Siapa Zulkifli Ismail, MP Pas ini dua kali dah baca Qunut Nazilah

Harapandaily

Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail yang memimpin bacaan Qunut Nazilah ketika mengakhiri himpunan pembangkang dikepalai Pas di ibu negara, pada 26 Julai lalu terus menjadi bualan banyak pihak.

Tindakannya membaca doa bagi pihak yang memusuhi agama seolah-olah menggambarkan seakan-akan kerajaan MADANI bersifat anti-Islam.

Ironinya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berdiri di sebelah ‘ulama’ Pas pernah mengkafirkan Pas ketika menjadi Perdana Menteri buat kali pertama selama 22 tahun bermula 1981 lalu.

Namun, retorik kebencian agama itulah diulangi Zulkifli selepas kali pertama berbuat demikian susulan penggantungan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal, di Dewan Rakyat pada 2024.

Siapa Zulkifli Ismail, 56, yang digelar ‘Tuan Guru’ oleh penyokong Pas ini?

1) Berasal dari Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka dan bersama Pas sejak tahun 2006.

2) Jadi Ahli Parlimen Jasin sejak PRU15 (19 November 2022), mengalahkan calon BN dengan majoriti tipis hanya 322 undi.

3) Latar pendidikan pondok di Maahad Al‑Muhammadi, Kelantan dan Pondok Bukit Besar, Kedah.

4) Bertalaqi di Mesir selama lebih 10 tahun di institusi pondok atau kitab-kitab klasik (pengajian berasaskan sanad dan hafalan).

5) ‘MP Pondok’ ini tidak mempunyai latar akademik moden dan dilihat tidak berpengalaman dalam urusan pentadbiran negara.

6) Tiada rekod formal peringkat diploma atau ijazah universiti ditemukan dalam profil rasmi Kenali MP.

7) Pengasas Pondok Baitul Qurro ‘Wal Fuqoha’ sejak 2000 ini pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka pada 2020.

8) Menduduki pelbagai jawatan dalam Pas seperti Pesuruhjaya Pas Melaka, Ketua Dewan Ulama Pas Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan