Umno mahu 'Datuk' Adun pembangkang dilucutkan

Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak hari ini bersama-sama 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghantar memorandum kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya mempertimbangkan untuk menarik balik gelaran dan pingat yang dianugerahkannya kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Shamsul Baharin Hasan di Istana Kinta pada pukul 4.15 petang tadi.

Ketua pergerakan itu, Maslin Sham Razman berkata, pergerakan itu membuat keputusan untuk menghantar memorandum tersebut setelah dukacita dan tercabar dengan perbuatan melampau ADUN pembangkang yang masih mempertikaikan keputusan Sultan yang melantik Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

"Tindakan
melampau pembangkang itu diteruskan dan dapat dilihat ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila mereka mencetuskan kekacauan sehingga mengganggu perjalanan sidang dua hari tersebut.

"Perbuatan membuat poster, mengejek dan mencela sehingga mencetuskan kekacauan dan mengeluarkan kenyataan berunsur jahat kepada polis adalah kelakuan terburuk,” katanya kepada pemberita sebelum penyerahan memorandum itu di Ipoh hari ini.

-Bernama-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan