PELBAGAI cerita yang boleh dikutip sepanjang tempoh berkempen terpanjang yang pernah berlaku dalam Umno, kerana tarikh Perhimpunan Agung ditangguhkan dari Disember kepada Mac, tulis Idris Samad kepada saya.
Cerita-cerita murahan, politik wang dan "salam berisi" sebenarnya sudah tidak menarik untuk diperkatakan kerana ia lebih kepada cerita yang terlalu hina. Apa yang menarik, siapakah antara lapan calon Naib Presiden yang mendapat tempat dihati perwakilan kerana mereka perlu memilih tiga.
Setakat ini, ada empat nama yang sering menjadi sebutan. Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dan Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin adalah pilihan paling atas.
Manakala, empat nama lagi, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik adalah saingan kepada empat di atas.
Jika empat nama di atas dijadikan sandaran, bererti perwakilan Umno mahu membuang semua ‘orang lama’ dalam Umno untuk dibarisi ‘orang baru’ tetapi jika mereka memilih satu yang baru dengan memenangkan dua orang lama, ia bererti perwakilan mahukan orang lama berada di barisan ketiga kepimpinan.
Dari perkiraan atas kertas, tidak mustahil Mohd Isa dan Syed Hamid dari golongan orang lama boleh menang kali ini. Jika mereka menang, perwakilan Umno dilihat rasional untuk mengekalkan tradisi Umno, memerlukan gandingan baru dan lama.
Dua lagi nama di kalangan orang lama, Dr. Rais Yatim dan Rahim Tamby Chik (dua R) agak sukar mendapat tempat kerana kedua-duanya dilihat sudah tidak ‘mesra perwakilan’ kebelakangan ini.
Di kalangan ‘orang baru’, Dr. Zahid Hamidi berada di tempat paling atas dari segi populariti yang menyebabkan Hishammuddin cukup terkilan dengan suasana ini. Bagi Hishammuddin, dialah yang sepatutnya duduk tangga paling atas kerana dia adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno sekarang yang tentunya ‘bertaraf’ Naib Presiden yang tidak sepatutnya di kebelakangkan dari segi populariti.
Kalau perwakilan Umno tahu menilai, mereka tentunya tidak memasukkan Dr. Zahid dalam senarai Naib Presiden sejak awal lagi kerana Dr. Zahidlah calon Naib Presiden yang paling junior jika diukur dari segi kedudukan dalam kerajaan.
Selain baru sembilan bulan menjawat jawatan Menteri, mana mungkin Dr. Zahid boleh disamakan dengan nama-nama seperti Mohd Isa, Rahim Tamby Chik, Dr. Rais Yatim, Syed Hamid Albar, Hishammuddin, Mohd Khaled dan Mohd Shafie.
Barangkali perwakilan Umno berada dalam dilema. Mahu memilih pemimpin atau memilih kawan. Khabarnya dalam bab hubungan dengan perwakilan, Dr. Zahid diakui terlalu mesra perwakilan tetapi tidak pula diketahui ada kaitan dengan salam berisi atau salam kosong.
Memetik kata-kata Rahim Tamby Chik dalam satu wawancara dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu baru-baru ini, "Mereka lebih bimbang dengan kedudukan Umno ini yang diibaratkan sebagai sebuah kapal yang hampir tenggelam. Sekarang persoalan yang timbul pada perwakilan ialah sama ada kita hendak menenggelamkan kapal ini atau mengapungkannya semula."
Apakah benar apa yang diperkatakan Rahim ini? Sampaikah pemikiran perwakilan Umno yang berjumlah 2,500 orang kepada perkara yang hendak diperjuangkan Rahim itu? Atau mereka akan bertanya 'salam kosong atau salam berisi' selain perkataan 'berapa tiang kerana setiap seratus ringgit disebut sebagai satu tiang manakala seribu ringgit disebut sebagai tiang seri'.
Hishammuddin sedang bergelut dengan isu PPSMI. Selepas meminta ampun dan maaf sejurus mengucup keris berkarat dalam Perhimpunan Agung Umno, Hishammuddin sudah dilihat sebagai beban kepada Umno sekarang ini. Namun, disebabkan cerita salam berisi dan salam kosong juga berlaku, Hishammuddin mendahului calon lain dari segi pencalonan.
Malangnya, sejarah Umno, pencalonan bukan bererti undi dan itulah sebabnya Hishammuddin sering menekankan 'terjemahkanlah kehendak akar umbi' kepada undi kerana dia sudah merasakan peluangnya sukar kali ini.
Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Hishammuddin yang dikenali sebagai seorang pemimpin yang susah mengingat nama kawan-kawan tidak boleh berbangga dengan pencapaiannya. Program Pemuda masuk kampong tidak ada kesudahan sebaliknya ada pihak yang menukarkannya kepada program pemuda masuk pusat karaoke.
Bagi Mohd Shafie, namanya disenaraikan kerana melihat kepada sokongan Sabah kepada BN menyebabkan BN terus berkuasa di peringkat Persekutuan. Datuk Seri Najib Razak dikatakan 'berkempen' secara terang-terangan mahukan Mohd Shafie dimenangkan.
Ini mungkin strategi bagi menjamin rakyat Sabah terus bersama Umno dan BN kerana tanpa sokongan Sabah atau Sarawak, BN di Semenanjung sudah lama menjadi pembangkang!
Dari segi pencalonan, Mohd Shafie sendiri tidak mendapat pencalonan seratus peratus dari Sabah sendiri. Ini mungkin kerana masalah hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Untuk menang, Mohd Shafie yang mempunyai isteri orang Semenanjung mengharapkan sokongan dari perwakilan Semenanjung juga.
Krisis yang berlaku dalam Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Semporna di mana Mohd Shafie adalah ketua bahagiannya, sedikit sebanyak mencalarkan citra Mohd Shafie sebagai pemimpin.
Mohamad Khaled pula dilihat mewakili grup Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau dikatakan sebaris dengan calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Khabarnya, sudah ada persefahaman, jika Mohd Ali dan Khaled menang pemilihan kali ini, Mohd Ali akan kekal sebagai Ketua Menteri Melaka manakala Khaled akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri!
Ada juga cerita mengatakan Dr. Zahid juga berada dalam grup Abdullah. Namun, disebabkan Dr. Zahid adalah bekas Setiausaha Politik kepada Najib, sedaya upaya Dr. Zahid mahu dikenali sebagai sebahagian dari grup Najib dan sedaya upaya mahu mengikis palitan imej Abdullah pada dirinya.
Ketika Hishammuddin mahu dilihat dia adalah sepupu sebelah emak dengan Najib, Mohd Isa dan Dr. Rais yang datangnya dari Negeri Sembilan tentulah bersendirian untuk menang kali ini. Dr. Rais belum pernah menang dalam persaingan merebut kerusi Naib Presiden, manakala Mohd Isa sudah pernah menang dalam pemilihan 2004.
Ketika Syed Hamid berbekalkan senioriti dalam Umno dan kerajaan, tidak ada apa-apa kelebihan yang boleh dibuktikan selain kemampuannya di Kementerian Dalam Negeri yang disandangnya sekarang, menghadapi pelbagai isu dan pertikaian orang terhadap kredibiliti pasukan polis dan imigresen serta pendatang asing.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan