Pakatan Rakyat Terbaik Buat Subramaniam

PROSES pemilihan pucuk pimpinan MIC semalam menunjukkan Samy Vellu masih berkuasa dalam parti bangsa India itu. Bukan berpengaruh tetapi berkuasa! Kesemua calon yang disokongnya menang. Bermula dari jawatan kuasa kerja pusat CWC sampailah kepada naib presiden dan timbalan presiden. Usaha S Subramaniam untuk menggugat Samy menerusi jawatan timbalan presiden sekali lagi gagal.

Bekas anggota kabinet itu kalah kali kedua dalam percubaan untuk memimpin MIC dan sekaligus memghapuskan badi Samy Vellu dalam MIC. Para perwakilan masih meluut kepada Samy Vellu. Apakah ianya kerana politik wang, ugutan yang sering berlaku ataupun memang begitu kehendak ahl-ahli MIC?

Apa yang dapat disuluh dengan keputusan itu menunjukkan tidak banyak perubahan dalam MIC. Kedudukan Samy Vellu terus kekal dan kukuh seperti mana kedudukan Dr Mahathir Mohamad dalam Umno suatu masa dulu. Mungkin juga Samy Vellu belajar dan menuntut dari Mahathir bagimana hendak mengekalkan kedudukan walaupun dalam keadaan dunia sudah mencemuhinya. Samy tentu boleh bergembira dengan apa yang berlaku.

Tetapi untuk masa depan parti itu ia masih kabur. Pelan dan formula yang dirancangkan Samy Vellu untu merubah kedudukan masyarakat India tidak akan mengubah status quo MIC pada masa kini. Walaupun Samy kuat disokong dalam MIC namun ia tidak membawa apa-apa makna. MIC sudah menjadi semacam persatuan agama di mana Samy sebagai tok gurunya yang perlu dihormati sepanjang masa dan tidak boleh diusik atas kepercayaan kalau berbuat begitu akan berdosa.

Apabila parti sudah diterima sebahagian dari elemen agama, atau pemimpinnya di anggap sebagai ‘tok alim’ ini menyebabkan ahli tidak boleh bertindak apa-apa kerana bimbang akan dihukum sebagai penderhaka dan biadap. Setiap kata-kata dan gelaran politik dibuatnya diakur walaupun ianya kontras dengan amalan sebenar. Maka akan kekallah pemimin itu walaupun ia sudah tidak memberi banyak guna dan menjadil liabiliti kepada partinya.

Unsur ‘alim' dalam politik ini bahaya dan tidak membawa kemajuan kepada sesebuah parti itu. Ahli tidak boleh mengkritik dengan bebas kerana terikat dengan terma-terma sifat kealiman tokoh tersebut. Walhasil parti itu tidak akan berkembang dan kekal di pradigma lama.

Persoalan kini ke mana Subramaniam selepas ini? Apakah beliau akan terus berusaha untuk memimpin MIC? Subramaniam bukan kecil anak dalam MIC dan masyarakat India. Beliau juga mempunyai pengikut yang ramai. Kalau beliau tidak berpengaruh mustahil beliau mampu meraih undi 547 undi dalam pertandingan itu.

Ahli atau masyarakat India yang menyokong Subramaniam adalah mereka yang yakin kepadanya dan suka kepada pembawaan dan peribadi Subramaniam itu sendiri. Dia dilihat sebagai terbuka dan profesional dalam politik. Tidak sedia menggunakan samseng dan juga wang dalam meraihkan kuasa. Subramaniam masih lagi bersifat dewa dalam MIC? Maksudnya bersih.
Dengan pengikut yang ramai sebenarnya ia tidak merungsingkan Subramaniam. Kalau beliau mahu berjaya dan menghidupkan karier politiknya beliau boleh bawa pengikutnya yang ramai itu ke mana sahaja. Tetapi apakah Subramaniam berfikir begitu? Kalau beliau sudah sampai peringkat kecewa tidak mustahil Subramaniam akan bertindak di luar dugaan.

Misalnya kalau dia ingin menjaga kepentingannya, dia boleh keluar MIC dan menyertai parti PKR ataupun menubuhkan sebuah parti India baru dan menyertai Pakatan Rakyat.

Kita yakin kalau Subramainan tubuh parti baru sambutannya lebih hebat daripada parti-parti India lain yang ditubuh termasuk oleh bekas penyokong Hindraf sendiri. Ini kerana beliau masih ada wibawa dan intergriti sebagai pemimpin.

Harus direnung kata-kata beliau selepas kalah. Katanya dia akan memikirkan dan menentukan mengenai politiknya selepas ini. Apa maksud kata-kata Subramaniam itu beliau akan menentukan masa depan politiknya itu dengan menyertai PKR.

Seperkara nak disebutkan di sini bahawa Subramaniam juga merupakan salah seorang sahabat baik kepada Anwar Ibrahim semasa Anwar di dalam UBN dulu. Kalau Subramaniam menyertai PKR ini bermaka dia menjadi orang kedua bekas seorang pemimpin parti yang berwibawa menyertai PKR selepas Chua Jui Meng. Apa yang Subramaniam perlu pandangan juga entiti India masih belum ada apa-apa wadah untuk masyarakat itu dalam Pakatan Rakyat tidak seperti Cina yang sudah ada DAP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan