Anak Sengat
Di saat pemimpin Melayu Umno rela bersama pelakon seks yang menjadi pemimpin MCA, pemimpin wanita Cina pula meletakkan jawatan.
Timbalan menteri wanita itu mungkin merasakan Chua tidak layak memimpin dan bekerjasama dengan Chua bererti menghina kaum wanita yang di jadikan mangsa kepuasan seks beliau.
Jika timbalan menteri wanita berbangsa Cina menolak pemimpin yang sebangsa dengannya, mungkin ada pemimpin melayu atau wanita melayu yang tak rasa apa apa bekerjasama dengan bekas pelaku seks dvd itu.
Ketika Exco Selangor ditekan dengan pelbagai tuduhan dan muslimat PAS dipalitkan kerana bersama exco itu yang tersebar gambarnya dengan pakaian yang menjolok mata ketika tidur, pemimpin dan blogger Umno macam manusia paling berakhlak lagaknya.
Tindakan ketua wanita MCA itu satu cabaran buat pemimpin Umno. Tidak terlepas pak Mufti yang marahkan PAS bersama DAP tetapi mendiamkan diri Umno bersama MCA yang dipimpin bekas pelaku seks yang mengaku.
Nampaknya pemimpin wanita MCA lebih bermaruah dari Menterinya yang mendiamkan diri mungkin dengan alasan tak mahu campurtangan pasal MCA.
Walaupun MCA tak de kaitan dengan Umno tetapi sikap mendiamkan diri pemimpin Umno terhadap Chua sesuatu yang memalukan.
Mungkin tindakan Chew satu sikap yang disifatkan orang melayu, pukul anak sindir menantu, hanya yang punya hati dan akal yang mampu merasai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan