Seorang pemimpin Umno cawangan di parlimen tersebut berkata, Palanivel ditolak ekoran "tidak menunaikan janji dan (rakyat) sudah hilang kepercayaan kepadanya".
"Bagi saya ia (perebutan kerusi) bukan masalah kuota, tetapi masalah calon. Banyak janji-janji (pilihan raya), beliau tidak tunaikan.
"Selama empat penggal beliau bertanding, kenapa dia kalah (pada 2008)? Ini kerana undi protes.
"Sekurang-kurangnya, kalau (letak) calon dari MIC, carikan orang lain. Kalau MIC letak Datuk G Palanivel, berat sedikit nak menang. Orang sudah hilang kepercayaan kepadanya," kata seorang lagi pemimpin Umno daripada DUN Batang Kali.
Bercakap kepada Malaysiakinihari ini, pemimpin berkenaan berkata, sekiranya BN tetap mahu memilih calon daripada MIC, mereka mesti mengenetepikan Palanivel.
"Selain Palanivel, masih ada harapan," kata seorang pemimpin Umno cawangan di DUN Batang Kali.
Manakala seorang lagi pemimpin akar Umbi Umno daripada DUN yang sama memberitahu, bantahan terhadap Palanivel turut disuarakan semua 130 pemimpin kanan cawangan kepada ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan Ahad lalu.
Menurutnya, tuntutan itu turut mengambil kira suara pengundi Cina yang mahukan pucuk pimpinan parti menyerahkan semula kerusi tersebut kepada Umno.
"Kita bantah seratus peratus. (Palanivel) banyak berjanji, tapi tak banyak ditunaikan," katanya senada dengan pemimpin akar umbi yang lain.
Malah, pemimpin tersebut bukan sahaja menolak Palanivel, tetapi masih berkeras mahukan Umno bertanding di kerusi parlimen itu.
Sumber menambah, sejak 2008 lagi, kira-kira 90 peratus cawangan telah menolak MIC bertanding lagi di kawasan parlimen tersebut.
Sementara seorang lagi pemimpin Umno cawangan mendakwa Palanivel tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan tidak mempunyai "sentuhan langsung" dengan rakyat.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan