Pensyarah UiTM ditemui lemas di kolam

Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
CATATAN UiTM Cawangan Pahang di Facebook. FOTO Facebook UiTM Cawangan Pahang
CATATAN UiTM Cawangan Pahang di Facebook. FOTO Facebook UiTM Cawangan Pahang
Kemaman: Seorang pensyarah ditemui lemas ketika mandi bersama keluarganya di hotel dekat sini, 5.30 petang semalam.

Nurhazwani Abd Halim, 34, pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya.

Mangsa merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja'afar mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa bersama ahli keluarganya menginap di hotel berkenaan kira-kira jam 4 petang.

"Mangsa bersama suaminya telah mandi di sebuah kolam di hotel berkenaan kira-kira jam 4.30 petang.

"Bagaimanapun, selepas hampir sejam mandi, mangsa tiba-tiba disedari lemas oleh suaminya," katanya.

Wan Muhamad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Kijal, Datuk Razali Idris turut hadir menziarahi keluarga mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan