Mangsa Liwat, Saiful Bukhari Azlan Dedahkan Gambar Foto Video Pertemuan Khas Bapanya Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim !!

 
Inilah gambar foto video pertemuan Anwar dengan bapa Si Saiful itu
Benarkah Ketua Umur Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mengadakan pertemuan dengan bapa kepada "Mangsa Liwat" Saiful Bukhari Azlanpada 8 Jun 2008 yang lalu?. Perkara ini didedahkan oleh Saiful dalam blognya atas tajuk "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi" yang diposting semalam. Sebagai bukti satu video telah diambil menggunakan telefon bimbit bapanya itu di rumah Anwar di Segambut, sebelum berlepas ke "Ceramah Harga Minyak Naik " di AU2, Keramat pada 8 Jun 2008. Menurut Saiful itu adalah pertemuan pertama bapa bersama Anwar. Ternyata bapanya cukup gembira. Impian bapa yang selama ini menjadi penyokong kepada Anwar sejak tahun 1998 untuk bertemu pemimpin itu telah beliau realisasikan pada hari tersebut (foto). Dikesempatan itu juga, bapanya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anwar kerana memberikan beliau peluang untuk bekerja bersama beliau. Malangnya, kegembiraan dan rasa bangga bapa terhadap anaknya itu tidak bertahan lama dan musnah akibat perbuatan terkutuk yang telah Anwar lakukan kepada anaknya sendiri. Demikianlah petikan tulisan yang dapat kami kutip dari blog Saiful. Persoalanya sekarang, apakah benar rakaman videopertemuan itu dan kenapa baru sekarang mahu didedahkan kepada umum. Inilah yang menjadi persoalan sekarang. Dalam masa yang sama, Saiful juga dikatakan telah mengatakan kejadian liwatnya dengan Anwar juga telah dirakamkan dengan menggunakan kamera video. Beliau kononnya akan menggunaka video itu sebagai bahan bukti ketika kes tersebut bermula Julai nanti. Apapun sama-sama kita nantikan perkembangan terkini kes Saiful Bukhari dan Anwar ini.

[Ramai juga yang menghubungi kami dan bertanyakan tentang perkembangan terkini kes saman Saiful Bukhari Azlan terhadap Blog Pahang Daily Online ini. Kami sendiri kurang pasti tentang perkara ini, kerana apa yang kami difahamkan krew kami di Kuantan ketika itu telah disiasat selama lebih 8 jam oleh pihak polis dari Unit Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. Beberapa buah Hardisk PC sebuah Cyber Cafe juga telah dirampas sebagai bahan bukti. Namun hingga ke saat ini tiada maklumat yang diterima, malah laporan polis yang dibuat olehblogger Cucumatkilau terhadap Saiful juga tidak diketahui infonya. Apapun kami agak terkilan kerana krew kami di Kuantan tidak sempat untuk berjumpa, berbincang dan beramah mesra dengan Anwar berhubung kes ini semasa beliau hadir ke Kuantan baru-baru ini].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan