Beliau menegaskan bahawa perjanjian terbabit meliputi seluruh ahli PKM dari lapisan terbawah sehingga lapisan tertinggi. Chin Peng yang dianggap sebagai pemimpin dalam hierarki tertinggi parti itu pastilah tidak boleh diketepikan.
Dijelaskan, ahli PKM yang lahir di Malaya dibenarkan kembali ke Malaysia jika mereka ingin berbuat demikian, dengan syarat pilihan mereka itu perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa terbabit dalam tempoh masa 12 bulan selepas tarikh perjanjian dimeterai.
Kebanyakan bekas ahli PKM (lebih 300 orang) telah dibenarkan kembali ke tanahair dan menetap di negara ini. Mereka diterima sebagai warganegara bertanggungjawab oleh masyarakat tempatan, bertungkus-lumus mencari nafkah dan berkhidmat kepada komuniti dengan cara masing-masing.
Mereka yang mengambil keputusan untuk menetap di Thailand, pangkalan asal perjuangan mereka, juga dibenarkan kembali melalui pas lawatan sosial meski tidak diizinkan tinggal buat selama-lamanya.
Abdul Rahim memberi contoh Abdullah CD, bekas pengerusi PKM dan isterinya Suriani Abdullah yang dibenarkan kembali ke tanahair melalui pas lawatan sosial, mereka malah berpeluang menghadap Sultan Perak.
Pada hakikatnya, ramai lagi pemimpin Melayu PKM, termasuk Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin telah kembali dan menetap di negara ini atau berkunjung sebagai pelancong.
Sudah barang tentu mereka kembali tanpa dikenakan syarat mengemukakan dokumen peranakan seperti yang dikenakan terhadap Chin Peng, dan mereka juga tidak didesak oleh mana-mana pihak untuk meminta maaf dalam apa-apa bentuk sekalipun.
Sukar dipercayai kesudian Chin Peng untuk meminta maaf secara terbuka – jika terbukti ada rakyat tidak berdosa telah dibunuh oleh PKM dalam perbalahan bersenjata tersebut – telah ditolak secara kasar dan angkuh oleh pemimpin Umno.
Jika Chin Peng tidak boleh dimaafkan, kenapa kerajaan merasa sesuai untuk mengikat perjanjian damai dengan pihak beliau untuk menamatkan permusuhan dan perbalahan bersenjata 20 tahun dahulu? Baca seterusnya di SINI
Apa erti perjanjian jika larang Chin Peng?
setisab
Selepas 20 tahun menuntut tanpa henti-henti, fajar harapan Chin Peng untuk kembali ke tanah tumpah darahnya mulai menyingsing apabila bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor secara terbuka mengakui beliau berhak pulang seperti Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara PKM dengan kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989.Sebagai perunding utama yang mewakili kerajaan Malaysia dalam rundingan tersebut, Abdul Rahim dalam wawancara eksklusif Malaysiakini tampil mempertahankan legitimasi setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) untuk kembali, sekurang-kurang menggunakan pas lawatan sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan