Oficce APCO ada di Kemaman?

Ust. Saiful Bahri
Ketika mana Barat cuba mencampuri urusan pendidikan al-Azhar antara desakan mereka supaya al-Azhar membuang dari module pengajaran ayat-ayat al-Quran yang menyebut Yahudi dan Nasara, disamping supaya membuang ayat-ayat jihad supaya tidak melahirkan golongan teroris. Di Pakistan, banyak pusat pengajian dan Madrasah diarah tutup kerana dituduh sebagai pusat melahirkan pengganas. Begitu juga di India. Visa tidak dikeluarkan kepada pelajar-pelajar asing yang ingin menuntut di Madrasah termasuk di Lucknow dan Deorband.

Di South Afrika, semua mudir-mudir dipanggil dan diberi tekanan supaya tidak mengambil pelajar asing dengan alasan tidak menjadi pusat pengumpulan bakal pengganas. Ini sebenarnya bukan perkara baru, tindakan ini sudah diambil ketika Kamal attarturk mensekularkan Turki dengan menutup Madrasah yang mengajar bahasa Arab dan Tahfiz al-Quran.

Tidak ketinggalan di Malaysia. Zionis dan puak Barat berselindung disebalik globalisasi menekan dan mendesak negara-negara umat Islam supaya mengambil tindakan dan cuba mengecilkan bilangan serta penuntut agama di semua institusi khususnya swasta. Bermula dengan pendidikan dualisme serta pendidikan sekualar di sekolah-sekolah kebangsaan. Menghilangkan tulisan jawi yang menjadi khazanah ilmu orang melayu. Melakukan diskriminasi terancang terhadap institusi pengajian Islam sehinggalah memulakan tekanan terhadap SAR dengan perampasan perkapita. Menawarkan tawaran SABK yang akhirnya dirampas pengurusan dan pentadbirannya. Menawarkan guru-guru yang berkhidmat di SAR agar berkhidmat dengan kerajaan. Menyukarkan para pelajar untuk menyambung pengajian mereka di sekolah kerajaan maupun pusat pengajian tinggi. Mewajibkan SPM dan STAM serta menbatalkan pengiktirafan sijil Diploma ke tahun akhir Universiti al-Azhar dan Timur Tengah (3+1).

Ianya bukan sekadar cakap-cakap atau tuduhan serta fitnah melulu tetapi pengalaman saya sendiri yang mebuka Madrasah Darul Bayan semenjak 16 tahun yang lalu. Bermula dengan Pondok, Ma’had Tahfiz, Sek. Ren Islam dan Sek. Men. Islam, saya mengalami sendiri dengan berbagai tribulasi. Pernah diarah tutup madrasah, pernah dituduh sebagai penyebar ajaran sesat, di pecat dari jawatan pensyarah, guru dan Imam Masjid Pinang Merah dipanggil ke balai polis dan diugut dengan pelbagai ugutan, di sita bangunan, di tarik elaun imam dan bilal masjid, peruntukan pembangunan masjid , zakat untuk pelajar (semasa kerajaan Pas) kini ditarik balik, menyita bangunan, menafikan sebarang bantuan dan seribu macam kerenah bahkan keizinan untuk mengutip derma pun tidak diberikan dengan alasan takut kepada pemimpin UMNO-BN.


Tidak menghairankan apabila tindakan pemimpin UMNO-BN yang terbaru adalah berusaha untuk menutup Masjid Pasir Mina di Kemaman dan arahan tutup kepada Pondok al-Mustaqim di Binjai. Mereka lebih cemburu apabila melihat pelajar-pelajar yang menuntut pengajian Islam atau masjid-masjid yang makmur berbanding masjid mereka yang tersergam indah tetapi umpama kubur tempat pengkalan si mati. Mereka hanya mengutip tabung derma untuk dilapurkan ke pejabat agama untuk melihat angkanya berbanding menggunakan untuk menghidupkan majlis agama dan kuliah-kuliah. Sedangkan disana banyak lagi kerja lain yang boleh mereka fikirkan untuk penyelesaian. Pusat-pusat snooker, tempat judi, tempat hiburan yang masih lagi berselerak. Itu belum kira dengan masalah remaja, dadah, maksiat dan sebagainya. Tetapi kerana semua hal tersebut tidak memberi jejas kepada UMNO-BN maka ia biarkan sahaja tetapi pusat-pusat pengajian ini akan memberi kesedaran Islam dan mendorong masyarakat memberi sokongan kepada parti Islam.
Apatah lagi apabila Yahudi APCO Worldwide menjadi penasihat kerajaan Malaysia, sudah tentu para serigala ini pasti akan menjadikan ayam sebagai sasarannya. Berselindung disebalaim pejabat agama, majlis bandaran dan pejabat tanah lalu keluarlah berbagai arahan yang selari dengan penasihat mereka dan selari pula dengan kepentingan politik mereka. Sedangkan mereka lupa peingatan Allah bahawa orang-orang Yahudi ini terlalu mendendami umat Islam sebagaimana firmanNya:-

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Al-Maidah : 82

Mereka pasti membuat perancangan untuk mengikuti mereka. Dan neraca zahirnya amat mudah. Jika kita lakukan kerja-kerja yang bertentangan dan menghalang segala kerja-kerja Islam maka itulah kehendak Yahudi dan Nasara.

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Al-Baqarah: 120

Itulah sebabnya Allah melarang mereka diambil sebagai teman, pemimpin dan penasihat bagi kamu nescaya pasti akan mengikuti mereka. Dimana mufti dan para ulama mereka. Tidakkah dinasihati pemimpin-pemimpin mereka. Lupakah mereka dengan firman Allah:-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, Maka Sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Al-Maidah: 51

Melihat kepada tindakan kerajaan pimpinan Mat Said, apakah mereka juga menerima nasihat langsung dari APCO sebagaimana Najib menerima nasihat mereka? Adakah pegawai-pegawai yang mengeluarkan arahan penutupan Pondok Mustaqim itu juga mendapat arahan APCO? Atau APCO dah bukak oficenya kat Kemaman? Sebab tindakan dan arahan itu menyerupai tindakan Yahudi dan Barat di Mesir, Afghanistan dan Pakistan. Siapa yang boleh berikan jawapan? Atau serahkan Datuk V K Linggam yang jawab sebagaimana kata-katanya yang masyhur : Its looks like me (APCO), its sounds like me (APCO)..”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan