“ Penjawat Awam Masih Belum Bersama Kerajaan “ - Muhyidin

professor
Seru TPM , supaya “penjawat awam menjadi lebih responsif terhadap aspirasi kerajaan dan lebih prihatin terhadap denyut nadi rakyat melalui Program Transformasi Kerajaan “.

Dan lagi , "Jika kepantasan perlu dalam menjalankan tugas harian, maka sikap penjawat awam juga harus berubah dan mereka seharusnya bersikap positif dan bersama berganding bahu bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,"

Begitulah diulang – ulang berkali – kali , sejak dari dahulu hingga kini , betapa penjawat awam disaran supaya proaktif , inovatif , kreatif , pragmatif , ‘think out of box’ , dan sebagainya lagi. Kenapa seruan ini nampaknya bertali arus diwar – warkan , bukan sekali , tetapi berkali – kali ?

Dan yang menjadi intipati kepada seruan tadi ialah bagi menjayakan slogan semasa kerajaan persekutuan iaitu gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Adakah benar ada khabar berita , seperti yang disebut oleh YB Lim Kit Siang , iaitu TPM dan PM tidak sehaluan dalam isu ini ?

Tidak lah diketahui samada , ada arahan dari PM agar TPM menzahirkan dalam pengucapan awam , menegaskan kepentingan dasar dan slogan semasa kerajaan BN kini ?

Atau adakah mungkin ada lagi isu – isu lain yang lebih mencemaskan PM , Najib yang juga Presiden UMNO ?

Atau adakah mungkin penjawat awam masih belum lagi bersama BN , ketika mana sokongan sangat diperlukan menjelang PRU 13 , sama seperti mana seruan Najib PM 1Malaysia supaya MCA menyegerakan bagi menyelesaikan masalah kepimpinan parti , sebagai pra syarat utama sebelum pilihanraya ?

Sila baca artikel asal seterusnya : Penjawat awam perlu lebih responsif terhadap aspirasi kerajaan - Muhyidin

Adalah sangat mendukacitakan sekiranya kerajaan gagal dan masih belum berjaya menakluk hati penjawat awam.

Dengan seribu satu kemudahan yang diberikan , tetapi penjawat awam masih tidak mesra kerajaan. Sangat mengecewakan perubahan sikap penjawat awam sejak era reformasi hingga kini masih tidak berjaya ditangani dan difahami oleh kerajaan.

Sekiranya ini masih berlaku dan ianya berterusan sehingga ke hari PRU 13 nanti , ini sangat merbahayakan kerajaan BN. Kesan berganda dari penjawat awam ini amat besar. Selain dirinya , keluarganya , penjawat awam boleh mempengaruhi orang awam yang berurusan di sesuatu jabatan kerajaan.

Gandaan 2x , 3x , 10x diyakini akan berlaku menjelang 2012 sekiranya kerajaan BN masih tidak memenuhi tuntutan penjawat awam.

Ada sebenarnya yang penjawat awam kehendaki ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan