Terengganu: Liwat lelaki OKU, buruh dipenjara 6 tahun, 1 sebatan

Buletin TV3 
Mohd Jaya dipenjara enam tahun dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana meliwat lelaki OKU lembam. – Foto NSTP
KUALA TERENGGANU: Seorang buruh dipenjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana meliwat lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori lembam.

Hakim Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Jaya Mohd Ghani, 40, mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa berusia 46 tahun tanpa kerelaannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dalam bilik air sebuah rumah di Marang, jam 12 tengah hari pada 7 Jun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 15 Jun lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan