Awasi blogger semacam Hitler?

TokBatin
Sebilangan blogger hari ini semacam Hitler, nak 'paksa' orang ramai percaya dan faham dan terima sesuatu yang tidak betul, hendaklah diulang-ulangkan propaganda yang salah itu sehingga orang merasa biasa dan menerimanya; atau paling tidak setelah orang ramai diasak bertalu-talu dengan cerita rekayasa ini, ramai orang akan meragui kredibiliti orang yang sedang dimusnahkan itu...itulah yang digunakan oleh Hitler.

Tok ingatkan RTM & TV3 sahaja menggunakan pendekatan ini, rupa-rupanya ada blogger yang sebegitu.

Kumpulan ini juga sedang membina kekuatan dan sokongan dengan menarik ‘selera’ daripada kalangan Aktivis dan Penyokong PAS untuk membantai kepimpinan yang sedia ada dengan hujah KERANA SAYANGKAN PAS dan menegakkan NEGARA ISLAM.

Kita mahu menbantu jamaah, bukannya menyusahkan jamaah. Asas Tarbiyah adalah untuk diamalkan, bukan dipertikai. Bagi yang tak faham belajarlah dan amalkanlah, kalau tidak, terjunlah dengan labu-labunya.

Gerak kerja ahli parti diperingkat akar umbi langsung tiada nilai bagi mereka. Selagi boleh bantai, bantai. Kononnya kepimpinan PAS lemah dan bodoh. Cuba kita review kembali, dikala kita menaungi Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor ; Siapakah Presiden PAS ketika itu?

Perlukah seorang presiden menceritakan strategi parti kepada umum dan media semata-mata untuk menunjukkan beliau seorang yang bijaksana?
(Tok ada satu cerita pasal ni, nanti Tok bagitau)

Puak ni selagi mana boleh belit mereka akan belit. Sekarang ini timbul pula isu perbincangan terbuka dan tertutup. Wah! Intelek sungguh.. Sama ada TGNA atau TGAH, perbincangan terbuka atau tertutup, pokok dan isu yang nak dibincangkan adalah mengenai hal ehwal Islam dan kebajikan rakyat.

Bukan juga soal buka dan tutup. Dalam muktamar yang lalu, Presiden , Kepimpinan dan ahli muktamar sepakat untuk menutup isu ini, tiba-tiba hari ini ianya dibuka kembali oleh TG Mursyidul Am. Itu tidak pelik kerana isu yang ingin diperjuangkan adalah ISLAM dan Kebajikan Rakyat.

Yang peliknya, TG Presiden juga yang ditohmah dan TANGGAPAN SALAH tersebut terus dicanang kembali oleh puak2 ini. Sungguh Intelek...

Sedangkan bagi yang dituduh menyokong UG tidak pula membantai TGNA walau pun ianya memberikan persepsi ‘seperti meludah kelangit’
(kalau putar belit ayat ni, memang celaka!!)

UG sendiri telah disalahtafsirkan oleh puak ala Hitler ini kononnya PAS masuk UMNO. Sedangkan gagasan idea yang sebenar adalah Kerajaan Perpaduan bukannya Kerajaan Campuran. Klik
disini untuk membezakan Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Campuran dan mengapa TG Presiden tidak memperincikannya bersesuaian dengan bi’ah semasa.

Sungguh tegar dan keras hati puak-puak ini, sedangkan mereka tahu yang ditohmah itulah merupakan anchor-anchor didalam Pakatan Rakyat. Membimbing agar ianya selari dengan Islam, dan membersihkan kudis-kudis yang ditinggalkan UMNO.
(Bukan semua yang datang berkudis)

http://tokbatin2008.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan