Haron Din selamat jalani pembedahan kecil di IJN / UBN Najib Altantuya / PKFZ

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 18 Okt: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din selamat menjalani pembedahan kecil di Institut Jantung Negara dan kembali pulih.

Beliau dijangka akan keluar dari IJN pagi esok selepas membuat pembedahan itu.

Petang tadi, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi bersama Setiausaha Pemuda, Kamaruzaman Mohamad dan Exco Pemuda, Adram Yusof menziarahi beliau di IJN.

Haron kelihatan ceria sambil menunjukkan bekas jahitan pembedahannya kepada mereka bertiga.Image

Hari ini juga ramai para pemimpin PAS menziarahi beliau kerana hampir kesemua mereka berkumpul untuk menyertai mesyuarat Jawatankuasa PASv Pusat pagi tadi dan pada sebelah petangnya majlis rumah terbuka PAS.

Haron dimasukkan ke IJN minggu lalu untuk persiapan pembedahan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan