Apa yang disemai itu yang dituai: ‘YB nak pisang?’, MP Pas ini terus jadi tumpuan kecaman rakyat Malaysia

Harapandaily

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari dilihat terus menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila setiap hantaran di Facebook dihujani kecaman dan sindiran.

Menerusi akaun Facebook Fadhli Shaari yang memiliki 149,000 pengikut setakat ini, perkongsian wakil rakyat Pas berkenaan mengenai Sidang Dewan Rakyat juga tidak terkecuali daripada ‘serangan’ warganet.

Rata-rata tidak dapat menerima tindakannya memuatnaik karikatur biadab yang menyindir rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang diusahakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih menambah berang orang ramai apabila Fadhli berkeras untuk tidak memohon maaf walaupun dia sendiri telah menurunkan karikatur berserta kapsyen melampau itu akibat badai cemuhan netizen.

Antaranya, pengguna Facebook Mohd Amir Fitri yang secara sinis meninggalkan komentar, “YB, nak pisang?” manakala Morshidul Ahyad Mohd Sabri menulis, “Tak ada siaran langsung permohonan maaf ke?”

Sementara itu, ada yang berpendapat Fadhli tidak layak untuk terus menjadi wakil rakyat lantaran mengaibkan masyarakat Muslim.

“Rasanya, Fadhli Shaari tak patut dipanggil YB. Cara cakap tak macam seorang YB… memalukan saya sebagai orang Islam,” Haslinda Hassan.

“Fadhli Shaari letak sajalah jawatan, memalukan negara, shame on you,” kecam Nur Adibah.

“Dah sampai media Thailand dan Cambodia dah kartun tu. Memalukan negara sungguh, minta Agong lucut kerakyatan dia ni, hantar ke Pulau Seychelles,” kutuk Aiman Shah pula merujuk kepada lokasi pembuangan pembesar dan kerabat diraja di Tanah Melayu yang menentang penjajah British.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan