Lapo
Meskipun Azhar telah menarik balik kenyataannya itu setelah diminta berbuat demikian oleh speaker, Abdul Halim Hussain, namun Pemuda PKR, Syed Mikael Rizal Aidi meminta polis menyiasat kenyataan Azhar bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.
Pada sessi DUN semalam, mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.
"B
"Beliau juga seakan mengugut rakyat Pulau Pinang ini agar menerima tentera menjaga keselamatan mereka jika rakyat sudah tidak mahukan polis lagi, dan yang paling mengecewakan, beliau kata adalah lebih senang suasana Mageran diwujudkan kembali," kata Syed Mikael pada sidang media di Esplanade, hari ini.
"Bagi Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP), kami tetap menghargai akan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh pihak Polis dalam menjaga keselamatan rakyat, namun dalam masa yang sama, mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan beliau, atas siri-siri kegagalan beliau dalam mengurustadbir pasukan polis dan menangani jenayah di negara ini."
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan