BN Perlu Hormati Hak Hasil Bumi Gas Dan Minyak

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Keputusan Majlis Raja-raja Melayu yang mahu kerajaan menangguhkan pembentangan pindaan Rang Undang-undang kekeluargaan Islam Wilayah Persekutuan disambut baik oleh Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar.

Beliau melihat ia satu keputusan tegas dan berani yang sekaligus menolak kegopohan kerajaan Umno/BN yang mahu membentangkan pindaan itu dalam masa yang singkat.

Jelas keputusan Majlis Raja-raja Melayu itu adalah satu keputusan tepat oleh kerana persoalan agama Islam ini adalah hak Sultan dan negeri-negeri yang termaktub dalam perlembagaan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Lobi Parlimen pada semalam.

"Hal agama Islam adalah dibawah negeri tidak dapat dinafi keputusan Majlis Raja-raja Melayu ini selaras dengan perlembagan, ini ingatkan kita bahawa negara kita negara perskeutuan yang mana hak-hak kerajaan negeri dan negeri seperti agama tanah dan sebagainya mesti dihortmati," katanya.

Begitu juga hak negeri berkaitan hasil bumi seperti gas dan minyak perlu dihormati kerajaan pusat, katanya.

"Sebab itu ini adalah satu peringatan penting kepada kerajaan persekutuan agar menghormati hak negeri bukan sahaja soal Islam tetapi juga hasil bumi seperti minyak dan gas," katanya.

Kamarudin mendesak kerajaan pusat supaya menghormati hak negeri dan dalam kes selain kes diputuskan Majlis Raja-raja Melayu iaitu kes hak royalti minyak gas yang seharusnya telah lama diberi kepada Kelantan.

Dalam kes royalti minyak kerajaan Kelantan, isu ini juga perlu dipandang serius oleh Majlis Raja-Raja Melayu, kata Kamarudin lagi.

Sementara itu, ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin pula menyifatkan isu royalti minyak di Kelantan bukan isu baru kerana ia pernah didedahkan sedikit masa dahulu.

Hasil minyak dan gas di Kelantan jika di daratkan di Kelantan ia bukan sahaja boleh memberikan rezeki kepada rakyatnya tetapi turut dirasai negeri sekitar dan seluruh negara.

"Namun oleh kerana Kelantan diterajui oleh Pakatan Rakyat dan regim BN hampir hilang harapan untuk mengambil alihnya semula maka regim ini yang menggali minyak dan gas di lautan Kelantan mengambil keputusan untuk mendaratkan hasil industri petroleum tersebut di Thailand," katanya.

Tindakan tersebut menggambarkan kebusukan hati pemimpin Regim BN yang sanggup beri untung kepada 'orang asing' dari melihat anak bumi sendiri makmur hasil dari anugerah Allah, ujar Badrul Hisham.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan