Mercun sepatutnya diharamkan je, tiada manfaat

Letupan mercun: Polis cari penganjur
Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my
MANGSA cedera dihantar ke hospital mendapatkan rawatan. FOTO tukar
MANGSA cedera dihantar ke hospital mendapatkan rawatan. 
Kulim: Polis sedang menyiasat kejadian letupan mercun sehingga menyebabkan 22 orang awam cedera ketika sambutan Deepavali di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, setakat ini pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat selain mengesan sekiranya ada penganjur yang terbabit dalam kejadian itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958.

"Bagaimanapun setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan kesemua mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Kulim.

"Setakat ini siasatan masih dijalankan berhubung kejadian ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 22 orang cedera dalam kejadian di Paya Besar, tengah malam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan