[VIDEO] Ultras Selangor ‘mengamuk’, Red Giants terkandas
Syakirah Zulkifly

Tangkap layar video tular
KELANA JAYA: Keadaan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kecoh selepas tamat perlawanan keempat kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di antara Selangor FC menentang Persib Bandung, sebentar tadi.
Kekecohan dilaporkan berlaku apabila sebahagian penyokong tuan rumah dilihat masuk ke arah kawasan padang susulan tidak berpuas hati dengan kekalahan 2-3 kepada kelab dari Indonesia itu.
Bagaimanapun, situasi berkenaan berjaya dikawal apabila pihak keselamatan menghalang mereka daripada menghampiri pemain.
Kekalahan itu menyaksikan skuad The Red Giants mengalami kekalahan keempat berurut-turut itu dan sah tersingkir di peringkat kumpulan saingan ACL2 musim ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan