Penanti : Umno sebagai anjing kurap yang menanti

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dicadang mengenakan hukuman terhadap wakil rakyat yang meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh

“Perbuatan meletak jawatan di kalangan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang dengan sewenang-wenangnya, kini seolah-olah menjadi 'trend' bagi memastikan parti mereka sentiasa mendapat perhatian,” katanya. Perbuatan itu, katanya, merugikan rakyat dan negara kerana pilihan raya kecil memerlukan perbelanjaan besar setiap kali diadakan, selain mewujudkan suasana tidak selesa dalam kalangan penyokong parti yang bertanding. Baca lagi 
di sini 

Perbelanjaan besar dijadikan alasan seolah-olah Umno/BN selama ini begitu berjimat dan tidak pernah boros dalam menggunakan wang rakyat.Merekalah yang menjadikan ‘by election’ kepada ‘buy election’. Mereka terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk menjana sesuatu pilihanraya berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Di PRK Bukit Selamabau , selain membeli undi, antara strategi mereka ialah dengan meletakan 15 calon bebas untuk bertanding disitu dan ianya merupakan satu rekod yang boleh dimasukan kedalam buku ‘Guinness record of Malaysia’

Kenapa pula dikatakan merugikan rakyat? Bukankah Umno/BN akan segera berkejar dengan projek ‘mee segeranya’ apabila berlaku seseuatu PRK di kawasan tersebut? Setidak-tidaknya jalanraya akan diturap baru.Ini tentunya akan menguntungkan rakyat di kawasan tersebut.Para peniaga makanan tempatan pun mendapat rezeki yang mencurah-curah akibat kebanjiran orang luar ke tempat mereka.Banyak lagi perkara yang menguntungkan rakyat tempatan.

Rakyat tentu akan lebih rugi kalau terus menerus mempunyai wakil rakyat yang korup dan tidak perform.Apatah lagi jika wakil rakyat yang dipertanggung jawabkan itu hanya mementingkan diri sendiri hingga sanggup ‘lompat’ parti dan mengeciwakan harapan rakyat yang mengundi mereka.

Wakil rakyat ‘ katak’ tidak berani mengembalikan mandat kepada rakyat supaya mereka diadili oleh kehendak rakyat.

Di Permatang Pauh, (Presiden Parti Keadilan Rakyat), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan begitu berani telah menyerahkan semula mandat kepada rakyat dimana rakyat telah bersetuju menerima suaminya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai menggantikan tempatnya di situ.

Begitu pula di Penanti , Mohammad Fairus Khairuddin terpaksa meletakan jawatannya setelah di tuduh melakukan rasuah.

Umno cuba sedaya upaya mengeksploitasikan keadaan Mohamad Fairuz sebagaimana yang pernah mereka lakukan di Perak terhadap dua ‘katak’ dengan tawaran yang tidak akan habis dimakan oleh 7 keturunan.

Umno sanggup berbelanja sebesar mana pun asalkan perancangan jahatnya berjaya dilaksanakan.Wang ringgit tidak jadi masalah kepadanya kerana dia boleh cekau ikut sukanya tanpa kira halal atau haram.

Umno /BN terpaksa berbelanja besar di setiap PRK ; kalau tidak tentu sukar untuk mendapatkan petugas.Cumanya dalam PRK 2 bukit yang baru lalu, perbelanjaan besar itu tidak berbaloi kerana mereka terpaksa menerima kekalahan.

Mereka baru sahaja mengalami keperitan tersebut menyebabkan mereka teragak-agak mahu bertanding di Penanti dengan alasan-alasan bodoh konon merugikan wang rakyat! Sejak bila pula Umno mula berhenti daripada keborosan menyalahgunakan wang rakyat?

Kini mereka cuba memasuki pertandingan di Penanti sebagai ‘underdog’. Sesungguhnya mereka amat layak sekali sebagai anjing bawahan atau senangnya di sebut sebagai anjing kurap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan