8 Mac 2010 genap 2 tahun PRU12. Ini masa untuk ADUN, AP, Exco dan MB tunai janji. Banyak janji dalam manifesto PAS PRU12 belum terlaksana. Rakyat yakin pada Islam, undi PAS untuk keadilan Islam. Majoriti undi itu amanah yg dipikul di bahu pemimpin. Kesianlah pada rakyat marhaen. Pemimpin kita banyak sangat bercakap, berfikir untuk slogan baru setiap masa. PAS ada NEGARA BERKEBAJIKAN, MPKB BRI BANDARAYA ISLAM, KEPIMPINAN ULAMA, BERTANI SATU IBADAH, PRINSIP UBUDIAH, MAS'ULIAH DAN ITQAN.
Firman Allah swt maksudnya :
DAN TIAP2 SEORANG MANUSIA KAMI KALONGKAN BAHAGIAN NASIB DI LEHERNYA, DAN PADA HARI KIAMAT KELAK KAMI AKAN KELUARKAN KEPADANYA KITAB ( SURATAN AMALNYA ) YG AKAN DIDAPATINYA TERBUKA ( UNTUK DITATAPNYA ) ...Surah Al Isra' ayat 13
Setiap hari macam musim pilihanraya, berkempen sepanjang masa. Pemimpin kita sudah nampak membazir, cukai rakyat diguna untuk buat banner dan billboard segenap ceruk negeri. Nasib rakyat tak berubah hanya dengan "kalimah indah" yg berada di setiap bulatan, simpang dan jalan utama.
Pemimpin kita juga membazir tenaga dan masa berceramah sepanjang masa. Ceramah perlu sebagai sumber maklumat tapi bila "priority" hanya kepada ceramah menjadi satu pembaziran masa. PAS perlu dasar yg seimbang antara teori dan praktikal.
Kita selalu dihidang dengan kisah pemerintahan Sayyidina Umar Al Khattab, seorang Ulama dan Umara yg mewarisi kepimpinan Rasulullah saw. Kita terpegun mendengar kisah Khalifah Umar membantu keluarga miskin yg merebus batu kerana tiada makanan untuk anak kecil yg menangis kelaparan di malam hari.
Pengundi PAS tak pernah berharap untuk menjadi Negeri Maju seperti barat. Undi PAS untuk melihat Syiar Islam ditegakkan di Bumi Malaysia. Pengundi sedar PAS serba kekurangan tapi kerana kasih pada Islam mereka rela.
Pengundi PAS redha dengan ketentuan Allah swt. Kemajuan @ projek bukan berada di tangga teratas dalam prinsip pengundi PAS. Mereka boleh bersabar dalam perjuangan tapi jangan pula kesusahan mereka menjadi lesen untuk kesenangan pemimpin.
Pengundi PAS tak pernah meminta projek yg melebihi keperluan mereka. Apa makna pembangunan kalau rakyat terpinggir macam Dasar UMNO. Pemimpin PAS perlu bezakan antara pembangunan Islam dengan Pragmatik UMNO.
Hypermarket di situ di sini, kondominium di situ di sini, bazaar itu dan ini bukan dari kamus hidup rakyat marhaen. Itu dasar yg menjadi mazhab puak2 kapitalis yg mencekik darah rakyat.
Pemimpin perlu ubah nasib rakyat yg menjadi paksi keadilan Islam. Cukuplah kita pusing Malaysia berceramah, bercerita tentang TGNA yg zuhud, sederhana dan Ulama Tulen. Fakta TGNA memang betul tapi tidak merubah taraf hidup marhaen yg serba kekurangan.
Zaman retorik sudah berlalu, saat menabur janji sudah luput. Ini masa untuk laksanakan dasar, tunai segala janji yg termampu dan bekerja keras untuk membantu rakyat yg menjadi aset perjuangan Islam.
Wallahua'lam dari cilipadi007
Tiada ulasan:
Catat Ulasan