Mahathir Berhentilah Jahadi jahat!

MENURUT Dr Mahathir Mohamad media asing sudah pun mula memburukkan Najib Razak. Katanya dari Perancis sampai ke Britain dan Australia rencana yang disiarkan media negara itu membawa mesej yang sama (memburuk Najib) dan dipercayai sumber maklumat itu dari rakyat tempatan (Malaysia).

Siapakah rakyat tempat yang Mahathir maksudkan itu? Ada dua rakyat tempatan yang mungkin bermukim dalam dalam kepala Mahathir yang menjadi alat kepada media luar untuk memberi maklumat bagi memburukkan Najib. Kedua nama ini bagaimana semut yang sudah lama mengigit kepala Mahathir sepanjang masa. Pertama Anwar Ibrahim dan kedua Khairy Jamaluddin. Mustahil Abdullah badawi kerana hubungan Abdullah dengan media luar tidak sehabat Mahathir!

Mahathir tidak sebut secara nyata dua nama itu. Tetapi bila beliau menyebut sumbernya orang tempatan orang ramai yang kenal kebelutan Mahathir dalam politik dapat mengagaknya. Mustahil ia datang dari Abdul Hadi Awang atau Lim Kit Siang. Atau jauh sekali dari Samy Vellu ataupun Ong Tee Kiat? Mesti orang itu adalah Anwar dan Khairy.

Itu nama yang berladum dalam kepala Mahathir. Orang lain tidak ada kebijaksanaan untuk mempengaruhi media asing kecuali mereka berdua ini saja. Kebetulan pula kedua nama ini sudah lama berada dalam buku nota wartawan dunia kerana kehebatan dan juga ketrampilan mereka.

Bijak Mahathir. Beliau cepat-cepat cover dirinya atas apa yang berlaku ke atas Najib itu. Beliau cepat-cepat melemparkan pandangan untuk mengelakkan peranan media asing memburuk Najib itu disebabkan beliau. Mahathir sesekali tidak nampak pencemaran menimpa Najib kini disebabkan dirinya sendiri.

Media asing dengan mudah menyuluh apa yang Mahathir akan lakukan ke atas Najib.
Mahathirisme memang hidup semula dan menyemangatkan kabinet Najib.

Mahathir sepatutnya sedar dan insaf natijah buruk yang terkena ke ata batang hidung Najib kini disebabkan campur tangannya dalam kerajaan Najib. Mungkin Mahathir tidak terlibat memohon dan merayu kepada Najib supaya anaknya Mukrhriz dilantik menjadi timbalan menteri?

Tetapi dengan kehadiran Mukhriz menjadi timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang mengejutkan banyak orang itu menyebabkan dunia melihat ianya ada campur tangan Dr Mahathir. Apa lagi Khairy yang jelas menang tidak dimasukakn ke dalam kabinet? Semua itu adalah kongkalikong Mahathir yang memaksa Najib.

Mudah saja kalau Mahathir benar-benar sayangkan Najib. Kalau beliau mahu Najib kelihatan bersih beliau kena tarik anaknya dari kabinet Najib. Jangan ada benih Mahathirsme di dalam kabient Najib. Selagi ada setitik darah Mahathir dalam babinet Najib maka media asing tetap akan suluh kabinet Najib dipengaruhi Mahathir.

Apakah Mahathir sanggup berkorban? Dalam hal ini Najib tidak berani untuk membuka mulut mencegah apa juga kehendak dan kata-kata Mahathir. Salah Najib ialah kerana termakan banyak budi Mahathir, maka kini menyebabkan bodi akan tergadai. Kerajaan Najib akan tergadai ditangan Mahathir. Keadaan ini agak sukar juga untuk melihat Najib merdeka dalam kerajaanya sendiri. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan