Berikut ialah komen dari 'Mawi-Ekin' tentang tulisan saya bertajuk Stadium Runtuh : Perhatian Untuk Sultan Mizan.
Re: Stadium Runtuh : Perhatian Untuk Sultan Mizan (Score: 1)
by Mawi-Ekin on Thursday, June 04 @ 19:23:27 PDT
(User Info | Send a Message) Bukan Stadium yang runtuh, cuma bumbungnya aje yang jatuh!!Struktur utama masih kuat dan kukuh!!Tunggu dulu lapuran sisatan pihak berkuasa. Mungkin juga ada sabotaj yang parti pembangkang atau pengganas lancarkan. Muratmatsu yang di UK ini, tak payahlah pandai-pandai buat teori banggang dan buat fitnah. Anda tidak tahu cerita yang sebenar!! Antara Stadium Runtuh dan bumbung roboh pun anda tidak tahu membezakannya!! Baiklah balik malaysia belajar kat pondok..Buang duit kerajaan aje hantar kau mengaji di UK!!!
Rugilah kerajaan Barisan Nasional (BN sebenarnya bukan kerajaan, kerajaan ialah Kerajaan Malaysia) kerana tidak hantar 'Mawi-Ekin' belajar di luar negara. Tetapi kerajaan lebih rugi kerana membelanjakan duit beratus juta buat stadium, tetapi belum pun sampai setahun dirasmi, bumbungnya runtuh.
Kerajaan tidak rugikah jika 'Mawi-Ekin' dihantar mengaji di luar negara?
Namun, kerajaan Malaysia tidak akan hantar 'Mawi-Ekin' mengaji di luar negara, kerana dia tidak berapa pandai dan kurang cerdik. Berdasarkan komen di atas, semua orang sudah dapat tahu tahap kepandaian atau darjah kecerdikan Mawi-Ekin ini.
Kalau orang UMNO tidak malu lagi mempunyai pendokong kawan sebodoh ini, tak tahulah apa nak kata lagi.
'Mawi-Ekin' pertikai tulisan saya kerana saya tulis stadium runtuh, tapi padanya bumbung saja yang roboh, baginya OKlah bukan stadium yang runtuh, padahal kalau ditakdirkan ada orang ditempat duduk ketika itu, sudah tentu ada yang jadi mangsa kena hempap runtuhan.
Dia juga mengatakan saya buat teori, ini satu hal lagi, teopi apa pula yang saya buat, runtuhan sudah berlaku dan berita sudah dilapor bahawa bumbung itu tak ada sijil siap kerja, walaupun nama sudah diberi iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Ini bukan teori tetapi lihat kenyataan ini
'Sijil berkenaan dikeluarkan untuk trek, padang dan beberapa kemudahan lain ketika penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2008.''Bumbung stadium belum diberikan sijil berkenaan kerana ia masih dalam tempoh kecacatan (jaminan),'' katanya ketika ditemui selepas lawatan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini. di link ini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0604&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm&arc=hive .
Ini menunjukkan bumbung itu belum siap secara rasminya. Tetapi bagaimana stadium itu boleh diguna untuk program yang besar seperti Sukma dengan CF sementara saja sedangnya bumbungnya masih ditahap kecacatan. 'Mawi-Ekin' mungkin tidak akan sampai untuk fikirkan perkara ini secara kritikal.
Sebab itulah Utusan Malaysia dan Berita Harian mudah main-main dengan pendokong UMNO, kerana tahap pemikirannya rendah dan mudah untuk diperdaya...kesian.
Bumbung atau bukan bumbung, itu persoalan kecil berbanding mesej yang hendak saya sampaikan, mesej itu lebih besar maknanya. Saya bukan buat teori, tetapi memberi peluang supaya orang yang mahu berfikir lihat dan menilai secara kritikal, bukanya berfikiran selapis saja seperti Mawi-Ekin ini.
Saya pernah jawab komen Munawir-Cahayamu suatu masa dulu di sinihttp://www.marhaen.info/v2/mar_a_muramatsu140.html untuk menilai bentuk-bentuk pemikiran bodoh pendokong UMNO yang kerjanya buat komen dalam blog, seperti Mawi-Ekin ini.
Bentuk pemikiran Munawir-Cahayamu dan 'Mawi-Ekin' ini tidak jauh beza, cetek dan tumpul yang sanggup membodohkan diri sendiri untuk membodohkan orang lain.
Muramatsu
UK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan