Semasa kerajaan Pas Terengganu pimpinan Mb Tuan Guru Haji Hadi memimpin Terengganu, kebocoran maklumat tentang tindakan exco atau juga apa juga yang berlaku didalam mesyuarat Exco akan terlepas keluar sederas angin bertiup, kalau mesyuarat exco Terengganu tamat bermesyuarat dalam pukul 5.oo petang, maklumat tentang minit mesyuarat exco akan ada di tangan umno dalam masa 5 minit sahaja, apa jua arahan dari mb Tuan Guru Haji Hadi akan diketahui oleh umno dengan begitu cepat, siapa yang membocorkan rahsia ini? Kebanyakan rahsia-rahsia kerajaan pimpinan Tuan Guru Haji Hadi akan ada ditangan Umno. Hal ini berterusan hingga ke akhir hayat kerajaan Pas Terengganu.
Hari ini kebocoran maklumat tentang bazar Tok Guru di Kelantan telah bermula, mungkin telah ada pengkhianat didalam organisasi Tok Guru Nik Aziz. Telah timbul puak yang mana telunjuk lurus kelingking berkait, jangan biarkan lama-lama tok guru nanti telunjuk akan menerjah ke mata, dan lama lama mata akan buta. Kebocoran maklumat perlu ditangani segera, jangan biarkan ini berlaku, jika ini berlaku kerajaan Pimpinan Tok Guru akan menerima nasib yang sama seperti Kerajaan Pas Terengganu. Siasatan hendaklah dimulakan dengan kadar segera. Pastikan aliran perjalanan fail-fail tersusun mengikut jadual dan pengaliran maklumat perlu dikawal dengan segera.
Semasa kerajaan Pas Terengganu memimpin Pentadbiran Negeri, Kerajaan Pas bersikap lunak kepada pegawai-pegawainya, kerani-kerani, budak pejabat, ketua kerani, setiausaha dewan tidak ditukarkan walaupun ada suara-suara dari pimpinan bahawa semua orang ini perlu memasuki proses pertukaran, sikap berbaik sangka pemimpin Pas Terengganu telah memakan diri sendiri, segala maklumat dalaman pentadbiran bocor, siapa yang membocorkan maklumat dalaman jika bukan orang yang hampir dengan tingkat 14. Tak akan penarik beca, orang kelaut, petani atau orang Pas sendiri yang menbocorkan maklumat.
Proses pertukaran pegawai-pegawai atau sesiapa yang hampir dengan pentadbiran utama kerajaan baru perlu dibuat, Mungkin di Kelantan berbeza tapi masalah kebocoran maklumat pentadbiran akan berlaku disemua negeri kerajaan yang bukan diwakili umno, Ingatlah dan percayalah bahawa semua pekerja kerajaan itu berasal dari lantikan orang umno, sudah 50 tahun mereka hanya tahu umno yang memerintah dan mereka terasa terhutang budi kepada umno, dan ada diantara mereka ahli umno, dulu kini dan selamanya, walau macamana baik sekalipun sikap yang ditunjukkan oleh MB baru mereka akan tetap menentang Mb baru. dan akan mencari jalan untuk memusnahkan kerajaan baru dengan seberapa segera yang boleh. Proses pertukaran kedudukan pegawai adalah perlu dilakukan dengan segera, kita boleh lihat bagaimana rupa bentuk Suk Perak sewaktu Dato seri Nizar dijatuhkan, dengan muka ala gengster menghalu daro nizar. Inilah rupa sebenar suk perak dan juga pegawai pegawai dilain lain negeri pimpinan pakatan rakyat.
Hal yang sama berlaku di Selangor, siapa yang menjual maklumat tentang pembelian lembu, dan yang paling hangat sekarang isu pasir, bagaimana maklumat penjualan pasir berlaku dan SPRm dengan tangkas menghantar pegawai terus ke pejabat exco tanpa melalui tatasusila sebagai pegawai kerajaan, lagak seperti gengster menyerbu pejabat exco tanpa kebenaran Mb selangor, dah beberapa kali kes rasuah melibatkan kerajaan selangor. Di Perak pun berlaku tapi oleh kerana 2 mangkuk telah berpindah posisi, kes itu disenyapkan dahulu untuk dibicarakan. Di Penang juga berlaku, Sprm menyerbu Timb. Ketua Menteri sampai terpaksa meletak jawatan. Di kedah juga berlaku serbuan Sprm. Exco juga bersara. Di Kelantan juga berlaku, isu bazar tok guru, isu kek, isu kambing, SPrm akan terus memburu dengan cepat jika berlaku di negeri bukan umno memerintah. Rakyat perlu cepat berubah sebelum Kita rebah menyembah bumi. Bukan sprm memburu penjenayah yang sebenar tapi hanya memburu bukan penjenayah, penjenayah besar tidak diburu diburu hanya penjenayah hama-hama yang mudah dihapuskan halakan saja vacum, hilang lah ia.
www.kayukelat.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan