosial sejak Selasa lalu.

“Siasatan awal mendapati ia berlaku pada November tahun lalu. Tindakan itu boleh membahayakan nyawa mereka dan pengguna jalan raya lain,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tiga buah motosikal yang dipercayai digunakan tiga remaja itu sewaktu kejadian turut disita.

“Semakan mendapati salah seorang daripada mereka pernah ditahan pada April lalu atas kesalahan mengubah suai motosikal. Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Ulat sewa: 'Kalau abang JPJ, kami nak bagi sedas dua dulu'

Harian Metro
am@hmetro.com.my

SEBAHAGIAN ‘ulat’ menunggu pelanggan.
Langkawi: "Abang JPJ ka? Kalau JPJ, kami nak 'bagi' (pukul) sedas dua dulu."

Itu ugutan yang diterima wartawan Harian Metro ketika menyamar sebagai pelanggan untuk perkhidmatan kereta sewa tidak berlesen di Pulau Langkawi.

Mereka berlagak seperti samseng apabila mengepung wartawan dan menyoal siasat lebih 20 minit sebelum menawarkan kereta bagi mengelak diperangkap anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Lelaki itu turut memanggil sekumpulan rakannya yang mencari mangsa baharu untuk berurusan dengan wartawan selain meminta menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu.

Lelaki berusia lewat 40-an itu mendakwa lebih 80 peratus kereta sewa yang ditawarkan di Langkawi tidak mempunyai permit kereta sewa.

Wartawan: Kereta sewa ada tak abang?

Ulat sewa: Abang JPJ ka? Kalau JPJ kami nak 'bagi' (pukul) sedas dua dulu.

Wartawan: Eh bukan abang. Saya datang sini ada meeting (mesyuarat).

Ulat sewa: Ya ka? Nampak macam JPJ ni. Tak dak (tiada) kereta (sewa) semua penuh. Abang ambil e-hailing la.

Wartawan: Tak boleh abang. Saya nak cepat. Lepas itu esok saya nak guna kereta. Kalau guna e-hailing susah sikit.

Ulat sewa: Kami bukan tak mau (mahu) bagi, tapi kami takut abang ni JPJ. Lepas tu (itu) abang sita kereta kami.

Wartawan: Saya bukan JPJ. Saya pun buat e-hailing juga (sambil menunjukkan lesen PSV).

Ulat sewa: Oh, ya ka? Bolehlah kalau macam tu. Abang nak kereta apa? Berapa hari?

Wartawan: Kereta kecil pun boleh. Saya nak dua hari.

Ulat sewa: (Perodua) Axia boleh?

Wartawan: Boleh abang. Berapa harga (kereta sewa) ni?

Ulat sewa: Abang bagi RM140 ja kat saya.

Wartawan: Boleh diskaun sikit tak abang?

Ulat sewa: Ambil RM130 untuk dua hari.

Wartawan: Okey boleh. Terima kasih abang.

Ulat sewa: Tapi jangan pi (pergi) serah kereta kami kat JPJ pulak. Naya (habislah) kami.

Wartawan: Tak. Saya tak buat macam tu.

Ulat sewa: Bukan apa. Kat sini (Langkawi) boleh dikatakan 80 peratus hingga 90 peratus (kereta sewa) tak dak (tiada) permit. Hanya 10 peratus sahaja yang ada permit.

Wartawan: Oh, ya ka? Abang jangan risau. Saya tak bagi kat JPJ. Terima kasih ya abang.

Ulat sewa: Okey.

Lelaki berkenaan kemudian menyerahkan kenderaan itu dan menerima wang tanpa memberikan sebarang resit sebagai bukti sewaan.

2 kapal berlanggar di perairan Kota Tinggi, Maritim Malaysia lancar operasi mencari

Bernama

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menggerakkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) susulan insiden pelanggaran kapal MT Hanifa Nile dan MT Ceres 1 di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau, dekat sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata berikutan kejadian pada 6.55 pagi itu, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi mengkoordinasikan pencarian.

Katanya Maritime Rescue Sub Center (MRSC) telah mengatur gerak Kapal Maritim (KM) Noah, Bot Perkasa 29 dan Bot Petir 12 dari Maritim Malaysia, KD Gempita dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan bot ronda PA 9 dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 ke lokasi kejadian.

“Aset Maritim Malaysia, Bot Perkasa 29 tiba di lokasi pada pukul 9.50 pagi dan menemukan kedua-dua kapal berkenaan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut dimaklumkan berkenaan insiden bagi tindakan lanjut sekiranya berlaku tumpahan minyak.

Sementara itu, pegawai dan anggota yang bertugas di Abu Bakar Maritime Base (ABMB) diarah untuk melaksanakan pemantauan di sekitar kawasan berhampiran. Perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, katanya dalam satu kenyataan.

Amil terkejut lelaki disangka asnaf bayar zakat RM1 juta

Datang dengan jubah tak berseterika, amil terkejut lelaki disangka asnaf bayar zakat RM1 juta

KIM SYAZIE

Seorang amil berkongsi pengalamannya berjumpa seorang individu yang disangka asnaf, namun rupa-rupanya seorang jutawan yang menyumbang jutaan ringgit kepada pusat zakat.

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh amil di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ – MAIWP), memetik laporan Bernama dua tahun lalu.

Menerusi temu bual bersama Ustaz Mohd Dziyaulhak Hashim, beliau menceritakan kisah seorang lelaki dalam lingkungan 50-60an yang muncul di hadapan pusat zakat dengan jubahnya yang lusuh.

Disangkakan ingin meminta bantuan zakat, namun jangkaan itu jauh meleset apabila individu itu memberitahu mahu membayar zakat.

Kami kongsikan kisah inspirasi yang boleh dijadikan pedoman ramai seperti di bawah ini;

Ada seorang tu (anggaran umur 50-60 tahun) dia datang ke kaunter zakat.

Tapi dia pakai jubah pun tak seterika, biasa sahaja. Tak ada driver, datang pejabat zakat, lepas itu nak jumpa amil, dia nak bayar zakat.

Tapi amil kita ingat dia datang nak minta bantuan. Sebab tengok penampilan dia, kalau orang datang macam tu biasanya orang datang nak minta bantuan.

Jadi kalau nak minta bantuan, kita akan salurkan terus atau minta pergi ke Bahagian Agihan Zakat MAIWP, di Jalan Ipoh.

Sebab di PPZ-MAIWP, kita tak ada bantuan, kami hanya kutip zakat orang sahaja. (Kutipan diserahkan kepada Bahagian Agihan Zakat MAIWP untuk urusan pengagihan).

Jadi kami ingat lelaki yang pakai jubah lusuh ni nak ambil bantuan. Rupa-rupanya dia sebut dia nak bayar zakat pendapatan.

Jadi amil tanya berapa amaun. Dia cakap nak bayar zakat untuk dirinya, RM1 juta.

Penampilan nampak biasa, tapi mashaAllah jutawan-jutawan yang tawaduk ni ada sebenarnya. Permata-permata tu ada.

Menariknya pakcik tu, banyak zakat dia bayar. Biasa harta orang RM1 juta, zakat RM25 ribu. Tapi dia ini zakat RM1 juta.

Hendak dijadikan cerita, amil yang bertugas pada ketika itu telah tersilap memasukkan data pada resit dengan menaip terlebih angka kosong menjadi RM10 juta.

Namun reaksi lelaki tersebut hanya bersahaja, beliau telah meminta supaya didoakan agar suatu hari nanti dia dapat menambah jumlah zakatnya itu.

Ada sesetengah aplikasi bank yang membuat potongan terus daripada gaji anda, maka tiada alasan mengapa tidak boleh membayar zakat.

Arab Saudi hukum mati lebih 100 individu

AFP

DUBAI: Arab Saudi menjalankan hukuman mati terhadap dua pesalah yang disabitkan dengan jenayah pengedaran dadah, kata Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Menurut statistik AFP, ia menjadikan jumlah keseluruhan hukuman mati yang dijalankan pada tahun ini membabitkan sekurang-kurangnya 106 pesalah.

Agensi media rasmi Arab Saudi dalam laporannya berkata, kementerian itu mengumumkan seorang rakyatnya dihukum bunuh kerana mengedar amphetamine, manakala seorang lagi pesalah warga Pakistan mengedar dadah jenis heroin, kedua-duanya di Makkah.

Pihak berkuasa Arab Saudi melaksanakan semula hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah pada penghujung 2022 selepas ia dihentikan hampir tiga tahun.

Menurut statistik AFP, tujuh daripada 106 hukuman mati yang direkodkan tahun ini berkaitan kes dadah.

Sepanjang 2023, pihak berkuasa menjalankan hukuman mati ke atas sekurang-kurangnya 170 orang, termasuk 33 individu yang dituduh melakukan jenayah berkaitan keganasan.

Untuk rekod, sehingga Julai tahun lalu, negara Teluk itu menjalankan hukuman mati ke atas sekurang-kurangnya 74 orang pesalah.

Isnin lalu, Pertubuhan Hak Asasi Manusia Eropah-Arab Saudi yang berpangkalan di Berlin mengutuk Arab Saudi kerana menjalankan satu hukuman mati hampir setiap dua hari.

"Sejumlah 100 hukuman mati dalam tempoh 196 hari menunjukkan kerajaan Arab Saudi bertegas mahu menjalankan hukuman mati secara meluas sekali gus melanggar undang-undang antarabangsa dan komitmen rasminya," katanya dalam satu kenyataan.

MCA bakal tinggalkan BN?

B Nantha Kumar

Beberapa pihak memberi bayangan, akan tiba masanya untuk salah sebuah parti komponen BN meninggalkan gabungan itu di sebalik sejarah panjang yang terbina antara mereka.

Menurut sumber ahli "akar umbi" MCA kini tidak lagi gembira dengan kedudukan parti terbabit dalam BN selepas menyertai gabungan tersebut sejak 72 tahun lalu.

Bahkan, langkah tersebut diperkirakan wajar dibuat sebelum terlambat.

"Akar umbi sedang memberi tekanan dari dalam agar pucuk pimpinan MCA membuat keputusan keluar dari BN.

"Mereka menganggap BN yang kini diketuai Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, tidak lagi relevan kepada MCA kerana diketepikan dalam kerajaan.

"Bagaimanapun pucuk pimpinan MCA masih belum membuat sebarang keputusan," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Malaysiakini telah menghubungi Presiden MCA Wee Ka Siong sejak minggu lalu untuk mendapatkan pandangannya, namun setakat ini belum menerima sebarang maklum balas.

Tambah sumber terbabit, tekanan kepada pucuk pimpinan MCA untuk membuat keputusan drastik bertambah kuat setelah Ahmad Zahid membuat kenyataan yang menyatakan BN akan terus bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU ke-16.

Sumber MCA itu berkata, kenyataan Ahmad Zahid itu tidak disambut baik dalam kalangan pemimpin dan ahli parti berkenaan.

Katabnya sebab utama ahli akar umbi MCA tidak setuju kerjasama BN dan PH diteruskan ialah kerana tidak wujud keserasian dalam beberapa isu termasuk pengagihan kerusi.

"Bagi Umno, mereka ada 26 kerusi parlimen yang dimenangi pada PRU ke-15 dan masih boleh dapat pembahagian yang besar daripada 73 kerusi parlimen dimenangi PN.

"Tetapi kami hanya menang dua kerusi parlimen (pada 2022) dan kemungkinan perlu bertikam lidah dengan PKR dan DAP untuk mendapatkan kerusi lain daripada kedua-dua parti berkenaan sebagai tempat bertanding pada masa depan," katanya.

Sokong hingga penggal berakhir

Untuk rekod melalui PRU ke-15 yang berlangsung pada Nov 2022, MCA terus mencatatkan keputusan yang buruk apabila hanya memenangi dua kerusi parlimen iaitu Air Hitam dan Tanjung Piai.

Wee merupakan ahli parlimen Air Hitam, manakala Tanjung Piai diwakili Wee Jeck Seng.

Apabila pilihan raya negeri (PRN) diadakan pada tahun lalu, MCA mengambil keputusan untuk tidak bertanding selepas gagal menyelesaikan isu pengagihan kerusi bersama PH.

Sumber juga memberitahu Malaysiakini beberapa keputusan kerajaan mengetepikan MCA daripada pemberian jawatan penting dalam kerajaan turut memberi kesan kepada sikap ahli parti.

"Kami seolah-olah menjadi anak tiri dalam kerajaan hari ini.

"Namun yang lebih penting, dalam keadaan sekarang kebanyakan ahli MCA yakin jenama BN tidak boleh lagi 'dijual' kepada pengundi," katanya.

Ketika ditanya apakah rancangan lanjut jika MCA benar-benar keluar dari BN, sumber itu berkata, ia masih tidak dapat disahkan namun yakin sikap parti itu ialah tetap menyokong kerajaan perpaduan sehingga parlimen dibubarkan semula untuk PRU ke-16.

"Sokongan kepada kerajaan ialah janji MCA kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum ini. Maka, kalau kami meninggalkan BN, kami akan tetap sokong kerajaan," katanya.

Pun begitu sumber itu memberi bayangan sikap mereka apabila menghadapi PRU akan datang akan berbeza.

"Mungkin pada ketika itu MCA akan bekerjasama dengan PN tanpa perlu menjadi sebahagian atau parti komponen mereka," katanya.

Sementara itu, satu lagi parti komponen BN, MIC, juga dilihat mempunyai kemungkinan untuk mengambil langkah yang sama seperti MCA.

Sumber MIC memberitahu situasi parti mereka dalam BN adalah lebih kurang sama saja dengan MCA iaitu isu pengagihan kerusi serta dianaktirikan dalam kerajaan.

Katanya, kedudukan dalam Dewan Negara - yang didakwa dijanjikan sebelum ini - juga masih belum ditunaikan.

"Saya tidak akan terkejut sekiranya MIC mengambil langkah yang sama seperti MCA iaitu meninggalkan," katanya.

Presiden MIC SA Vigneswaran yang dihubungi Malaysiakini bagaimanapun enggan memberi sebarang komen.

Sebar surat layang di Parlimen perbuatan terkutuk tetapi disucikan agamawan Pas

Harapandaily

AHMAD MURSI

Perbuatan memfitnah pegawai kerajaan dengan disebut nama mereka hanya berasaskan surat layang tidak patut dipertahankan dan menjadi amalan.

PN-Pas kata zalim gantung MP Machang. Tak zalim ke tuduh pegawai kerajaan tanpa dia boleh pertahankan diri dalam Parlimen? 

Nak saman tak boleh kerana berselindung di sebalik imuniti Parlimen 

MP Pas yang kononnya ‘tok guru’ pula dilihat bersekongkol mempertahan amalan yang terang-terangan bercanggah dengan konsep tabayyun dalam Islam.

Lebih teruk dari itu, MP Pas ketuai pula bacaan Qunut Nazilah dalam Parlimen untuk doakan kehancuran kerajaan setelah usul itu selesai diundi.

Hal yang mungkar jadi mulia, yang mulia jadi bathil. Nampak seperti amalan Islam, tapi sebenarnya menyalahi ajaran Islam. 

“Cukuplah seseorang itu dianggap berdusta jika dia menceritakan setiap apa yang didengarnya” (HR Muslim).

Begitulah bahayanya politik Khawarij. Matlamat menghalalkan cara. Ghuluw ibarat anak panah terkeluar dari busarnya.

Jika Surat Layang diterima sebagai asas berbahas di Parlimen, habis semua institusi dan lapisan masyarakat ikuti jejak langkah yang sama.

MP Machang sendiri dilihat ragu-ragu kesahihan sumber surat layang itu semasa membahasnya di Parlimen.

Cukuplah telah banyak fitnah seumpama ini berlegar di whatsapp, medsos dll, tidak perlu medan Parlimen menerima kaedah begitu.

Jadi wajar MP Machang digantung 6 bulan agar tidak dituruti oleh wakil rakyat lain selepas dari ini. 

Dari sebar surat layang, bolehlah dia main layang-layang nanti.

Rakyat pun akan faham bahawa, Parlimen bukan medan untuk sebar Surat Layang tetapi tempat menggubal undang-undang dengan cara yang berintegriti.

Lelaki acu pistol tiruan ditahan polis

Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@bh.com.my
Lelaki dilihat memegang objek menyamai pistol disyaki tiruan sambil menunggang motosikal. - NSTP/Foto tular FB
Lelaki dilihat memegang objek menyamai pistol disyaki tiruan sambil menunggang motosikal. - NSTP/Foto tular FB
KUALA TERENGGANU: Seorang pembantu kedai makan yang memegang objek menyerupai pistol disyaki tiruan sambil menunggang motosikal ditahan dalam kejadian di daerah ini.

Lelaki berusia26 tahun ditahan polis di sebuah premis di Jalan Sultan Mahmud di sini kira-kira jam 1.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, polis yang menerima maklumat awam berdasarkan video yang tular di Facebook menjalankan operasi bagi mengesan suspek.

Beliau berkata, ia membawa kepada penahanan suspek di sebuah premis di daerah ini.

Katanya, pihaknya turut merampas beberapa barang kes termasuk sepucuk pistol dipercayai tiruan berwarna hitam dan sebuah motosikal jenis Honda C70.

"Hasil soal siasat awal, suspek mengaku terbabit dalam kes yang disiasat dan mendakwa mengambil pistol itu di dalam tong sampah berhampiran Bulatan Ladang," katanya.

Azli berkata,hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek yangberalamat dari Ranau, Sabah turut positifdadah jenis methamphetamine.

Katanya, suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Akta Keganasan Rumah Tangga.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjatapi 1960," katanya.

Terdahulu, tulardi media sosial seorang lelaki yang memegang objek dipercayai pistol sambil menunggang motorsikal.

Pukul dan tendang kanak-kanak autisme berusia 6 tahun, seorang guru ditahan

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Polis menahan guru sebuah pusat jagaan kanak-kanak kerana menendang dan memukul kanak-kanak autisme berusia 6 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat bapa kanak-kanak lelaki berkenaan semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit ditendang dipukul dan ditarik secara kasar sehingga terjatuh dari kerusi.

"Terdapat juga kesan gigitan di tangan kanak-kanak berkenaan. Susulan dari laporan yang diterima, polis melakukan tangkapan terhadap lelaki tempatan berusia 32 tahun di kediamannya di Ampang.

"Lelaki terbabit adalah guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak berkenaan. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh tampil ke mana-mana balaik polis untuk membantu siasatan," katanya.

2 hari terperangkap dalam lif hospital, tiada yang sedar

KOSMO!
Ravindran terperangkap di dalam lif hospital selama dua hari. - Foto Hindustan Times
NEW DELHI – Seorang lelaki terperangkap di dalam lif selama dua hari di sebuah hospital kerajaan di Kerala, India, lapor laman berita Independent semalam.

Ravindran Nair, 59, terperangkap ketika dia menggunakan lif itu untuk pergi ke tingkat atas bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

Namun sebaliknya, lif itu bergerak ke bawah sebelum ia berhenti dengan tiba-tiba. 

Disebabkan kehilangannya, isteri Ravindran membuat laporan polis.

“Dia menjerit meminta tolong tetapi tiada sesiapa yang datang. Telefon bimbitnya juga mati,” kata polis.

Ravindran akhirnya diselamatkan oleh seorang pekerja yang melakukan pemeriksaan rutin dengan membuka pintu lif kelmarin.

Menurut laporan, lif itu berhenti bergerak ketika berada di antara dua aras.

Ravindran berkata, ketika berada di dalam lif yang tidak mempunyai lampu dan kipas, dia menekan loceng kecemasan namun, tiada anggota penyelamat datang membantunya.

“Saya difahamkan bahawa ia adalah hari Sabtu kedua (cuti di India) dan hari Ahad keesokan harinya.

“Saya membuang air kecil di satu sudut. Ada masanya, saya menangis dengan kuat. Saya tidak dapat tidur. Apabila saya berasa dahaga atau lapar, saya hanya menjilat bibir,” katanya. – AGENSI

Anggota imigresen cedera bergelut tangkap PATI

RAJA JAAFAR ALI
Mohd. Rosli Mohd Darus (dua dari kiri) menyoal pekerja asing yang ditahan dalam Ops Mega Pengarah di sebuah pasaraya di Senai, Kulai disini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!
KULAI – Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia Johor (JIM) cedera setelah berlaku pergelutan dengan seorang pekerja asing yang bertindak agresif ketika ditahan di sebuah pusat urut di sebuah pasar raya di Senai.

Dalam pergelutan itu pekerja asing warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang urut telah menolak anggota terbabit ketika cuba melarikan diri sehingga melanggar cermin kaca menyebabkan dahi mangsa cedera dan terpaksa di hantar ke klinik berhampiran untuk rawatan dan menerima beberapa jahitan di dahi.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd. Rosli Mohd Darus berkata lelaki berasal dari Palembang berusia 37 tahun itu antara 123 pekerja asing termasuk 49 wanita yang ditahan dalam Operasi Mega Pengarah selama sejam bermula jam 12.30 tengah hari.

Mohd. Rosli berkata pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia itu sebelum ini didakwa di mahkamah dan diusir ke negara asalnya tahun lalu sekali lagi ditahan JIM Johor.

“Ketika serbuan lelaki itu yang bekerja di pusat refleksologi di pasar raya berkenaan cuba melarikan diri hingga menyebabkan seorang anggota penguat kuasa mengalami kecederaan di dahi akibat dirempuh.

“Pemeriksaan lanjut mendapati warga asing itu yang masih bujang tidak memiliki sebarang dokumen yang sah dan telah ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas operasi berakhir.

Mengulas lanjut, Mohd. Rosli berkata serbuan dijalankan selepas pihaknya menerima aduan awam berhubung kebanjiran warga asing yang bekerja di pasar raya berkenaan.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada 64 warga Indonesia termasuk 35 perempuan, 45 warga Myanmar termasuk 12 perempuan, tujuh lelaki Bangladesh, masing-masing dua lelaki Nepal dan India, dua wanita Vietnam dan seorang lelaki Pakistan.

Kesemua warga asing berusia antara 20 hingga 65 tahun itu didapati tidak memiliki sebarang pas atau permit sah untuk berada di Malaysia dan tinggal lebih masa, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

3 polis antara 6 direman kes curi bahan api jet,

FMT Reporters

PETALING JAYA: Tiga anggota polis antara enam lelaki direman berhubung kehilangan bahan api jet A-1 dari pangkalan udara di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor membuka satu kertas siasatan bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah selepas menerima laporan Isnin lalu.

Susulan itu, beliau berkata, enam lelaki berumur 31 hingga 55 tahun ditahan keesokannya.

Tiga daripada enam orang ditahan itu merupakan pegawai rendah polis yang bertugas di pangkalan udara berkenaan, katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini semalam, di mana mereka direman dua hingga tujuh hari.

Hussein berkata, polis tidak akan berkompromi dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang, walaupun kes membabitkan pegawainya.

Wanita warga asing ditemukan maut ditikam

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my
Wanita warga asing ditemukan maut di tingkat tiga Flat Taman Indah Batu Maung di sini, dengan kesan tikaman di leher, dada dan kaki. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI
Wanita warga asing ditemukan maut di tingkat tiga Flat Taman Indah Batu Maung di sini, dengan kesan tikaman di leher, dada dan kaki. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI
Bayan Lepas: Wanita warga asing ditemukan maut di tingkat tiga Flat Taman Indah Batu Maung di sini, semalam, dengan kesan tikaman di leher, dada dan kaki.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 30-an ditemukan dalam keadaan terlentang di kaki lima flat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.51 malam daripada orang awam mengenai penemuan wanita yang tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati badan mangsa mempunyai kesan luka di bahagian leher, dada dan kaki disyaki disebabkan senjata tajam.

"Susulan itu, polis sedang mengesan lelaki warga Myanmar bernama Khin Mg Myo berusia 34 tahun.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 014-9237366 atau 04-8662222," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Kamarul Rizal, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan.

Lelaki dibunuh, mayat dibakar angkara hutang

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
LOKASI mayat lelaki ditemui di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih. FOTO ihsan Polis
LOKASI mayat lelaki ditemui di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih. FOTO ihsan Polis
Kajang: Angkara hutang RM7,000 menyebabkan seorang lelaki dibunuh dan mayatnya dibakar di kawasan semak berhampiran Empangan Semenyih di sini.

Ringkasan Berita
  • Lelaki dibunuh dan dibakar kerana hutang RM7,000 berhampiran Empangan Semenyih.
  • Empat suspek ditahan di Batu 14 Hulu Langat.
  • Tiga suspek akan dituduh di Mahkamah Kajang, seorang lagi menjadi saksi pendakwaan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pada jam 10.07 pagi 23 Jun lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan berkaitan mayat dijumpai dalam keadaan terbakar di lokasi itu.
Menurutnya, bertindak atas maklumat awam dan siasatan polis, pada 11 Julai lalu, polis menahan empat lelaki berusia 18 tahun yang juga rakan mangsa berusia 28 tahun itu di Batu 14 Hulu Langat di sini, bagi membantu siasatan.

"Hasil pemeriksaan dapati kesemua yang ditangkap positif dadah jenis methamphetamine dalam ujian awal saringan air kencing manakala dua daripada mereka mempunyai lebih 20 rekod jenayah lampau.

"Motif kejadian disebabkan isu hutang apabila mangsa yang tidak bekerja berhutang RM7,000 dengan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan esok di Mahkamah Kajang manakala seorang lagi akan dijadikan saksi pendakwaan.

Mayat ‘TikToker’ hilang 2 minggu ditemui dikerat-kerat

KOSMO!
GAMBAR fail Yan Ruimin. - Foto Xiaohongshu/Ruimin
BANGKOK – Mayat pesohor media sosial China yang  hilang selama hampir dua minggu di Thailand ditemui, manakala seorang suspek warga China telah meninggalkan negara itu, demikian menurut akhbar tempatan seperti laporan saluran berita CNA semalam.

Perkembangan itu berlaku ketika Thailand dan Filipina merekodkan sebilangan kes penculikan yang menggemparkan rakyat kedua-dua negara.

Media tempatan memetik sumber polis Thai sebagai berkata, mayat berkenaan dipercayai ialah personaliti TikTok berumur 38 tahun, Yan Ruimin.

Mangsa diculik semasa melawat Thailand sebagai pelancong.

Ruimin tiba di Thailand dari Malaysia pada 26 Jun lalu. Dia  dilaporkan hilang oleh rakannya pada 12 Julai lepas. 

Sebelum ini, Ruimin telah memberitahu tentang rancangannya untuk melawat Phuket di selatan Thailand, awal bulan ini.

Pada Sabtu lalu, pasukan forensik polis menemui mayat reput dan dikerat-kerat dipercayai Ruimin di Chachoengsao, sekitar 50 kilometer ke timur Bangkok.

Sebuah pasukan mencari diketuai oleh timbalan ketua Biro Polis Metropolitan Thai(MPB), Noppasil Poolsawat menemui mayat itu di sebuah kawasan terpencil dekat taman perumahan  Tambon Bang Phra, daerah Muang.

Pasukan penyiasat sedang bekerjasama dengan unit forensik untuk melakukan ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa, demikian menurut akhbar Bangkok Post.

Polis juga mencari seorang suspek rakyat China dikenali sebagai Ma Qingyan

Lelaki berumur 32 tahun itu memasuki Thailand dari Singapura pada 30 Jun lalu.

Menurut media tempatan, suspek dipercayai bertemu dengan Ruimin pada 1 Julai lepas, hari mangsa dikatakan dibunuh sekitar Soi Sukhumvit 12 di  pusat bandar Bangkok. – AGENSI

Datuk Jamal Abdillah rugi RM2 juta untuk pelaburan yang menjanjikan dividen 12 peratus

Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah, 65, kerugian sebanyak RM2 juta akibat kegagalan sebuah syarikat pelaburan yang disertainya membayar dividen serta memulangkan semula wang pelaburan kepadanya.

Penyanyi legenda ini turut meminta kerajaan bertindak tegas terhadap syarikat pelaburan terbabit yang dilihat cuba lari dari tanggungjawab mereka.

Menurutnya, laporan polis juga sudah dibuat kepada unit Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, namun sehingga kini perkara ini belum difailkan di mahkamah.

"Sebelum itu saya dah buat semakan di Suruhanjaya Sekuriti (SC) serta Bank Negara Malaysia (BNM) dan mendapati memang syarikat itu wujud kerana ramai melabur di situ yang dijanjikan dividen lapan hingga 12 peratus setahun.

"Saya pun tertarik dan melabur kira-kira RM2 juta. Tahun pertama, kedua dan ketiga pembayaran dividen okey. Masuk tahun keempat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mereka tak dapat nak bayar.

"Sampai sekarang dah nak masuk tujuh tahun, ia belum selesai. Saya pun dah buat laporan polis dan pegawai yang mengendalikan kes ini sudah bertukar tiga, empat orang tapi ia belum lagi difailkan di mahkamah," katanya.

Jamal berkata, laporan dibuat di Bukit Aman dan Shah Alam tetapi masih tiada apa-apa tindakan dari Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

"Sekarang ini tinggal lagi meja DPP yang akan failkan. Dah masuk dua tahun laporan dibuat tapi nampaknya tiada apa-apa yang berlaku. Jadi saya harap pihak kerajaan tengoklah kes ini kerana ia seperti 'scammer'.

"Jangan dibiarkan begitu saja kerana ramai yang kena, bukan saja seorang saja. Hampir RM1 bilion mereka kutip termasuk dari syarikat-syarikat besar. Sesetengah dari syarikat ini dah dapat semula deposit bila mereka failkan di mahkamah.

"Saya lewat sikit bertindak, namun harapan saya agar pihak kerajaan buka mata terhadap syarikat-syarikat begini yang ambil wang rakyat yang buat pelaburan ini kerana dia sudah melalui Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara. Ia memang wujud. Jadi apa tindakan kerajaan selanjutnya dan pihak DPP kenalah failkan segera," katanya.

Sementara itu, peguam Datuk Kamaruzaman Arif dari Tetuan Kamaruzaman Arif dan Sofiah yang mewakili Jamal berkata, penyanyi tersohor negara itu membuat laporan polis selepas beliau mendakwa tidak mendapat pulangan pelaburan yang telah dijanjikan oleh ejen dan syarikat pelaburan yang disertainya.

"Pada awal 2018, Jamal diperkenalkan oleh seorang ejen kepada satu skim pelaburan dan dijanjikan pulangan sebanyak 12 peratus setahun.

"Sekitar tahun 2018 sehingga 2020, beliau membuat sejumlah empat kali pelaburan dengan melaburkan sejumlah RM2 juta ke dalam syarikat terbabit.

"Pada 22 Januari 2018, beliau sudah membuat dua pelaburan dimana jumlahnya adalah sebanyak RM1 juta. Tarikh matang bagi kedua-dua pelaburan ini adalah ditetapkan pada 21 Januari 2023," katanya

Menurutnya, jumlah janjian pulangan bagi keseluruhan pelaburan sebanyak RM1 juta ini adalah berjumlah RM600,000.

Namun sehingga ke hari ini, syarikat pelaburan terbabit gagal untuk membuat pembayaran dividen bagi pendapatan tahunan secara menyeluruh dan secara langsung sudah melanggar perjanjian dan terma-terma yang sudah dipersetujui.

"Pada 2020, Jamal sudah membuat dua lagi pelaburan bertarikh 1 Januari dan 23 Januari di mana jumlahnya adalah sebanyak RM1 juta.

"Namun, syarikat pelaburan terbabit juga sudah gagal untuk membayar janjian pulangan tahunan bagi pelaburan yang sudah dilakukan ini dan oleh yang demikian secara langsung sudah melanggar janji janji dan terma-terma pelaburan.

"Jamal seterusnya menerusi satu memo bertarikh 4 Januari 2023 yang dikeluarkan oleh syarikat pelaburan terbabit bahawa mereka sudah menyatakan ketidakupayaan mereka untuk membayar pulangan sasaran tahunan pelaburan kononnya disebabkan keuntungan syarikat sudah terjejas akibat Covid-19," katanya.

Bagaimanapun semakan yang dibuat ke atas akaun dan prestasi kewangan syarikat terbabit dipercayai bahawa mereka sudah mendapat keuntungan pada tempoh material dan bukan kerugian.

"Menurut laporan polis yang dibuat Jamal, alasan mereka bertentangan dengan janji-janji yang dibuat sewaktu menarik beliau menyertai skim pelaburan itu. Jamal kini menyerahkan sepenuhnya

kepada pihak polis dan pihak yang sewajarnya untuk menyiasat kes ini," katanya.

Penumpang kencing dalam kabin pesawat

KOSMO!
Polis tiba untuk mengambil tindakan terhadap penumpang tersebut. – X
WASHINGTON – Sebuah pesawat milik American Airlines terpaksa membuat pendaratan cemas selepas seorang penumpang membuang air kecil di tengah laluan di dalam kabin, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Kejadian berlaku pada 4 Julai lalu.

Berdasarkan keterangan gambar yang dikongsi di platform X, lelaki berkenaan dikatakan bertindak demikian selepas kru penerbangan melarangnya menggunakan tandas ketika isyarat tali pinggang keledar dipasang.

Penumpang tersebut dengan selamba membuka seluarnya lalu membuang air kecil di tengah laluan di dalam kabin.

Bagaimanapun, dia kelihatan gementar selepas polis tiba sejurus pesawat mendarat.

Kejadian itu menimbulkan kemarahan ramai dengan pengguna media sosial menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menjijikkan. Namun, ada juga netizen menyifatkannya sebagai satu jenaka.

“Lelaki ini pasti tidak sabar untuk menceritakan kejadian tersebut (kepada polis),” kata seorang netizen. – AGENSI

Wanita rakam gambar anak Bigfoot hendap rusa

KOSMO!
ANAK seekor Bigfoot menghendap beberapa ekor rusa yang berjaya dirakamkan. - Foto Stephanie Wood/Facebook
WASHINGTON – Seorang wanita berjaya merakam imej dipercayai  anak Bigfoot sedang menghendap beberapa ekor rusa, lapor portal berita Daily Star semalam.

Wanita berkenaan, Stephanie Wood pada mulanya menyangka makhluk tersebut ialah seorang kanak-kanak yang memakai kostum Bigfoot.

Bagaimanapun, dia kini berpendapat bahawa imej yang dirakam adalah sesuatu yang lebih serius.

“Reaksi kami ialah ia mungkin seorang kanak-kanak.  Namun, selepas menganalisis gambar ini  untuk seketika, kami tidak begitu pasti lagi.

“Adakah ia anak Sasquatch (Bigfoot) atau salah seorang daripada orang kecil berbulu?” tulis wanita itu di laman Facebook.

Lokasi gambar itu dirakam tidak didedahkan tetapi pada kebiasaannya, Bigfoot dilaporkan hidup di rantau Amerika Utara. – AGENSI

Wanita racun 5 orang sebelum minum sianida

Bernama

Pintu bilik dikunci dari dalam dan sisa racun ditemukan di dalam cawan di tempat kejadian, menurut penyiasat.
Mayat tiga lelaki dan tiga wanita itu ditemukan di dalam sebuah bilik hotel mewah di Bangkok pada petang Selasa. (Gambar AP)
BANGKOK: Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan sebelum meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mayat tiga lelaki dan tiga wanita itu ditemukan pada petang Selasa oleh kakitangan hotel itu, dan pemeriksaan awal di lokasi kejadian tidak mendapati sebarang tanda-tanda kekerasan dan rompakan.

Pada sidang media hari ini, polis berkata, seorang daripada enam pelancong tersebut, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, dipercayai dalang di sebalik tragedi itu.

Kami mengesahkan seorang daripada enam yang maut menyebabkan kejadian ini dengan menggunakan sianida, kata Biro Polis Metropolitan Bangkok, Noppasil Poonsawas.

Keluarga mangsa mengesahkan, terdapat pertikaian mengenai wang.

Anggota penyiasat mendapati pintu bilik dikunci dari dalam dan sisa racun ditemukan di dalam cawan di tempat kejadian.

Polis menemui sisa racun dalam cawan yang ditemukan di tempat kejadian dan anggota penyiasat juga mendapati pintu bilik dikunci dari dalam.

Ali baba: Upah gelandangan mohon lesen niaga

Muhaamad Hafis Nawawi dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor
am@hmetro.com.my
Angota penguatkuasa DBKL memeriksa pengenalan lelaki yang disyaki memberi rasuah kepada penguatkuasa ketika operasi Khas SPRM Bersama DBKL 'Ops Star' di Japan Padang, Bukit Bintang. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Angota penguatkuasa DBKL memeriksa pengenalan lelaki yang disyaki memberi rasuah kepada penguatkuasa ketika operasi Khas SPRM Bersama DBKL 'Ops Star' di Japan Padang, Bukit Bintang. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Kuala Lumpur: Upah gelandangan warga tempatan untuk mohon lesen perniagaan, dibayar serta diberi tempat tinggal sebelum perniagaan itu diuruskan warga asing.

Itu antara modus operandi dilakukan warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar Lembah Klang termasuk merasuah pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melindungi aktiviti mereka.

Pihak berkuasa juga tidak menolak modus operandi sindiket lesen 'ali baba' turut menggunakan kaedah itu bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurut sumber, warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar Lembah Klang dipercayai turut mengambil gelandangan warga tempatan untuk memohon lesen perniagaan daripada PBT.

"Gelandangan ini kemudian akan diupah sekitar RM400 hingga RM500 dan turut dicari rumah sewa berhampiran tempat perniagaan.

"Apabila operasi dijalankan individu terbabit akan datang dan mengaku sebagai pemilik," katanya.

Malah ada juga warga tempatan yang memiliki lebih daripada satu lesen perniagaan akan 'dialibabakan' kepada warga asing dan menunggu bayaran bulanan tanpa perlu bersusah payah berniaga.

Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan Op Star serta menahan lima warga tempatan, dua warga asing dan seorang pemastautin tetap (PR) kerana disyaki menyogok penguat kuasa sebagai balasan melindungi aktiviti perniagaan warga asing yang menggunakan lesen 'ali baba' di ibu negara.

Dalam operasi selama tiga jam bermula 11.30 pagi itu, DBKL turut mengeluarkan kompaun terhadap kesalahan dilakukan premis.

Tindakan diambil susulan pendedahan eksklusif Harian Metro pada 7 Jun lalu bertajuk 'Wang Ekspres' dan 'Ali Baba kebal' yang disiarkan pada 16 Julai mendedahkan warga asing mendominasi perniagaan di Lembah Klang dan berselindung di sebalik lesen warga tempatan.

Menurut sumber, hasil risikan dijalankan Bahagian Perisikan SPRM sejak enam bulan mendapati kesemua suspek yang bertindak sebagai penjaga premis ini membayar sejumlah wang rasuah antara RM200 hingga RM1,000 kepada beberapa penguat kuasa PBT bagi membolehkan aktiviti perniagaan dapat berjalan tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
"Premis perniagaan yang dijalankan warga asing ini bukan saja beroperasi dengan menggunakan lesen 'Ali Baba', iaitu lesen milik warga tempatan namun turut menggajikan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang mana jelas menyalahi undang-undang.

"Selain itu, ada premis dikesan menyalahgunakan lesen dengan menjalankan aktiviti perniagaan berbeza dengan lesen diberikan," katanya.

Sumber berkata, wang rasuah juga sebagai balasan bagi membocorkan sebarang maklumat operasi penguatkuasaan kepada mereka.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Katanya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini bagi proses pertuduhan.

Terdahulu, wartawan yang mengikuti operasi turut mendapati seorang penjaga premis memiliki lebih daripada empat kedai menjalankan perniagaan kedai makan, kedai runcit, kedai gunting rambut dan kedai pakaian.

Malah ada kedai makan yang tidak mempunyai papan tanda dan dikendalikan warga asing namun apabila pihak DBKL datang membuat pemeriksaan, penjaga premis tempatan terbabit muncul.

Malah wartawan turut menemu bual seorang warga asing yang berada di kedai runcit, tetapi dia tidak mengaku sebagai pemilik sebaliknya hanya bekerja di situ.

"Saya sudah 10 tahun bekerja di sini dan majikan saya orang tempatan. Saya hanya diberi upah berkerja di sini," katanya.

Malah ketika pemeriksaan dijalankan ada penjaga premis yang cuba menyogok PBT dengan menyatakan mahu 'belanja' dan berbincang supaya kedai itu tidak ditutup.

Namun sebaik menyedari kehadiran media, individu terbabit tidak meneruskan niatnya berbincang dan menyogok pihak PBT.

Pelan kompromi Bersatu untuk selamatkan ‘anak emas’?

FMT Reporters

Ada ahli MPT dan ketua bahagian Bersatu dilaporkan tidak senang cadangan untuk elak pertembungan jawatan tertinggi pada pemilihan Oktober ini.

PETALING JAYA: Ada ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan ketua bahagian Bersatu dilaporkan tidak senang dengan cadangan ‘pelan kompromi’ diumumkan Presiden Muhyiddin Yassin kerana dikatakan ‘hanya mahu menjaga individu tertentu’.

Seorang ahli MPT enggan dinamakan mengakui, ada ahli berbelah bahagi dengan cadangan supaya tiada pertandingan terutama untuk jawatan timbalan dan naib presiden selepas Muhyiddin disahkan terus menerajui parti itu untuk sepenggal lagi.

Menurutnya, pengumuman itu dibuat secara mengejut pada Konvensyen Bersatu Sabtu lalu dan ada yang tidak hadir hanya mengetahuinya dari media sahaja menyebabkan tiada bantahan secara terbuka selain mahu menghormati presiden.

Beliau mendakwa, Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden Radzi Jidin mendapat manfaat jika cadangan itu direalisasikan kerana tidak perlu ‘bersusah- payah’ mengisi tiga tempat naib presiden.

Dakwanya, Radzi ketika memegang jawatan menteri pendidikan dari 2020 hingga 2022 tidak banyak membantu akar umbi dan banyak keputusan selaku pengerusi jawatankuasa memilih calon PRU15 serta PRN tidak mengambil sentimen bahagian.

“Dalam pemilihan 2020 dulu kami yang duduk di bawah ini dapat ‘arahan wahyu’ untuk pilih dia, dan kali ini pun sama juga.

Ramai juga hairan mengapa Faizal pun hendak ‘diselamatkan’ sedangkan kita tahu bagaimana ‘rekodnya’, katanya kepada FMT sambil menyifatkan kedua-duanya sebagai ‘anak emas’.

Pada Konvensyen Bersatu Sabtu lalu, Muhyiddin berkata Setiausaha Agung Hamzah Zainudin dicadangkan memegang jawatan timbalan presiden, manakala Azmin Ali menggantikan kedudukan sedia ada Hamzah, menerusi ‘pelan kompromi’ bagi mengelakkan pertembungan jawatan tertinggi.

Mengikut rundingan, Faizal atau Peja akan berundur setapak untuk bertanding naib presiden bersama dua penyandang, Radzi dan Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee.

Bagaimanapun, Kiandee menjelaskan tiada usul untuk tidak mempertandingkan jawatan itu dan nama dikemukakan Muhyiddin hanya sebagai calon dicadangkan yang akhirnya ditentukan akar umbi pada pemilihan Oktober ini.

Sementara itu, seorang ketua bahagian Bersatu di Selangor berkata ada di kalangan rakan sejawatnya masih berharap keterbukaan dalam pertandingan memilih jawatan tertinggi bagi memantapkan parti menjelang PRU16.

Ramai daripada kami berharap pemimpin yang mampu membawa kebaikan kepada parti diberi peluang, sekarang dah 2024 pun ‘wahyu’ ini masih ada dan diumumkan secara terbuka…bagaimana parti hendak diperbaiki, katanya.

Di sebalik percubaan bunuh Trump

Zin Mahmud

Ketika peristiwa percubaan membunuh bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada pagi Sabtu lalu tentu timbul banyak tanda tanya, spekulasi dan teori konspirasi yang menarik tumpuan seluruh dunia. Pada hari itu, semua alat media massa menjadikannya berita utama, dan ulasan-ulasannya dibuat berulang kali kerana tiada maklumat baharu.

Media massa Amerika Syarikat adalah paling besar dan luas serta mempengaruhi seluruh dunia. Daripada rangkaian televisyen kepada akhbar mereka  kini ditambah-tambah lagi apabila ia dapat disebar melalui media sosial dengan pemahaman bahasa Inggeris semakin mendalam.

Tetapi lebih berpengaruh dan mendalam ialah industri perfileman mereka. Hollywood, sepanjang abad ke-20 telah menguasai minda dunia dan ia bertambah meluas pada abad ke-21 apabila Kesatuan Soviet tumbang. Filem Amerika juga menembusi China dan Vietnam susulan kemunculan pasaran terbuka di sana. Hanya Korea Utara masih menutup sempadan.

Setelah kira-kira satu abad budaya Hollywood, penonton sedunia sudah biasa dengan filem-filem berlatar politik Amerika. Kisah-kisah fiksyen mengenai presiden dan Rumah Putih sering ditayangkan. Begitu juga dengan kisah-kisah politik Amerika. Bukan itu saja, ia juga berkait dengan kisah ketenteraan dan perang Amerika. Sepanjang Perang Dingin, perisikan membabitkan FBI dan CIA menarik tontonan dunia. Filem-filem itu dibuat untuk rakyat Amerika tetapi ia ditonton oleh rakyat semua negara. Hollywood seolah-olah menganggap semua manusia di dunia adalah rakyat Amerika.

FBI atau Biro Siasatan Persekutuan menyiasat jenayah-jenayah dalam negara. Ada kalanya melibatkan usaha melawan gangster, pengedar dadah atau mafia. Tetapi tidak kurang juga bagi melawan pengganas dan terorisme, yang tentunya melibatkan politik berkaitan dengan musuh Amerika, kalau dahulu Soviet, kemudian Al-Qaeda dan kini kembali kepada Rusia.

CIA lagi terkenal. Agensi Siasatan Pusat adalah seperti FBI tetapi ia adalah untuk operasi di luar Amerika. Sememangnya FBI merupakan agensi kerajaan persekutuan yang boleh beroperasi ke semua negeri-negeri yang tertakluk dalam kedaulatan Amerika tetapi CIA bergerak di negara-negara asing. Maknanya CIA bergerak tanpa diketahui umum kerana ia beroperasi tidak menurut undang-undang negara yang ia berada. Ini menjadikannya lebih menarik. 

Filem Hollywood berhubung FBI, CIA serta Perkhidmatan Rahsia (Secret Services) yang menjaga keselamatan presiden dan bekas presiden  dikaitkan dengan politik Amerika sememangnya banyak. Ada antaranya berbentuk fiksyen sains. Gambaran dan imej mereka dalam filem tentulah tidak menepati realiti. Tetapi di seluruh dunia, penonton-penonton filem Hollywood sudah membentuk pemahaman mengenai dunia perisikan dan keselamatan Amerika. Daripada apa yang dipaparkan itu tentulah tersemai kepercayaan bahawa banyak perkara yang di luar kemungkinan boleh berlaku. Bukan itu saja. Di sebalik apa yang berlaku, ia boleh dispekulasi perkara-perkara lain termasuk teori konspirasi.

Teori konspirasi

Apa yang dimaksudkan dengan teori konspirasi adalah kemungkinan-kemungkinan lain daripada apa yang ada dalam laporan berita. Umpamanya kemungkinan ada konspirasi tersembunyi yang menyebabkan sesuatu itu berlaku untuk tujuan-tujuan tertentu tanpa diketahui umum.

Contohnya, apabila berlaku percubaan membunuh Trump, maka di satu segi, sebagai suatu peristiwa ia mengejutkan.Tetapi di suatu segi, ia tidak mengejutkan kerana inilah Amerika. Di negara itu seseorang bebas membeli, memiliki dan menggunakan senjata api walaupun setiap negeri mempunyai undang-undangnya sendiri. Sementara peristiwa menembak ke atas pelajar-pelajar sekolah berlaku dari masa ke masa. Walaupun peristiwa percubaan membunuh presiden hanya berlaku paling akhir pada tahun 1981, iaitu ke atas Ronald Reagan. Maka percubaan membunuh Trump tidaklah sesuatu yang mengejutkan.

FBI belum selesai siasatannya tetapi dunia tidak akan terkejut jika biro itu tidak menemui hasil yang memuaskan. Penembak itu, Michael Thomas Crooks setakat ini didapati tidak sakit mental. Apa yang tidak dikenal pasti ialah motif Crooks mahu menembak Trump. Dia adalah penyokong dan pengundi parti Republikan. Maka tidak ada sebab dia wajar menembak Trump. Walau apapun FBI dan kerajaan Amerika mengumumkan hasil siasatan, dunia tetap akan mendengar spekulasi dan teori konspirasi yang berpanjangan. 

Dalam hal ini, ada suatu keadaan yang mana dunia kini tidak mempercayai apa yang dilaporkan oleh sumber rasmi dan media massa. Ini kerana seperti apa yang dipaparkan oleh Hollywood menunjukkan bahawa apa yang berlaku di dunia mempunyai perkara-perkara di sebaliknya. Dari segi psikologi sememangnya minda manusia tertarik dengan perkara-perkara misteri atau apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir. Inilah juga apa yang menggerakkan industri hiburan termasuk Hollywood. Media popular ini bukan saja berbentuk filem tetapi disalurkan dalam bentuk novel. Ada yang asalnya novel dijadikan filem. Apa yang pasti ada novelis popular yang menulis fiksyen politik menjadi jutawan.

Tetapi bukan saja fiksyen. Spekulasi dan teori konspirasi ini juga ditulis dalam bentuk fakta. Walaupun ia menjadi bahan jurnalisme pseudo atau akademik pseudo, tetapi ia tetap dipaparkan sebagai fakta. Ini termasuklah spekulasi dan teori konspirasi. Dalam genre ini muncul buku-buku sains pseudo dan sejarah pseudo. Ia popular dan dijual laris tetapi sebenarnya tidak benar. Maka terhadap politik dan isu semasa, di situlah terletaknya spekulasi dan teori konspirasi. Kalau untuk filem, ia diterbitkan sebagai dokumentari. Ada pula dibuat seperti filem fiksyen tetapi berasaskan pada spekulasi.

Maka tidak menghairankan, dalam waktu terdekat sudah ada usaha untuk membuat filem mengenai percubaan membunuh Trump ini. Mungkin ia berbentuk filem Hollywood atau dokumentari. Penerbit filem pun memulakan kerjanya. Penulis-penulis skrin juga memulakan penulisannya. Sama ada Trump menang atau kalah pilihan raya presiden, filem ini tetap menarik. Lebih menarik ialah jika ia berbentuk spekulatif dan penuh dengan teori konspirasi.

Jika melihat peristiwa pembunuhan Presiden John F Kennedy, orang ramai seperti tidak berpuas hati dengan naratif rasmi. Beratus-ratus buku diterbitkan mengenai peristiwa yang berlaku pada tahun 1963 itu. Begitu juga dengan banyak filem, baik berbentuk cerita mahupun dokumentari. Malah ada juga yang mempersoalkan naratif rasmi seperti filem JFK.

Makin banyak modal, makin tinggi kebebasan

Amerika mempunyai sistem yang bebas dari segi media massa dan media popular seperti filem. Tetapi tentulah dalam sistem yang berasaskan modal itu memberikan ruang dan peluang besar bagi mereka yang mempunyai modal. Maknanya kebebasan itu terletak di atas modal. Siapa ada banyak modal, maka tinggilah kebebasannya. 

Maka umumnya rakyat Amerika percaya sistem mereka adalah terbaik, terutamanya golongan yang memperoleh manfaat daripada sistem ini, iaitu yang mempunyai modal. Bagi  yang tidak memiliki modal, mereka perlu menggunakan “modal” mereka sedia ada seperti kepandaian dan kemahiran untuk berkembang.

Secara semula jadi, media massa dan media hiburan akan mempertahankan sistem ini. Maka tidak menghairankan bahawa industri perfileman muncul seperti “alat propaganda” Amerika. Ia merupakan senjata dalam medan perang kebudayaan. Sebelum ini, senjata budaya telah memberikan kejayaan kepada Amerika mengalahkan Soviet Union. Melalui industri hiburan Amerika. warga Soviet teruja dengan sistem Amerika dan akhirnya menjatuhkan sistem negara mereka.

Pastinya ada kesedaran tentang kekuatan senjata kebudayaan ini. Kini senjata ini digunakan ke atas Iran, China dan Rusia.

Maka selain rancangan sebenar untuk menggunakan “alat propaganda” ini, terdapat komitmen pengkarya Hollywood sendiri untuk berkhidmat bagi berasa mereka. Mungkin ia datang dari semangat patriotik secara sedar ataupun tidak. Tetapi hasil dalam bentuk kewangan yang boleh menambah modal masing-masing sudah cukup untuk menggerakkannya.

Kempen pilihan raya presiden yang berlangsung sekarang boleh menunjukkan bahawa sistem demokrasi di Amerika sedang berjalan. Tetapi apa yang mereka tidak boleh sembunyikan ialah peristiwa percubaan membunuh Trump menjejaskan Amerika sebagai negara bertamadun.

Peristiwa itu juga pula menaikkan imej Trump kerana ia menunjukkan kekuatan dan semangat untuk kembali menjadi presiden. Namun tidak ada sesiapa boleh menyembunyikan hakikat bahasa kedua-dua Trump dan Joe Biden adalah calon-calon yang tidak bermutu. Pada dunia, Amerika sebagai sebuah negara bebas dan maju tetapi gagal menyediakan calon presiden yang segar dan meyakinkan.