Hukum sula


Saya ternganga bagai gua batu cave bila terbaca dalam Harian Metro kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 (DUA) tahun dilarikan dalam satu cubaan merogol dan meliwat terhadap kanak-kanak itu. Kenapa sampai nganga, dahsyat tu, apa tak dahsyat, tak boleh nak logik, tak boleh nak bayangkan, macam mana seorang manusia yang ada akal, rasanya Melayu dan Islam berselera dengan budak umur 2 tahun, masih bayi...bercakap pun tak boleh, melawa pun tak boleh, tunjuk aksi seksi pun tak boleh bahkan masih dipakaikan lampin, nak cebok sendiri pun tak pandai. 
Diberitakan ekoran dari kejadian tak masuk akal ini pihak polis sedang memburu lelaki ini yang dipercayai cuba menculik dan meliwat. Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, mangsa didapati hilang kira-kira jam 5.20 pagi pada 11 April lalu selepas tidur bersama ibunya dan tiga kakaknya berusia antara enam hingga 10 tahun di ruang tamu rumah mereka.
 “Ketika kejadian ayah mangsa tiada di rumah. Ibu mangsa berusia 37 tahun yang nyenyak tidur tiba-tiba terjaga mendengar tangisan anaknya, bagaimanapun terkejut mendapati dia hilang.“Ibu mangsa bergegas ke dapur dan mendapati pintu terbuka, sementara tingkap dapur pecah diceroboh seseorang untuk memasuki rumahnya,” katanya. Menurutnya, selepas pemeriksaan wanita itu mendapati seluar panjang dan lampin pakai buang mangsa dibuang suspek di lantai dapur rumahnya. “Ibu mangsa mengejutkan jiran berdekatan sebelum bersama mencari mangsa tetapi usaha mereka gagal.

“Wanita yang cemas itu membuat laporan mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Permaisuri, dekat sini, pada jam 6.20 pagi hari sama,” katanya ketika dihubungi, semalam. Sheikh Othman berkata, ketika memberi keterangan di balai polis berkenaan, seorang penduduk kampung datang memberitahu ibu mangsa menemui anaknya di tepi sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 7.20 pagi.Beliau berkata, budak itu ditemui memakai tuala kecil dan berjalan bersendirian di tebing sungai berkenaan. 
“Mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut selama dua hari di hospital berkenaan mendapati doktor mengesahkan terdapat kesan merah pada kemaluan mangsa sementara duburnya mengalami luka kecil,” katanya. Jadi saya rasa manusia keparat ni sesuai benar dengan hukum sula...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan