ADA yang bertanyakan, sejak sebulan lebih ini isu-isu perlembagaan begitu panas diperdebat, namun Prof. Dr Abdul Aziz Bari kecuali dalam beberapa akhbar web dan blog, semacam tidak begitu bersuara. Saya uar-uarkan kepada beliau. Katanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.
"Sebenarnya saya banyak dihubungi oleh media. Boleh dikatakan saban hari dan tidak semua dapat saya layan kerana saya sibuk dengan tugasan dan rutin saya seperti mengajar, menulis, menyelia pelajar siswazah dan juga menyertai forum dan seminar.
Tetapi seperti yang saudara faham, boleh dikatakan semua yang saya katakan tidak disiarkan kerana apa saya cakap lain dari kehendak mereka - saya tidak mahu bercakap mengikut skrip yang bos mereka mahu," dedah Aziz. Meskipun begitu beliau tetap mengekalkan hubungan baik dengan petugas media yang beliau faham terpaksa akur dengan kehendak majikan mereka.
"Dan saya terima soal nak siar atau tidak, itu hak mereka kerana selain dasar organisasi mereka bukan semua benda yang saya kata ada nilai berita."
Aziz menjelaskan beliau tidak mahu mengikut skrip yang diberi bukan kerana beliau degil dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain. Tetapi mahu bercakap di atas autoriti tertentu. Beliau tidak mahu melacurkan diri hanya kerana hendak muncul dalam media arus perdana.
"Lagipun apa untungnya saya muncul di situ sedangkan di luar sana saya dikutuk dan diperlekehkan oleh kerana tidak bercakap benar?" soalnya.
Profesor undang-undang dari UIAM yang dilihat sebagai pakar perlembagaan itu mengakui sebenarnya ahli-ahli akademik sendiri yang tidak mempunyai harga diri. Mereka tidak harus menyalahkan sistem sebelum mereka membuat percubaan. Setengahnya begitu ghairah hendak popular sehingga melupakan pentingnya setiap pendapat dan pandangan itu didasarkan kepada pendekatan dan metodologi ilmu dan kepakaran masing-masing. Dalam keghairahan hendak menonjolkan diri itulah ada yang sanggup menggadaikan integriti akademik mereka sendiri. Ini hujah beliau.
Aziz berkata tanpa kefahaman dan komitmen itu sukar untuk kita dapat menghidup dan memeriahkan ideal kebebasan akademik di negara ini. Bagaimanapun beliau tidak setuju yang tekanan dan sekatan menjadi punca utama. Ini kerana, belum ada ahli akademik yang dibuang kerja hanya kerana memberi pandangan yang berbeza atau kelihatan anti-establishment.
"Tetapi kalau dia memang tidak dikenali sebagai autoriti dalam bidangnya sudah tentulah mudah untuk diambil tindakan. Untuk menjadi autoriti dan tempat rujukan tidak mudah. Kita perlu bekerja keras dan berkorban kerana penyelidikan dan penulisan memakan masa dan belanja yang bukan kecil," tegas beliau yang acapkali saya jolok mindanya khusus merungkai "Krisis Perlembagaan" yang melanda Perak sekarang.
Kebanyakan pensyarah universiti tidak bersedia untuk mengambil jalan itu dan dengan itu menjadi mangsa yang rela kepada sistem yang sememangnya represif dan tidak toleran.
"Dengan prestasi yang tidak seberapa anda tidak boleh berbuat apa-apa. Tetapi kalau anda seorang yang autoritinya sudah tentu ada dapat menentukan corak dan tema permainan. Dengan kata lain pokok pangkalnya bergantung kepada diri sendiri," katanya.
Aziz berkata akademik kita juga tidak fokus dan tidak menyedari peranan dan kedudukan mereka sendiri di dalam masyarakat.
"Umpamanya kalau ada ahli akademik yang terlalu bercita-cita untuk menjawat jawatan pentadbiran seperti dekan atau naib canselor dan ingin mendapat gelaran seperti datuk dan seumpamanya sudah tentulah dia tidak sanggup untuk bercakap dengan bebas mengikut kepakarannya. Dengan kata lain hal-hal ini tidak selari dengan kecemerlangan akademik," tegas Aziz lagi.
Beliau faham kenapa ada pihak yang melihatnya pro-pembangkang. Itu menunjukkan orang itu tidak faham peranan dan nilai pembangkang dalam demokrasi moden. Dalam konteks perlembagaan ia memang sesuatu yang memihak kepada suara rakyat, hak asasi dan sekatan kuasa.
Aziz berkata ideal perlembagaan termasuklah menyekat kuasa yang luas dan mutlak, kedaulatan rakyat dan seumpamanya. Malangnya di Malaysia ini semua tidak menarik perhatian golongan yang terdidik, termasuk di universiti, yang lebih bernafsu untuk berkuasa dan memperagakan diri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan