Drama BN-Pakatan di Perak bermula |
Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan - yang menentukan hidup mati pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir - bermula seawal menjelang subuh hari ini apabila sekumpulan 200 penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh. Berikut perkembangan terkini di Perak: Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk. Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut - yang menempatkan DUN Perak. Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong. Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak. Dipetik dari malaysiakini. Kawalan ketat Polis dan FRU dilihat dimana-mana. Baju Hitam kurang kelihatan pagi ini. Tinjauan dari tepi longkang Bangunan Bank Islam Ipoh, di jalan panglima bukit gantang wahab, 500 m dari Bangunan SUK, ribuan orang telah memenuhi kawasan yg dibenarkan oleh Polis. Wah...abg polis sudah tak mau senyum ! Hari sudah panas maa...! Zam, jurufoto Harakah tadi memberitahu, perkataan paling mulia dia keluarkan pagi tadi ialah ' x#2@&...&' kerana dia tak dizinkan masuk membuat liputan biarpun pass media ditunjukkan. Semua pass media dari PR tak laku hari ini, boleh campak ke longkang ! Satu group cina dari Ayer Tawar, Perak apabila ditanya oleh kami, menyatakan.." Kita mali mau kawan maa..bukan mau lawan...", apabila ditanya tak takut ker kena tangkap.." kalau mau tangkap..tangkap semua lakyat la, itu penjala boleh muat kaa ? "..haiya... 10 minit tadi kelihatan Salahuddin Ayub berlegar dikawasan ini seperti kehilangan sesuatu, agaknya apa yg dia cari ? Suasana nampak seperti kelam kabut dipintu belakang Bangunan SUK, puluhan trak FRU mengelilingi kawasan Bangunan tersebut. Bandar Ipoh Raya, (Medan Istana) dihadapan SUK ditutup. Bisnes rakyat totally DOWN pagi ini. Ramai peniaga tak puashati. Rakyat yg belum minum kopi juga sama tak puas hati. Orang ramai (rakyat) kian ramai, baju hitam kurang kelihatan. Nak ambik gambar dari dekat, abag topi merah mintak IC, adehh...tak payah la kalau nak kena tunjuk IC semata2 nak ambik gambar, wak ambik gambar lu ajerlah...! Dipetik dari Al- Banjari online |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan