Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Kluang: Seorang lelaki dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah rumah sewa, di sini, dalam operasi cegah maksiat, semalam.
Serbuan kira-kira jam 11.45 malam dilakukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) hasil aduan awam.
Dalam kenyataan, JAINJ memaklumkan anggota penguat kuasa memeriksa rumah terbabit yang didiami wanita berusia 28 tahun bersama pasangan lelaki berusia 30 tahun.
"Daripada maklumat mengenai wanita itu, dia sudah bersuami sejak 2017, namun belum memiliki cahaya mata dan mereka tidak tinggal bersama walaupun belum bercerai.
"Siasatan awal mendapati wanita itu mengenali kekasihnya ketika mereka bekerja di sebuah kedai makan di Kluang," katanya.
Katanya, perkenalan pasangan kekasih itu bermula apabila lelaki terbabit meminati sambal nasi lemak dimasak wanita berkenaan sehinggalah mereka jatuh cinta.
"Mereka kemudian sepakat menyewa rumah sejak dua bulan lalu dan tinggal seperti suami isteri," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan